

(Ini adalah contoh tiket loteri tersebut yang saya dapatkan dari internet. Saya tidak tahu pula apa kena mengenanya kad kredit saya di kaitkan dengan loteri tersebut. Loteri di Malaysia pun, saya tak pernah ambil tahu, inikan pula di Sepanyol).
Pada masa itu cerita tentang penipuan sebegini masih belum banyak diperkatakan lagi. Saya pula pada masa tersebut sedang menguruskan satu projek di
Melalui telefon saya telah diminta untuk memasuki sedikt wang bagi proses menuntut wang hadiah tersebut. Memandangkan wang proses yang diperlukan itu tidak besar, maka saya telah meminta pekerja saya untuk mengirimkannya melalui Western Union di Bank Bumiputra pada masa itu.
Walau bagaimana pun, semasa ingin membuat pengiriman itu, pekerja saya telah di nasihatkan oleh setaf di bank itu, bahawa ini mungkin satu “scam” yang telah pernah berlaku sebelumnya.
Pekerja saya ini, telah menelefon saya di
Orang yang merancang “scam” itu, kemudiannya telah beberapa kali menelefon saya tentang wang itu, tetapi saya tidak melayannya lagi dan ia berakhir begitu saja.
Sekarang “scam” ini masih berlaku tetapi mungkin tidak melalui
Perasaan tamak akan mudah mengabui fikiran kita, walaupun, sesuatu yang hendak diperolehi itu agak sukar untuk dipercayai, apatah lagi tentang halal haramnya. Walaupun wang yang diminta untuk proses penyerahan “kekayaan” itu mungkin beberapa ribu sahaja, tetapi jika ramai yang terpedaya, mereka akan mengaut keuntungan dari kealpaan "sebentar" kita itu. Astaghfirullahalaziim.
Namun andaian saya meleset kerana apabila kereta iu lalu berhampiran, saya dapati hanya wanita itu sendiri yang memandu, berseorangan.
Dari cerita isteri saya, wanita itu masih bekerja walau dalam keadaan sakit begitu. Beliau mengidap penyakit buah pinggang dan perlu menjalani dialysis setiap minggu. Di samping itu beliau juga mengidap kencing manis. Namun semangatnya untuk bekerja masih kuat, walaupun perlu berulang-alik dari rumahnya di Klang ke Sg. Buluh setiap hari.
Hanya kerana terlewat bangun, sebab lewat tidor kerana menonton Euro '08, anda ponteng kerja dan beli MC.
Hanya kerana sakit pinggang yang telah lama anda biarkan, membuat minat anda untuk bekerja telah hilang.
Hanya kerana kereta anda rosak dan terpaksa menggunakn LRT ke tempat kerja, anda merungut seharian.
Atau atas apa juga alasan remeh yang lain yang ingin anda berikan.
Jika wanita tadi yang telah berusia hampir setengah abad, mempunyai penyakit yang doktor pun sudah putus harapan, boleh memandu setiap hari dalam keadaan menggigil dari Kelang ke Sg. Buluh, untuk menjalankan tanggungjawabnya, tidak ada alasan lain lagi yang lebih teruk yang boleh saya terima. HARAF MAAF.