Sunday, September 23, 2007

Ramadhan Ke11

"Masjid Wilayah Persekutuan download dari Internet"
Assalammualaikum,
Anas ibn Malik al-Ka'bi meriwayatkan, Rasulullah bersabda: "Allah telah memberikan keringanan dalam puasa dan solat kepada orang yang sedang bermusafir. Allah juga telah memberikan keringanan kepada wanita hamil dan menyusuinya di dalam puasanya."
"Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya." (Al-Baqarah: 286).
(Terjemahan ini di ambil dari buku Hikmah Bulan Ramadan,
Rahsia dan Pengajarannya Oleh Dr. 'Aidh Abdullah Al-Qarni
(Pengarang Buku Jangan Bersedih ))

2 comments:

tokasid said...

Salam pak zabs:

Petikan ayat yang menarik. Tetapi malang nya tidak ramai yang ambil tahu atau ambil peduli.

Islam itu mudah untuk umatnya. Islam tidak membebankan umatnya, seperti yang kita sangkakan. Yang membebankan Islam adalah kita sendiri.Mungkin kerana kita fikir jika yang beban dan berat dapat kita laksanakan, maka iman kita di taraf tinggi. Betapa sempit dan tidak benar fikiran kita itu.

Islam adalah agama fitrah dan Islam meraikan fitrah insan.Seba itu Islam sebenarnya mudah.

Ayat yang pak zabs sidangkan kepada kita, menunjukkan betapa ALLAH amat pemurah kepada hambanya. Dalam arahan supaya kita melakukan sesuatu suruhan ibadah, ALLAH Maha Mengetahui akan permasaalahan manusia.Dengan sifat Maha Pemurah dan Maha Mengasihi, ALLAH telah memberi sedekah kepada beberapa golongan dengan kelonggaran ke atas suruhan ibadah fardhu.
Umpamanya bagi orang bermusafir, saya sering saksikan dalam bab solat, ketika di mana-mana RnR, jarang pemusafir mahu melakukan jamak dan qasar. malah ramai yang tidak melakukan solat berjemaah!
Adakalanya bila sampai seseorang sedang solat, tidak ramai yang mahu masbuk utk sama2 berjemaah. Alangkah riginya kita, setelah ALLAH beri kelonggaran dan keistimewaan kepada pemusafir, sedekah itu tidak kita sambut. Adakah kita sombong dengan pemberian ALLAH?

Juga tentang puasa(Ramadhan). Pemusafir di izinkan untuk tidak berpuasa(tapi mesti ganti) tapi di bolehkan juga jika mampu berpuasa. Tapi bila pemusafir tidak berpuasa, temannya atau org lain yg juga musafir, ada yg marah kerana si fulan tidak berpuasa!

Perlu di ingatkan, keistimewaan ini adalah dalam jangka masa kita sedang bermusafir( terdapat berbeza pandapat mazhab tentang tempoh musafir ini) dan musafir berdasarkan jarak yang kita musafir( 2 marhalah , lebih kurang 88km), walaupun dengan kecanggihan pengangkutan kita boleh tiba cepat, tetapi hukum musafir masih kekal selagi kita tidak sampai ke destinasi tujuan kita.
( Kerana ada org berkata, tak payah nak jamak dan qasar sebab kat highway banyak RnR...ini adalah alasan dangkal. Atau yg berkata tak boleh tidak berpuasa sebab kalau naik kapalterbang dalam 2 jam dah boleh sampai dari KL ke Kota Bharu)

Dan betapa Pengasih dan Pemurah ALLAH kepada hamba2Nya yg menyusukan anak atau sedang mengandung. Malah kepada orang2 yang terlalu sakit juga di beri banyak kelonggaran dalam beribadat. Jika seseorang sakit tidak dapat bersolat cara biasa kerana sakit, dibolehkan solat secara duduk atau baring sekali pun.
Jadi Islam itu mudah.
Cuma kita sahaja yang memayahkan Islam. Kita sering lihat dan dengar betapa ramai penjawab-penjawab di radio(dalam slot soal jawab agama) seolah-olah hendak membatalkan ibadah kita.Di sempitkan fiqh sehingga menyesakkan nafas kaun Muslim , sedangkan bidang fiqh itu luas dan berubah mengikut suasana( tetapi basis hukum tidak lari dari Quran dan Sunnah).

Semoga kita lebih membuka minda dan berlapang dada dalam menimba ilmu ALLAH. Dan semoga kita sambutlah kelonggaran dan sedekah yang ALLAH berikan kepada kita terutama ketika kita sedang musafir.

Wallahu'alam.

Azlan Zed said...

komen tokasid boleh dibuat entry. :)