Thursday, September 20, 2007

Ramadhan Ke8

Assalammualaikum,



Dari Jabir r.a. katanya: “Pada suatu ketika dalam perjalanan Nabi s.a.w. melihat seorang laki-laki dipayungi."
Lalu Nabi bertanya, “ Kenapa (orang) ini?”
Jawab mereka, “Dia puasa.”
Sabda Nabi s.a.w. “ Bukanlah suatu kebaikan puasa dalam perjalanan.”

Dari Anas r.a., katanya: “Kami pernah berpergian bersama-sama dengan Nabi s.a.w. Tidak pernah orang puasa mencela orang berbuka, dan tidak pula orang berbuka mencela orang puasa.
Wallahua'lam.

1 comment:

tokasid said...

Salam pak zabs:

Bagus kedua-dua hadith hari ini kerana ramai yang tidak tahu atau tidak pasti tentang bila bermusafir.

Bila seseorang bermusafir, ALLAH memberi beberapa anugerah antaranya ialah
1- di bolehkan tidak berpuasa(tapi kena ganti)
2-Di permudahkan solat iaitu boleh di qasarkan( ini yang sering Nabi saw lakukan) dan dijamak-qasarkan.
Ini adalah anugerah ALLAH kepada org yg bermusafir.
( Sebab itu saya heran bila bermusafir masih ramai di mana-mana RnR, ramai yang tidak melakukan qasar atau jamak-qasar.ALLAH dah beri hadiah kita terima lah. Mungkin kerana tak tahu saja kot)

Hadith kedua mengisyaratkan, boleh juga bila bermusafir utk sesiapa yg masih berkuasa utk meneruskan puasa mereka.
tetapi yang berpuasa di larang mengutuk kawannya yg tak puasa semasa musafir(kerana sudah ada kelonggarab di sini). Yang tidak berpuasa pula jangan pula mengutuk kawan yg sanggup meneruskan puasa kerana di mampu teruskan.

Sebab itu ada orang rasa pelik bila melihat org yg musafir tidak puasa( org yg tak puasa pulak jgnlah makan kat public kerana akan timbul fitnah.makan dan minumlah di tempat terlindung).
Satu lagi konsep yg kita org Melayu keliru ialah sesiapa yg tidak dapat berpuasa,dia tetap tak boleh makan. Ini sering saya dengar semasa kanak-kanak dulu. Ini salah kerana bila tidak berpuasa seseorang sudah tidak terikat dengan hukum2 puasa. Jika di katakan jangan makan di khalayak ramai, ini betul kerana untuk mengelakan fitnah terhadap dirinya, terhadap Muslim yang lain dan terhadap Islam sendiri.

Wallahu'alam.