Pada mingu lepas, dari 17 hingga 19 hb saya berada di selatan tanah air, untuk satu tugasan di perairan Selat Melaka di luar pantai kawasan tersebut. Saya memandu sendirian ke bandar tersebut pada 17hb dan bermalam di sebuah hotel di sana.
Kami sepatutnya keluar ke laut pada 18hb setelah semua persiapan di buat. Namun demikian ia tidak kesampaian, kerana cuaca yang kurang baik dan ditangguh ke 19hb. Oleh kerana tidak ada aktiviti yang hendak dilakukan, saya sendirian telah pergi ke Tanjung Piai, di mana terletak bahagian penghujung selatan Tanah Besar Asia.
Mercu tanda di hadapan pejabat pengurusan tanjung tersebut.
Hutan bakau yang mempunyai peminat/penjaganya yang tersendiri.
Hanya untuk koleksi BP.

Hanya separuh jalan ke sana, kerana hari hujan dan kesunyian.
Setelah melihat kawasan yang dimaksudkan. Terdetik juga di hati, adakah tempat ini akan terus dikunjungi dalam masa 10 atau 20 tahun lagi? Mungkin kah ia akan menjadi seperti Taman Pertanian Bukit Cerakah atau Taman Safari Johor? Atau mungkinkah akan menjadi bertambah popular seperti sebuah destinasi pelancongan antarabangsa? Hanya masa dan sokongan dari pengunjung tempatan dan luar negara akan menentukannya. Tetapi jika keadaan pada hari lawatan saya itu hendak dijadikan ukuran, maka tempat tersebut perlu lebih dari sokongan pengunjung untuk maju.
Pada 19hb kami meneruskan rancangan ke laut walaupun hujan renyai2. Syukur laut tidak bergelombang, tetapi tetap melemahkan beberapa orang anggota rombongan kami. Namun apabila sampai ke tempat yang dituju, lebih kurang 30km di tengah2 Selat Melaka, berhampiran sempadan dengan Indonesia, dan melihat beberapa bot nelayan yang kecil berada di situ, timbul smula semangat mereka untuk melawan kemabukan lautnya, dan bangun melihat2 kawasan sekeliling. Tetapi apabila dihulurkan makanan, hanya buah2an yang lalu diambil.
Nelayan dengan bot sebesar lebih kurang 10 meter
panjang mempertaruhkan nasib di tengah laut ini
untuk mencari rezeki. Kurang pasti bot ini dari
Malaysia atau Indononesia, kerana
tiada nombor pendaftaran kelihatan.
Kapal dagang sepanjang 300m ini juga menggunakan laluan yang sama.
Satelah tinjauan kawasan dibuat, bot kami bertolak balik ke pangkalan dan selesai untuk hari itu. Sampai di darat baru kedengaran semula suara mereka2 tadi, dan berselera pula untuk makan tengahari, yang tertangguh ke petang. Menjelang malam saya bertolak ke KL.
Updated:
Dibawah beberapa gambar yang diambil menunjukkan bakau ini perlu di jaga dan jika perlu ditanam semula.
