Tuesday, April 26, 2011

KURSUS-KURSUS HIDROGRAFI (2)

Kursus seterusnya yang telah saya ikuti ialah kursus Long Hydrographic Survey, juga di HMS Drake, Plymoluth, UK. Nama je long tetapi cuma bulan je, dari Sep 81 hingga Feb 82. Ada sepuloh orang semuanya, termasuk seorang dari UK sendiri, dan dia selalu cakap yang dia adalah "the rose amongst the thorn". Rupa2nya dia jadi "the thorn amongst the rose", sebab yang lain semua lulus kursus tersebut kecuali dia.

(Bersama rakan sekurusu dari Malaysia dan India)

Sekembali dari kurusus ini saya telah mendapat tahu akan di tugaskan bagi Program Pertukaran Pegawai antara Tentera Laut Malaysia/New Zealand. Saya telah bertugas di NZ lebih kurang dua tahun, mulai Mei 82 hingga Ogos 84. Pengalaman ini akan ditulis dalam entri lain nanti. InsyaAllah.


Kursus lain yang saya telah berpeluang juga menikutinya ialah  Law of the Sea: Maritime Boundaries. Kursus ini adalah untuk mendedahkan peserta kepada kaedah menentukan persempadanan laut negara2 yang mempunyai pesisiran berpantai. Kursus ini di adakan di Universiti Toronton, Kanada, pada Mei/Jun 1990. Semasa di sana dapatlah juga peluang melawat ke Niagara Fall tu.

  (Bersama rakan sekursus dari Fiji dan Tonga, di Niagara Fall)

Kursus atau pembelajaran terakhir saya semasa di dalam TLDM, ialah mengikuti Program MSc. in Applied Oceanography, di University of Wales, Bangor, pada 1995/97. Saya diterima untuk belajar di peringkat ini, atas dasar pernah menghadiri kursus-kursus di bidang hidrografi dan pengalaman kerja yang lama dalam melaksanakan kerja2 pengukuran hidrografi dan oseanografi semasa bertugas di kapal2 ukur TLDM. Namun bagai nak pecah jugalah kepala nak belajar semula setelah sekian lama tidak membaca buku. Alhamdulillah, dengan dorongan keluarga dan semangat ingin memajukan lagi diri, berjaya juga akhirnya.

 (Rakan yang sama belajar, masih muda belia semuanya)

Di samping kursus-kursus hidrografi tersebut saya juga telah dihantar berkursus untuk kepentingan perkhidmatan seperti Kursus Turus, Kursus Pegawai Pemerintah Kapal Kecil, Kursus Peperangan Bersama, Bengkel Remote Sensing dan Tour of Japanese Training System. Seperti yang saya tulis sebelum ini, walaupun telah berakhir zaman persekolahan, pembelajaran akan masih berterusan sehingga ke akhirnya. Wassallam.

4 comments:

Riz Ardy said...

Salam abg..
dah ms58 ni.... tebal betul novel ni nanti..... hehe

ZABS said...

Riz...takpa asal ada value for money...kahkahakahah

Ismail aka Pak Mail said...

Salam Pak Zabs,

Gambar di atas bersama Lt Kdr (R) Guoy Tong Kiat.

ZABS said...

Pak Mail..betul tu. Kami berkursus bersama untuk Long Hydro Course tu. Dia pelajar yang cerdik.