Wednesday, December 09, 2009

Yang Murah Tak Semestinya Baik

Tender untuk satu perkhidmatan yang diperlukan oleh satu Jabatan Kerajaan baru sahaja di tutup.

Maklumat tidak rasmi mendapati harga yang ditawarkan oleh kontaktor-kontraktor yang berminat adalah antara 3.5m ke 20m.

Bajet yang diperuntukan ialah 5m.

Anggaran kos berpatutan untuk perkhidmatan yang perlu dilakukan itu ialah sekitar 6.5m.

Dijangkakan kontraktor yang menawarkan harga terendah (3.5m) akan diberi projek tersebut.

Persoalannya.....

1. Kenapa perkhidmatan yang diperlukan melebihi dari bajet yang ada.

2. Harga yang rendah bermakna mutu yang rendah atau perkhidmatan yang diberi tidak akan lengkap.

3. Jurang perbezaan yang tinggi pada harga yang ditawarkan oleh para kontraktor mungkin menunjuk kepada skop yang tidak difahami secukupnya oleh pihak kontaktor.

Wallahua'lam.

5 comments:

Azlan Zed said...

once a consultant told me this,

'good thing not cheap' & 'cheap thing not good'

ya kah?

:)

Neeza Shahril said...

tak sanggup nak dengar cerita jambatan runtuh, bangunan runtuh.. kenapa lah diorang ni tak sedar dan tak fikir...

ZABS said...

Alan,

Ada betulnya juga. Tetapi yang mahal tu pula mungkin telah dilipatgandakan untuk untung sementara.

Neeza,

Itulah yang cuba nak dielakkan. Tetapi semua pihgak perlu mainkan peranan. InsyaAllah berhasil.

Yunus Badawi said...

Inilah dilema dan cabaran kontraktor yg mahu menawarkan perkhidmatan mengikut skop dan specs yg ditetapkan dan dalam masa yg sama menenangi kontrak tersebut.

Ramai yg cuba ikut jalan belakang atau menggunakan kabel huhuhu

Saya doakan sykt zabs berjaya dlm tender ini.

ZABS said...

Terima kasih Tuan Yunus. Saya mahu dapat dan berjaya menyiapkan kerja dengan sempurna. Tetapi kalau dapat tetapi tidak berupaya menyempurnakan kerja sebaiknya, biarlah orang lain yang lebih layak mendapatkannya.