Tepat jam 0715 pagi 18hb Mei, saya dengan resminya telah menjadi datuk. Datuk kepada Muhammad Izz Zafran bin Mohd Irwan. Dengan beratnya 3.6kg, ia agak besar dan melebihi dari jangkaan doktor yang memeriksanya sejak ibunya, Nur Azilah, mula disahkan mengandung. Kedua-dua ibu dan anak di dalam keadaan sihat. Alhamdulillah.
Azilah telah dimasukkan ke hospital pada 17hb, hari beliau membuat pemeriksaan mingguan oleh doktor pakar yang bertanggungjawab. Tarikh "due" mengikut kiraan untuk beliau melahirkan ialah pada 16hb, jadi terlewat satu hari pada hari itu. Untuk tidak mengambil sebarang risiko, doktor telah mengambil keputusan menahan beliau di hospital untuk pemerhatian dan juga untuk "induce labour".
Saya dan isteri berada di hospital sehingga jam 8 malam dan balik ke rumah selepas itu dengan rasa bimbang. Tetapi juga bertujuan untuk membiarkan suami beliau menunggunya pada malam itu. Mamanya juga berkata, untuk memberi pengalaman, menantu itu melihat betapa sukarnya seorang isteri melahirkan.
Menurut Irwan, Azilah merasa sakit pada jam 4.30 pagi dan hanya pada jam 7.15 pagi cucu sulung kami selamat dilahirkan. Saya dan isteri sampai di hospital pada jam 7.35 pagi. Apabila bayi telah dibersihkan, saya sempat mengazan dan iqamatkan, serta membacakan dua surah untuk ambil berkat. Izz Zafran juga telah dirasakan air Zam zam dan buah kurma. Alhamdulillah.
Saya dan isteri berada di hospital sehingga jam 8 malam dan balik ke rumah selepas itu dengan rasa bimbang. Tetapi juga bertujuan untuk membiarkan suami beliau menunggunya pada malam itu. Mamanya juga berkata, untuk memberi pengalaman, menantu itu melihat betapa sukarnya seorang isteri melahirkan.
Menurut Irwan, Azilah merasa sakit pada jam 4.30 pagi dan hanya pada jam 7.15 pagi cucu sulung kami selamat dilahirkan. Saya dan isteri sampai di hospital pada jam 7.35 pagi. Apabila bayi telah dibersihkan, saya sempat mengazan dan iqamatkan, serta membacakan dua surah untuk ambil berkat. Izz Zafran juga telah dirasakan air Zam zam dan buah kurma. Alhamdulillah.
28 comments:
Tahniah, tahniah Zabs sebab tak payah lobi melobi dah dapat pangkat Datuk. Best wishes to all.
Salam Zabs. Alhamdulillah kerana Izzarfan dilahirkan tanpa sebarang masalah dan ibunya juga sihat walafiat.
Seperti kata Che'gu Nazir, mendapat pangkat Datuk ini adalah amat bermakna dan membuka satu lagi lambaran hidup kita. Nikmatilah kerseronokan memberikan kasih sayang kita pada cucu pula selepas mencurahkannya kepada anak-anak.
zabs
u worked in kd malaya in the 1970s? please contact me. profkingsfield2004@yahoo.com.sg
Salam Pak Zabs:
Alhamdulillah dan Tahniah buat Mohd Irwan dan Isteri serta Pak Zabs sekeluarga.
Dengan mendapat gelaran Datuk Berseri-seri kini masuklah chapter baru dalam hidup Pak Zabs dan Datin Berseri-seri.
Belailah dan didiklah Muhammad Izzarfan dgn penuh kasih sayang dan didikan Islam semoga dia bakal menjadi pembawa obor2 Islamiah.
Tahniah Datuk.
Alhamdulillah dan tahniah! Seronok kak teh dengar berita baik ini pada hari yang indah di London.
Nampaknya nanti banyaklah atok meluangkan masa dengan cucu!
Kepada semua pengomen,
Saya telah membuat pembetulan pada ejaan nama cucu saya seperti berikut, Muhammad Izz Zafran. Kesilapan yang tidak disengajakan. Harap Maaf.
KTN, Zawi, Tokasid dan Kak Teh: Terima kasih atas doa restu dan ucap tahniah. Akan cuba menjadi datuk berseri-seri sebaik mungkin. InsyaAllah..
tahniah zabs..
tentu atok dengan nenek sibuk sekarang ni kan hehe
Salam Pak Zabs
Tahniah to both Datuk and Nenek and both parents. Saya tumpang gembira di atas berita ini.
p/s Pak Zabs, I received this message for you posted as a comment in one of my postings.
He calls himself professor.
Zabs
Please contact me. I am interested in your time at KD Malaya in singapore. my email: profkingsfield2004@yahoo.com.sg
Salam Pak Zabs,
Tahniah kepada Paz Zabs dan keluarga. Ketibaan cucu itu pasti saat yang bukan sahaja mendebarkan ayahnya, tapi datuknya sekali. Kiranya, bolehlah kami memanggil Pak Zabs Datok ye? :)
tahniah Datuk. :)
Datuk Zabs,
Tahniah buat tuan dan famili. Semoga kehadiran cucu ini membawa seribu kebahgiaan. Sepatah kata Datuk Ahmad Ramli " I can command the RMN without any problem but with this cucu, he is telling me what to do and for the love of cucu ... ikut ajalah".
Zino: Cucu masih di hospital, hari ini baru balik ke rumah. Walau pun dia cucu kita tapi tetap anak orang....
Fauziah: Terima kasih. Professor tu dah sama "emailed".
Shah: Terima kasih. Sekarang tak kempunanlah lagi untuk dipanggil "datuk", walaupun dengan "d"nya huruf kecil.
Alan: Cucu dari anak sulung juga amat dinantikan....
DJ: Begitulah yang selalu kita dengar dari datuk2 sekarang, kalau dengan anak sendiri, cukup disiplin. Tapi bila dengan cucu, diikut saje kemahuan mereka.
Saya harap tidak menjadi begitu. InsyaAllah.
Salam Zabs,
Alhamdulillah dan tahniah kpd atuk baru dan keluarga.
Ontah bilo lagi nasib den ni..
tahniah dad.. oops, grandad!! hehehe. terima kasih mengupdate disini!! dapat juga tahu walau jauh diperantauan.. nanti bagi link gambar2 lain ye? kem salam kak ila dan keluarga..
Waalaikummussalam Capt.,
Belum ada rezeki lagi agaknya. Semoga dikurniakan cucu dalam masa terdekat. InsyaAllah.
Azmir: Please check this link:
http://picasaweb.google.com/zainulabs/
Cucu?authkey=16D7fNqFlAw
Have a nice day.
Tahniah Pak Zab, datuk yang ni tak boleh tarik balik
Kamato: Terima kasih. Datuk ini juga tak perlu nak lobi melobi, seperti kata Che'gu Nazir (kata tak nak).
Salam tuan Zabs.
Alhamdulillah. Tahniah!
Bermain dengan cucu pulaklah selepas ini ya tuan.. :)
BP: Sekarang masih seronok. Bila sudah boleh berlari nanti mungkin perlu makan banyak vitamin untuk ada stamina untuk mengejarnya. Hehehe...
Salam brother...
Tahniah...dan alhamdulillah semua selamat. Nampaknya rezeki Pak Zabs Allah luaskan dengan kehadiran cucu seorang ini... ni kena tukar title ke Datuk Zabs ni la kan...
All the best.
Tahniah buat Datuk Zed... Yang pertama menjadi titik permulaan untuk yang seterusnya... Pasni turn Hafidz n Sheemi pulak... >_<
Waalaikummussalam Raden,
Terima kasih kerana sudi datang melawat datuk. Amiin untuk doa anda itu. Semoga Raden juga diberi Allah rahmatnya. InsyaAllah.
Biddyboy: Trima kasih. Semoga yang lainnya juga mengikuti sama, termasuk anda. InsyAllah.
Tahniah BOS....Kami di Impian Hydrographic mengucapkan tahniah atas cucu sulong.Semoga dimurahkan rezeki... :)
yay...you dah join Pak Zawi jadi Datuk....alhamdullillah and tahniah...sorry lambat sikit...sedikit kebizian di sini ..... baby tuh comel betul but ada ker baby tak comel kan Pak Zab.
salam tahniah
Post a Comment