Baru-baru ini saya berkesempatan ke Pulau Pangkor setelah hampir 20 tahun tidak ke sana kerana kali terakhir menjejak kaki di sana sekitar tahun 1990, semasa kali terakhir bertugas di Lumut.
Mulanya agak risau tidak tahu hendak meletak kereta kerana akan bermalam di Pulau tersebut. Tetapi semuanya terjawab apabila tiba di Lumut. Medan letak kereta yang tersergam seperti di gambar boleh menampong semua kenderaan yang datang ke sana.

Laluan pejalan kaki menuju ke jeti feri juga amat cantik sekali.

Salah sebuah feri yang digunakan untuk ke Pulau Pangkor dari pangkalan jeti di Lumut. Di belakang feri itu kelihatan juga beberapa kapal TLDM yang sedang berlabuh.

Samasa di sana kami menyewa sebuah van "berpemandu" untuk membuat lawatan ke sekitar pulau tersebut.
Membeli cenderahati adalah satu kemestian, tetapi tidaklah behabisan untuknya, rengan2 sahaja.

Satu tarikan lagi ialah melawat kilang membuat satay ikan dan lain-lain makanan rengan yang diperbuat dari sumber lautan.

Terdapat juga perusahaan membuat bot ikan laut dalam di sini. Hasilnya ada yang ditempah oleh negara luar seperti Singapura dan Thailand.

Salah sebuat bot yang telah siap dibena menunggu untuk di pandu-uji. Ia berharga sekitar 1.2 juta khabarnya.

Di sini juga terdapat sebuah kubu peninggalan Belanda yang dibena sekitar tahun 1670.

Pemandangan dari kubu tersebut memandang ke Laut, dan di belakang tu, Daerah Manjung.

Nampak cantik dan berciri tradisional Korporat Villa, Mes Pegawai Kanan PDRM ini. Jauh di Pulau Pangkor ia didirikan. Menarik.

Di bawah ini pula antara beberapa banglo yang terbiar. Tiada penghuni sejak ia siap dibina, ceritanya.

Satu lagi yang agak kurang menarik untuk diketahui ialah jeti baru Jabatan Laut ini yang masih tidak digunakan, mungkin kurang sesuai agaknya. Jeti lama jabatan itu masih menjadi tumpuan

Bot ini antara bot-bot yang boleh disewa untuk kegunaan di sana.

Beberapa bot lagi yang setia mnunggu untuk digunakan.

Seronok memancing sendirian abang ni. Di hari minggu yang syahdu sendirian begitu pula dia.....aduhaai. Mencari ketenangan agaknya.

Gambar-gambar yang dimuatturun sebagai kenangan lawatan 2 hari 1 malam ke Pulau Pangkor, tempat kelahiran MB Perak yang ada sekarang.... Wallahua'lam.