Pengubahsuaian restoren makanan segera ini telah siap sepenuhnya sekarang. Pengubahsuaian itu dilakukan untuk keselesaan pengunjung setia mereka yang sememangnya ramai. Kerja-kerja yang dilakukan meliputi keseluruhan luar dan dalam restoren tersebut.
Tetapi semasa kerja-kerja itu dijalankan, ia tidak menghalang mereka dari terus beroperasi kerana masih ramai pengunjung yang tidak rela makan tanpa hidangan berkeju itu, termasuklah anakanda saya.
Sambil menikmati hidangan, boleh terus memerhatikan kecekapan pekerja-pekerja kontraktor tersebut melakukan kerja2 mereka.
Berapa agaknya kutipan yang mereka mungkin terlepas, jika ditutup untuk kerja pengubahsuaian itu ya?
Tentulah banyak, kerana perniagaan diteruskan, walaupun mungkin ada yang tidak selesa makan kerana kebisingan dari kerja-kerja pertukangan tersebut.
Walaubagaimanapun, itu pilihan kita. Tepuk dada tanya selera. Sendiri mahu ingatlah tentunya....
Tentulah banyak, kerana perniagaan diteruskan, walaupun mungkin ada yang tidak selesa makan kerana kebisingan dari kerja-kerja pertukangan tersebut.
Walaubagaimanapun, itu pilihan kita. Tepuk dada tanya selera. Sendiri mahu ingatlah tentunya....
15 comments:
Salam Pak Zabs,
Dari pandangan saya, restorang yang dimaksudkan itu merupakan sebuah restoran berangkai yang terkenal. Masalah kerugian kewangan sewaktu kerja ubahsuai bukanlah menjadi fakta utama mereka kerana kedai lain dalam rangkaian itu dapat menampung kerugian. Hanya, bos bos takut staff akan lena tanpa kerja maka itulah mereka teruskan berniaga. Ada satu pemikiran menagement di mana staff tidak boleh dibiarkan tanpa melakukan sesuatu walaupun tidak ada kerja yang boleh atau dapat dilakukan.
Tuan Zabs... itu restoren mana tempat ek ? nice building..
Shah: Apa pun pemikiran management, keselesaan pelangan masih perlu diutamakan.
Adie: Di Wangsa Maju. Berjiran dengan K4 dan NZ Curry House pun berdekatan.
pelanggan ada pilihan.. kalau bunyi herok pikok kenapa masih masuk? ada banyak tempat lain boleh menjamu selera..
the choice is yours.. hehe
Salam.
Itu yang di belakang Carrefour, Wangsamaju itu, kan?
Renovasi premis itupun satu strategi perniagaan dan mahu terus kekal dalam persaingan juga. Bukan begitu tuan?
This was one of our favorite joint when we were staying in KL....not been around this area for so long.....
rugi sekejap takpa, tapi untung jangka panjang
sebenarnya best gak sambil makan sambil tengok orang buat kerja. kalau bawak anak2 lagi best. boleh bercerita dengan anak2 mengenai 1 lagi jenis kerja - jadi pekerja kontrak!
budak2 bukannya kisah surrounding tu... janji perut kenyap dgn fav meal they all...hehe
salam uncle... pizza hut? dah lama tak mamam pizza... :)
salam pak zabs,
sorry lari topik sikit. sekarang ni kalau ada barrier/anak tangga untuk memasuki sesebuah rstoran, saya dah malas bagi bisnes kat diorang. bukan ada niat jahat apapon, cuma rasanya lebih puas hati makan kat restoran yang mesra pengguna kerusi roda. itu menunjukkan tuan kedai prihatin. cara memebalas jasa mereka kita makan dikedai mereka.
BP: Tentu anda telah pernah ke sana kan? Tujuan nya untuk menarik lebih ramai pelanggan dari NZ, agaknya.
Zai: Di Seremban, restoren itu terletak di mana ya? Sereman Parade?
Kamato: Bukan untung jangka panjang, dah untung memanjang.....
Neeza: Setuju...tapi biarlah jadi tokehnya, bukan pekerjanya..hehehe.
Helena: Kalau anak dah gitu, cucu nanti, lagi kecoh datuk dan nenek..
Sas: Kalau nak cepat naikkan badan, bolehlah selalu dating ke sana ....
Kerp: Sekarang tahap keprihatinan itu sudah mula bertambah baik. Tetapi masih banyak yang boleh lakukan lagi. Semoga ia akan terus dipertingkatkan dari masa ke masa. InsyaAllah.
Post a Comment