Saturday, April 02, 2011

BERAKHIRNYA ZAMAN PERSEKOLAHAN

Dalam entri sebelum ini saya ada bercerita tentang telah mendaftar dan mula belajar di tingkatan enam di Sekolah KGV, di Seremban. Pada mulanya saya berulang alik dengan bas ke sekolah yang jauhnya lebih kurang 25 km dari kampong saya. Tetapi ia agak meletihkan, jadi saya kemudian memohon dan dapat tinggal di asrama.

Kehidupan di asrama sebenarnya tidak menyenangkan juga dan terbit azam di hati untuk berhenti belajar. Saya merasakan ketenteraman untuk belajar sudah tidak ada lagi. Saya masih teringatkan betapa susahnya Apak mencari wang untuk saya tinggal di asrama dan juga membeli buku2 teks dan yuran persekolahan. Tambahan pula adik2 sudah ada yang mula bersekolah di kampong. Peluang untuk berhenti tiba setelah beberapa minggu belajar di sekolah itu.
Sebenarnya sebelum mendaftar di tingkatan enam lagi, saya telah menghanttar permohonan untuk memasuki kedet angkatan tentera. Saya memohon untuk memasuki Tentera Udara Diraja Malaysia pada masa itu, menjadi pilot adalah cita-cita saya pada mulanya. Nak dijadikan cerita, panggilan untuk temuduga dihantar ke kampong dah saya ada balik ke kampong pada hujung minggu itu. Temuduga itu diadakan di Port Dickson. Saya telah meminta pandangan Apak dan dibenarkan, dengan pesanan jika gagal saya perlu balik ke sekolah semula.
Kita cuma boleh merancang tetapi semuanya adalah atas izinNya juga. Saya sungguh tidak menduga akan gagal dalam temuduga ini. Sebenarnya saya gagal dalam pemeriksaan kesihatan pula, walaupun saya seorang anak kampong yang sihat walafiat. Kegagalan ini tidak mematahkan semangat saya untuk menjadi pegawai ATM sebenarnya (anda akan tahu sebabnya nanti), tetapi sebaliknya telah mematahkan semangat saya untuk terus belajar lagi. Apatah lagi saya telah ada memberitahu beberapa rakan sekelas bahawa akan menjadi pegawai kedet...huhuhu.
(Gambar Terakhir Diambil Bersama Kawan2 Sebelum Masing2 Meninggalkan Kampong Untuk Mencari Pekerjaan).
Apo nak dikato, terlanjur perahu boleh ditarik balik, terlanjur kata, padan muko….huhuhu. Keputusan perlu dibuat cepat agar tidak perlu balik ke sekolah lagi. Akhirnya dengan berat hati saya meminta kebenaran Apak untuk berhenti sekolah dan ingin ke Kuala Lumpur untuk mencari pekerjaan dengan harapan dapat membantu keluarga. InsyaAllah. Apak tidak bersetuju pada mulanya, tetapi akhirnya memahami kehendak saya, di mana beliau kemudiannya akur dengan kehendak saya itu. Dengan keputusan itu, berakhirlah zaman persekolahan saya (tetapi tidak proses pembelajaran saya yang berterusan walaupun hingga sekarang). Saya ke Kuala Lumpur dengan penuh harapan dan bertekad untuk bekerja dan seterusnya dapat membantu keluarga…InsyaAllah.

8 comments:

Ismail aka Pak Mail said...

Pak Zabs,

Saya tidak dapat mengenali Pak Zabs di dalam gambar itu.

Yang sedang duduk itu, Pak Zabs ke?

Riz Ardy said...

Huhuhu rasa macam dah habis aje citer ni, baru je bebarapa episod...
Saya dulu masa darjah 5 teringin jugak nak jadi Pilot, tp bukan pilot airforce, sbb takut mati cepat, Pilot heli. Sebab, masa Datuk Najib melawat kampung saya, dia naik heli yang dipandu oleh pilot mat saleh, nama Daniel Holloway... dalam ramai2 orang kat situ, saya sorang je boleh skipping omputeh..hehe. So borak sakan dan dia bawak masuk dalam heli tu...seronok yang amat. Terus berazam nak jadi pilot heli. Bila melangkah dewasa, teringin nak jagi pilot kapat terbang MAS pulak. Nah! tak dapat jadi pilot MAS, dapat join diorang pun jadilah... hehe.
Soal kenangan bertukar masuk ke sekolah berasmara penuh pun ada.. tapi tiap2 minggu balik rumah (biasalah anak mak) hehe. Bila mak ngan ayah pindah ke Penang, duduk sekejap ngan bapak angkat kat Pahang (GPK sekolah), tapi akhirnya pindah juga sebelum ambil SPM ke sekolah Uncle Jack.. Hasilnya, flop... huhu...

Riz Ardy said...

Pak Mail, saya pun tak cam..... dalam entri yang sebelum ni ada cerita pasal Sarip Dol kampung Dusun. Kalau yang duduk tu, rasa2nya macam Sarip Dol.... Agaknya yang berdiri kat tengah tu kot.... hehe.
P/s: sorry abg kalau salah teka.... hehe

Ismail aka Pak Mail said...

Saudara Riz Ardy,

Apa kata kalau saudara juga menceritakan kisah hidup saudara. Insya' Allah saya akan ikuti kisahnya.

Riz Ardy said...

Salam Pak Mail, hehehe.
terima kasih.
Sebenarnya saya tidak pandai menulis, Pak Zabs pun dah memang tahu...hehe
Kisah hidup pun tak menarik untuk diikuti, tidak seperti kisah Pak Zabs ni....sebab tu saya jadi pengikutnya di sini....hehe

ZABS said...

Salam Pak Mail,

Saya yang berdiri ditengah tu....takda persamaan ke?

ZABS said...

Riz, cerita anda lagi menarik. Tulis je.
Sebenarnya ini baru intro.
Ada lebih 30 episod lagi untuk ndituliskan. Jangan jemu sudah.

Riz Ardy said...

Pak Mail,
tkasih sudi follow saya, takut nanti kena tunggu lama untuk entri terbaru...hehe.
Kan betul saya cakap yang berdiri kat tengah tu... hehe

Abg Zainul
Saya baru menulis sikit2 je... Tp tak menarik pun, cerita berterabur...hehe.
Ok, saya tunggu lagi yang balance tu... hehe.