Saya telah beberapa kali berkesempatan melakukan "window shopping" di satu2nya pusat membeli-belah di Putrajaya ini. Dari pemerhatian, saya merasakan bahawa ia masih tidak mendapat sambutan yang memuaskan dari warganya.
Walau sekarang musim perayaan telah hampir tetapi temapt ini masih sunyi.
Walaupun terdapat "Sales" yang di buat oleh gedung pakaian ini.
Mungkin semasa saya ke sana, waktu pejabat masih dibuka. Warga Putrajaya pula mungkin hanya membei-belah di waktu malam atau di hujung minggu sahaja.
Walau apa pun, diharapkan peniaga-peniaga di sini boleh bertahan. Tentunya sewa yang mahal boleh membebankan jika jualan yang diperolehi setiap hari tidak setimpal.
Walau apa pun, diharapkan peniaga-peniaga di sini boleh bertahan. Tentunya sewa yang mahal boleh membebankan jika jualan yang diperolehi setiap hari tidak setimpal.
8 comments:
1st rule of business, location location location... ;)
alamanda ni zino tak pernah sampai lagi pergi putrajaya selalu..
sebelah manapun zino tak tau hehe..
Alan: Ye la tu. Lokasi sudah baik, tetapi pilihan perlu menarik dan pelbagai....
Zino: Tak jauh dari Kompleks Pejabat Kerajaan tu. Juga dekat dengan Sekolah Alam Shah. Senang jo nak carik. Kek Rombau pun tak sosek, apo lai kek Putrajaya. Hahaha...
Pak Zabs
Abah selalu gak ke sana dulu..Gi duduk di Starbucks sebab nak wifi..gi main bowling kat bawah tuu..Tapi barang2 mahal yek?
Zabs,
Bulan puasa pun rajin jugak pergi window shopping? Ke Alamanda pulak tu he he he.
Seperti sebahagian besar kompleks membeli belah bumiputra lainnya Alamanda nampaknya menerima nasib yg sama.
Abah: Takde beli apa-apa. Cuma nak habiskan masa menunggu isteri ada kerja di JPA.
Yunus: Menghantar isteri ke JPA kerana ada sedikit urusan. Jadi sementara menunggu tugasnya selesai saya bawa anak jalan2 selepas habis UPSRnya tempuh hari.
Dah ader Mydin kt Pr Diplomatik, lagi lah lengang...tpi acik sukakan 'kelengangan' tuh....lapang..selesa nk belibelah...tk terimpit cam kt Mydin tuh..wlupun bakang rumah jer...bru skali acik pegi..pehtu acik sorikk...baik acik gi boli brg kek alamanda...dari kener himpit!...hehe..
Mahal?? Ntah...yg mahal acik tk boli...acik boli yg memurah jer...makan pun ok kt food court RASA tuh.. nk tgk ramai, masa rehat kakitangan kajaan..opis acik sebolah tu yo...bilo rehat...ramai yg ke sana...tapi acik??? 3 mggu skali pun payah..kcuali ado mende nk carik jer...hehe..
sekian, salam.
Acik: Nak buat macammana eei, Mydin dah ambil pelanggan mereka. Tapi saya masih kurang yakin dengan barangan Mydin. Ini pendapat peribadi saya je.
Post a Comment