Mengikut statistik bagi tahun 2009, terdapat lebih 29.623 juta pelanggan yang berdaftar (pasca bayar/prabayar) untuk penggunaan telefon selular di Malaysia. Ia melebihi dari jumlah penduduk yang ada pada masa itu yang hanya 28.46 juta. Lebih kurang 104 telefon bagi setiap 100 orang penduduk. Itu tidak termasuk telefon biasa yang di rumah dan pejabat.




Tiga orang kawan sambil berjalan, salah seorang asyik bercerita, tetapi tidak tahu samada didengar oleh kawan yang berdua itu atau tidak, kerana mereka asyik menekan telefon di tangan mereka.
Sepasang suami isteri memesan makanan, apabila makanan sampai, si suami yang kelaparan makan dengan berseleranya, apabila selesai mendapati isterinya masih belum menjamah makanan kerana asyik menjawab 'sms' di telefonnya.
Saya pula telah mula menggunakan telefon bimbit sejak tahun '86 bermula dengan satu jenama telefon yang agak berat, jika dilontar kepada anjing mungkin akan pengsan anjing tersebut. Sejak dari itu telah banyak juga tukar menukar telefon dan akhirnya yang masih dipakai selepas hampir dua tahun telefon jenis "RIBUT" ini.
Yang seronoknya telefon bimbit ini ialah kerana ia mempunyai fungsi kamera. Tanpanya tentu saya tak dapat ambil gambar di bawah ini....hahaha...

- Jangan bercakap terlalu lama hingga bil menjadi beratus2 dan dihentikan perkhidmatan.
- Jangan memandu sambil bercakap di telefon, sambil merokok dan melayan isteri bercakap lagi.
- Jangan bersms sambil menunggang motosikal melainkan anda berkepala batu.
- Lintas jalan dahulu baru jawab sms kawan tu. Tak mustahak pun. Paling tidak pun dia tanya dah makan belum.
- Notifikasi dari fb boleh dijawab bila sampai di R&R nanti.
- Meja makan untuk makan dan berborak2 dengan pasangan bukan untuk jawab sms dari kawan2.
- dan lagi dan lagi (sila sambung.......)