Wednesday, May 06, 2015

REUNION

Setelah beberapa kali cuba untuk menulis semula di Blog ini namun sehingga semalam masih belum mendapat ide apa yang hendak di tulis. Ternyata menulis di FB lebih mudah dan tak perlu berfikir panjang dan mendapat reaksi lebih cepat. 
Sungguh tidak menjangka akan ada usaha unto menimbulkan semula minat untuk menulis di Blog ini. Mungkin ia sesuatu yang baik kerana kini menulis di FB sudah mula hilang ummph nya.
Begitu jugalah dengan beberapa "REUNION"  yang telah saya hadiri sejak beberapa bulan yang lalu juga memang tidak dijangkakan. Terutamanya dengan rakan-rakan dari Tingkatan 5 pada tahun 1969 di sekolah Undang Rembau English Secondary School.

Ya....lebih 45 tahun lalu. Walaupun ada pernah berjumpa dengan beberapa orang dari mereka pada masa lalu, namun kebanyakanya itulah pertama kali berjumpa semula selepas habis sekolah tersebut, terutamanya rakan-rakan perempuan.


Satu lagi perjumpaan ialah dengan rakan-rakan setugas di Cawangan yang sama di dalam Tentera Laut DiRaja Malaysia suatu ketika dahulu. Walaupun tidaklah lama sangat tetapi ada juga yang tidak bertemu hampir 20 tahun.

Namun pertemuan-pertemuan ini tidak mungkin terjadi jika cara berkomunikasi kita masa cara lama. Whatsapp chat group banyak membantu dengan izinNYA. 

14 comments:

Fadhil said...

Tahniah Pak Zabs. Selamat berblogging semula. Saya setuju, menulis di FB dah kurang ummph...

Arena said...

Welcome back

ZABS said...

Terima kasih Oldstock. Harap boleh berterusan. InsyaAllah.

ZABS said...

Thank you Arena.

Yati WTL said...

Moga blogging arena kembali aktif

ZABS said...

Kita yang buat dia, tak gitu Yati WTL?

Yati WTL said...

betul tu Pak Zabs

Nong (Maimon Mohd Top) said...

Salam dari Abang Mus dan Kak Mun...

Neeza Shahril said...

Kaaannn... Tulis kat FB simple saja. Kat sini nak kena perah otak sikit heheee...

pB said...

Selamat berblog

pB sendiri belum lg mula...

Unknown said...

Waalaikumusalam. Semoga Nong terus menulis. Very interesting blog you have.

Unknown said...
This comment has been removed by the author.
aNIe said...

Assalamualaikum...samalah dengan saya...rasanya idea utk menulis di blog dah tak semacam dulu lagi.... kalau dulu rasanya apa jua kata2 yg keluar begitu bersahaja... skrg ni seolah2 mcm pena yang dah berkarat...heheheh

Unknown said...

Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
Silahkan kunjungi website kami www.kumpulbagi.com atau www.facebook.com/kumpulbagi/ untuk info selengkapnya.

Di sana anda bisa dengan bebas share foto-foto baju, kain dan accessories, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)