
Masjid Bandar Banting - (gambar hiasan sahaja)
Seorang individu dari satu kumpulan penduduk telah dilantik untuk menjadi ketua kepada kumpulannya dengan diberi tanggungjawab yang agak berat. Buat masa itu beliau merupakan calon terbaik dan mempunyai keupayaan dan komitmen untuk memikul tangungjawab tersebut.
Selepas beberapa tahun, beliau masih menjadi ketua di situ dan sedikit sebanyak telah dapat meningkatkan sedikit kerjasama antara penduduk dan juga infra penting yang sepatutnya dapat menyatukan majoriti penduduk di situ.
Sejak setahun dua ini telah ada beberapa cerdik pandai yang baru menetap di kawasan itu yang telah mula menaruh minat kepada perjalanan aktiviti penduduk. Dan sejak dua tiga bulan kebelakangan ini pula, ketua ini telah banyak di kritik oleh kumpulan ini dan langkah mengadukan halnya kepada pihak pengurusan yang lebih tinggi juga telah dilakukan.
Perkara yang ditimbulkan ialah tentang kewibaaan ketua itu dan tentang ramainya penduduk yang telah meninggalkan jemaah untuk ke tempat lain.
Seperti kebiasaannya, di mana-mana pun, untuk mengumpulkan semua sekali penduduk pada satu tempat adalah mustahil. Mereka ada banyak pilihan untuk pergi dan kemudahan untuknya sememangnya banyak di sekeliling kawasan tempat tinggal. Jadi untuk mengatakan perpecahan berlaku kerana kewibawaan ketua itu tidak seharusnya timbul.
Saya berpendapat, sebagai ketua yang menjalankan tugas secara sukarela, apa yang telah termampu dilakukannya harus diberi pengiktirafan. Hasil usaha beliau dan AJK semua, mereka telah banyak membuat perubahan kepada infra yang sedia ada untuk keselesaan penduduk.
Jikalau sekalipun kumpulan yang membuat aduan ini, ingin mengambil alih pentadbiran sekalipun, kerana merasakan penuh berwibawa untuk memimpin, mereka perlu tunjukkan komitmen mereka terlebih dahulu kepada aktiviti penduduk. Penduduk melihat dan membuat pertimbangan terhadap mereka juga. Mereka juga perlu dipilih dan mendapat kepercayaan penduduk terlebih dahulu pada mesyuarat, dan bukan dengan cara itu untuk menurunkan ketua yang sedia ada.
Untuk kebaikan bersama kita perlu mencari jalan untuk kesepakatan, bukan mencari kesalahan untuk diprbesarkan. Sebagai hamba yang serba serbinya lemah, kita semua ada kekurangan/kelebihan dan dengan kekurangan/kelebihan masing2 itu, kita dapat bekerjasama menyokong antara satu dengan yang lain.
Apa yang menyedihkan nanti ialah akan terjadinya perpecahan antara penyokong kepada kedua2 kumpulan ini. Mungkin juga perpecahan tidak terjadi, tetapi apabila perasaan telah terguris, ianya ibarat retak menanti belah sahaja. Dan kita tidak mahu ia berlaku, lebih2 lagi sekarang ketika kita sedang menunggu ketibaan bulan Ramadhan Al Mubarak ini. Wallahua'lam.
p.s Jika ada di antara pelawat yang ingin menyumbang untuk pembinaan masjid di Bosnia sila lewat web site ini untuk maklumat lanjut. TK