Menjadi kebiasaan apabila dilahirkan ke dunia ini, kita akan menangis keseorangan, manakala semua yang hadir di sekeliling akan ketawa gembira menyambut kelahiran kita. Ibu yang melahirkan kita, jika menangis pun adalah kerana kegembiraan.
Apabila kita dewasa dan beroleh berbagai kejayaan termasuk mendapat gelaran dan pangkat yang tinggi kita akan ketawa gembira, dan tentunya semua kaum keluarga dan sahabat handai yang berada ke sekeliling kita akan turut sama bergembira.
Akhirnya akan tiba waktunya, di mana orang di sekeliling kita akan menangis kesedihan, untuk melepaskan kita, tetapi di waktu itu, tidak tahulah samada kita akan "menangis" bersama atau "tersenyum simpul", kerana telah melepasi ujian dunia yang penuh tipu daya ini.....
Tetapi untuk "tersenyum simpul" pada masa itu, kita seharusnya telah membuat persediaan yang sekucupnya. Jika tidak tentulah kita akan "menangis" bersama mereka yang menangis melepaskan kita itu.
Oleh itu berjuanglah sebaik2nya untuk diri kita. Buatlah persedian secukupnya untuk hari tersebut, hari yang kita tidak tahu bila tibanya. Cepat atau lambat ia tetap akan tiba.
Marilah kita fikir2kan tanggungjawab itu dan laksanakanlah keperluan yang wajib ke atas kita itu. Wallahua'lam.
Nota Zabs: Peringatan untuk diri sendiri.