Saya mengakhiri tahun 1429H dengan menghadiri satu perhimpunan keluarga sebelah isteri, yang diadakan di Seremban pada 28hb.
Perhimpunan Jejak Kasih Warigh Menuang ini, yang mana telah dimula pencariannya sejak lebih 1 tahun 6 bulan yang lalu kini telah menjadi kenyataan.
Meneliti Carta Salasilah keturunan yang telah disediakan. Salasilah keluarga meliputi ke generasi yang ke6.
Yang Berbahagia Dato' Mohammad bin Hussein, antara orang kuat yang banyak berusaha untuk menjadikan majlis itu satu realiti. Yang duduk di hadapan itu, antara dari keturunan ke dua dan ketiga yang masih ada lagi.
Antara ahli keluarga yang hadir.
Tidak lengkap jika majlis itu tidak diserikan dengan acara cabutan bertuah. Antara warigh tertua yang diberi penghormatan untuk mencabut nombor bertuah pada hari itu.
22 comments:
Mak oi ramainya!
Seronoknya! Mesti tak dapat ingat semua nama-nama. Myfamily pun ada juga perjumpaan sekali setahun. Tapi malangnya tak dapat pergi lagi sebab perhimpunan selalu diadakan masa kak teh tak ada di sana.
Syabas kepada keluarga Zabs!!!
Saya admire families yang berjaya mengumpul family sebegitu....
Zabs,
Tahniah kerana berjaya mengumpulkan sanak saudara yang begini ramai.
Kalau guna Geni Tree dari Google amat bagus untuk merekodkan salsilah keluarga yang begini besar.
Akmal: Memang ramai. Itu baru lebih kurang 60/70 peratus sahaja dari yang didaftar telah hadir.
Kak Teh: Memang meriah. Macam sambutan Hari Raya pula. Ada yang siap berbaju Melayu lengkap. Acara ini InsyaAllah akan dijadikan acara tahunan dan diharap akan lebih ramai lagi dapat hadir nanti.
PP: Syabas kepada isteri saya dan kaum keluarganya. Saya hanya membantu secara tidak langsung. Bersama memeriahkan suasana dengan mengambil gambar untuk kenangnn generasi muda nanti.
Zawi: Kerja kuat dari mereka yang betul2 komited itu telah menjadikan ia suatu realiti. Terima kasih atas saranan tuan itu.
seronoknya menjejak kasih cam ni.. baru lah tidak nanti terlanggar bahu tak tahu itu sedara kan..
Salam Zabs,
Memang seronok bila berkumpul ahli keluarga besar begitu and memahami asal usul kita.
Saya mungkin kena rentas sempadan nak dapat family tree.
Neeza: Kerana ramainya keluarga. Mungkin akan memakan masa juga untuk mengenali semua mereka itu. Hahahaha.
DJ: Sempadan mana nak kena rentas tu? Utara, Selatan, Timur atau Barat? Kita cuma mengira yang ada di Malaysia je setakat ini.. Hahahaha..
dongar cito namo menuang karim yo? hehe. :)
wah pak zabs, seronoklah senang-senang dapat trace back sampai 6 generasi tu!
Dapat kumpul sampai 300 org utk hari keluarga sudah satu pencapaian yg sgt baik. Kalau bloggers di kalangan mereka ikuti blog Zabs tentu tambah meriah lepas ni.
Pak Zab,
Dah sampai Seremban tak contact i...seronok nyer jumpa ramai2 kan??
btw,
Selamat Tahun Baru 2009 to Pak Zab dan semua keluarga....
ramainya
selamat tahun baru
suko den tengok bilo warigh bekumpol ni..ghamai gak tu.. kono buek buku salahsilah keluargo tu.. masukan no talipon bagai bilo nak kenduri sonang nak ngajak..
berapo ekor kobau tumbang tu hehe..
Alan: Botolah tu Menuang Karim. Tak tau pulak Menuang tu gelaran ke namanya..dan apa maknanya. Mungkin di masa2 akan datang boleh diketahui kebenarannya.
Accia: Saya tak tahulah susah atau senang tapi mereka ambil masa dekat 2 tahun untuk mencari warigh2 tu.
YB: 300 tu anggaran saya je. Baru dapat tahu dari pihak AJK, mengikut senarai pendaftarannya, yang datang pada hari itu ada lebih 600 orang semuanya. Wallahua'lam.
Zai: Maaf lah tak terfikir pulak nak call. Dah ramai sangat warigh nak ditemui, loteh den hari tu. hehehe...
Che-Mie: Ya, produktif warigh2 ni.
Salam kenal.
Zino: AJK sudah ada perancangan begitu. InsyaAllah.
Takdo tumbangkan kobau doh. Panggil keterer yo. Dioranglah tumbangkan lembu kek pasar agaknyo..
tahniah...macam nielah bagus..setahun sekali gathering keluarga besar.
SELAMAT TAHUN BARU
Salam Zabs,
Wah! Bagus nya perjumpaan saperti ini. 300, tu boleh tahan juga. berapa lama AJK ambil masa nak organise & nak invite? Vey good activity dapat jumpa begini. Memanjangkan silatul rahim.
Selamat Tahun Baru.
Tahniah dapat mengumpulkan kaum keluarga. Tentu ramai yang tidak tahu sebelumnya yang mereka mempunyai ikatan kekeluargaan. Apabila bertemu sudah pasti yang hubungan makin erat hubungan. Moga hubungan keluarga yang akrab bisa membangun nasib umat keluarga dluan. Pasti ada yang tertinggal dari segi ekonomi dan akademik. Bukankah membantu kaum keluarga dan tertangga terdekat lebih utama?
Terima kasih
Ruby: Sebenarnya seperti yang saya diberitahu ada lebih 1500 nama yang telah dikumpul termasuk yang telah meninggal dunia. Al-Fatehah.
saya juga diberitahu lebih 650 orang yang hadir pada hari itu. Anggaran saya terlalu conservative nampaknya.
Mamadou: Betul seperti kata anda itu. Namun demikian oleh kerana baru pertama kali bertemu, chemistrynya belum ada lagi. AJK akan berbincang untuk program2 yang boleh membantu memupuk semangat kekeluargaan itu. InsyaAllah.
Post a Comment