Pija: Ayah dulu masa UPSR dapat berapa A.
Ayah: Masa ayah sekolah dulu takda pepriksan UPSR kenapa?
Pija: Esok, kalau Pija tak dapat 5A, ayah marah ke?
Ayah: Kenapa nak marah pulak. Bukan ke Pija dah buat yang terbaik, kalau tak dapat 5A pun tak mengapalah, sudah nasiblah begitu.
13.11.2008Ayah: Masa ayah sekolah dulu takda pepriksan UPSR kenapa?
Pija: Esok, kalau Pija tak dapat 5A, ayah marah ke?
Ayah: Kenapa nak marah pulak. Bukan ke Pija dah buat yang terbaik, kalau tak dapat 5A pun tak mengapalah, sudah nasiblah begitu.
Sebahagian dari ibu-bapa yang lebih berdebar (dari anak2nya) menunggu keputusan UPSR yang sedang disampaikan satu persatu kepada setiap murid oleh guru yang bertugas.
Setiap kali murid yang mendapat 5A, mengambil keputusannya dari guru, mereka menjerit keriangan tetapi mengalirkan air mata kegembiraan juga. Ia kemudian disambut pekikan gembira oleh rakan2 lain dengan bangganya.
Saya mendengar nama Pija dipanggil dan memerhatikannya berjalan ke hadapan. Menandatangani borang penerimaan penyata keputusan peperiksaan. Dia mengambil keputusannya dari guru dan membacanya seketika. Selepas itu satu teriakan kegembiraan kedengaran darinya.
Kelihatan keceriaan diwajahnya, setelah saya melihatnya beberapa hari kebelakangan ini, agak muram sahaja, kerana ada sedikit batuk dan selsema. Saya turut merasa kegembiraan itu. Alhamdulllah. Segala kerja kerasnya selama ini membuahkan hasil yang cemerlang. Semoga ini akan menjadi pendorong baginya untuk terus maju lagi. InsyaAllah.
Kelihatan keceriaan diwajahnya, setelah saya melihatnya beberapa hari kebelakangan ini, agak muram sahaja, kerana ada sedikit batuk dan selsema. Saya turut merasa kegembiraan itu. Alhamdulllah. Segala kerja kerasnya selama ini membuahkan hasil yang cemerlang. Semoga ini akan menjadi pendorong baginya untuk terus maju lagi. InsyaAllah.
Kepada semua ibu-bapa yang anak2 mereka baru sahaja menerima keputusan UPSR mereka, tahniah diucapkan. Tak kira apa keputusan yang mereka telah perolehi. Mereka telah lakukan yang terbaik dan keputusan itu perlu dilihat sebagai titik tolak untuk memajukan lagi diri mereka di masa akan datang. InsyaAllah.
22 comments:
Zabs,
Tolong sampaikan ucapan tahniah dari Pak Man kepada Pija.
Semoga akan terus berjaya.
Pak Man: Terima kasih atas doa Cikgu tu. InsyAllah akan disampaikan. Bagaimana pencapaian di sekolah Cikgu pada tahun ini?
Tahniah Pija!! tak sia sia segala usaha murni Pija selama ni.. Ayah mesti happy sebab Pija pun happy.. lepas ni boleh lah mengorak langkath yang lebih panjang kan..
Tahniah ...
Berkat doa ibu dan ayah
Tahniah untuk Pija.. apa yg diusahakan berhasil akhirnya
Tahniah Pija. Tahniah kepada kedua ibu dan bapanya juga.
Zabs,
Sekolah Pak Man ada 2 orang dapat 5A. Alhamdulillah, dah bertahun-tahun dah tak ada yang dapat 5A, tahun ni berhasil juga usaha kami. Calon nya 15 orang saja. Sekolah pedalaman.Ada blogger dari Dubai nak hadiahkan sejumlah wang. Alhamdulillah!
ayah,
sampaikan ucapan tahniah anakanda memer kepada pija!! arap2 di boleh dijadikan satu batu loncatan die tuk masa depan!! kalau ade rezeki boleh penuhi cita2 die jadi seorang profesor! :)
nanti kalo ada ongkos lebay akan memer hadiahkan ape patut!! :P
Pakzabs,
Ucapan tahniah dari saya kepada Pija :)
Mesti dia tengah tersengih panjang sekarang ni kan? Abah dia pun mesti sama senyum meleret2 tengok anak tersayang tersengih panjang. Abah mana tak suka tengok anak gembira kan? ;)
Tahniah Pija!
juga tahniah pada ayahandanya,iaitu Pak Zab kita!
Zabs,
Sampaikan ucapan tahniah saya kpd Pija. Malam tadi tak nampak kat surau pergi bawa Pija makan ke?
Tahniah Pija..
Ajak pak Zabs ke Liverpool meh..kita enjoy kat sini..
tahniah pija.
betul tu pak zabs, janji mereka dah buat yabg terbaik, that's all that matters.
Alhamdulillah..Tahniah kepada Pija dan jugak Pak Zabs..teruskan kecemerlanhan untuk PMR nanti..
Tahniah pada ayah dan ibu Pija yang mendidik anak berjaya. Syabas buat Pija semoga terus berjaya hingga ke menara gading.
Salam pak zabs,
syabas! semoga sentiasa dimurahkan olehNya rezki sebegini.
zabs..
tahniah utk Pija dan kawan kawan dia yg berjaya.. perjalanan masih jauh.. usaha perlu di tingkat kan lagi..
Tahniah kepada Pija dan ibubapanya! Seronoknya dapat berita baik yang dinanti2kan. Dan selamat berjaya seterusnya.
zabs,
Tolong sampaikan Tahniah kepada Pija dan semua ahli keluarga terutama kedua ibu bapanya. Pija bernasib baik mendapat keluarga yang memberi sokongan dan dorongan pada Pija.
Salam Semua,
Terima kasih atas semua ucapan tahniah dan kata2 nasihat untuk Pija itu.
Semoga Pija akan terus meningkatkan lagi usaha dan berusaha untuk terus cemerlang di dalam pelajaran dunia dan juga untuk akhirat. InsyaAllagh.
congratulations... teringat pulak zaman dapat result UPSR disekolah yang sama....
Selamat berkunjung DB. Tentu kenangan yang manis kerana masih diingat selepas 18 tahun. Anak perempuan saya yang pertama, juga di ekolah itu, dan mengambil UPSR nya 15 tahun dahulu.
Alhamdulllah, adiknya mendapat keputusan yang baik sepertinya juga.
Post a Comment