Monday, April 27, 2009

Lesen Memandu Baru?

Saya telah memandu dengan menggunakan lesen memandu di sebelah sejak tahun 1997. Setiap kali memperbaharuinya, saya hanya bertukar slip tarikh tempuh sah lakunya sahaja. Dan lesen lama itu terus digunakan.

Semalam saya mengunjungi rumah anak di Wangsavillamas, dan dikehendaki meninggalkan lesen memandu jika ingin masuk ke tempat letak kereta di dalam kawasan perumahan itu. Apabila memeriksa dompet, saya dapati lesen memandu saya tiada dalam simpanan. Nasib baik pengawal itu mahu menerima kad pengenalan sebagai ganti.

Apabila balik kerumah, puas dicari merata tempat, yang dijumpa hanya lesen di atas sahaja tanpa slip tempuh sah laku itu. Telah lama juga agaknya, saya telah memandu tanpa slip sah laku itu, tetapi tidak pun merasa bersalah.

Namun sejaka mengetahui ia tiada di dalam simpanan, saya mula merasa tidak selesa dan cemas apabila memandu. Mula memandu dengan amat berhati-hati seperti takut mengekori kereta dengan rapat, berhenti di lampu kuning dan seumpamanya.

Keputusan diambil segera untuk membuat aduan di JPJ. Proses membuat lesen baru itu cuma mengambil masa kurang dari 15 minit, cukup cepat ia dapat dilakukan. Tahniah JPJ.

Kini saya sudah ada Lesen Memandu Malaysia yang baru, siap tukar gambar yang terkini lagi. Alhamdulillah.

16 comments:

Sya said...

Saya pun masih gunakan yg lama dan renew 5 tahun sekali tapi slip sahlaku tu takkan valid tanpa lesen memandu yg lama. Begitu jugak sebaliknya.

Sally said...

waaa..tahniah..hehe..agak2nya dah berapa lama la PakZab memandu tanpa lesen ni eh..tp mmg mcm tu kan..bila tak tau relax je..bila da tau..mulalah gelabah..hehe

Neeza Shahril said...

wahh!! Pak Zabs tu kan.. sungguh berbeza muka kan.. kalau bagi gambar yang 1st tu kat awek, mesti ramai yang jatuh cinta hehehee...

kalau bagi yang 2nd tu, ada gak kot hehehee...
jangan marah yaaa... gurau2 jeee...

neeza renew lesen bila balik malaysia. Buat setahun sekali je.

ZABS said...

Sya: Kalau tidak terjadi kehilangan tu, mungkin saya pun tak bertukar gambar tu. Tetapi alang nak buat yang baru, baik ditukar gambar kepada yang lebih season tu...haha.

Sally: Paling lama sebulan lebih kot! Kali terakhir pindahkan sebahagian isi dompet tu (kerana banyak sangat) ke dalam beg lain semasa di KK mid Mac lalu. Lepas tu lupa nak pindahkan semula. Mungkin semasa itu tercicirnya...

Neeza: Masa tu dah ada anak lima dah. Nayalah kalau nak bagi kat awek gambar lagi....hehehe.
Kalaun yang 1st pun tak boleh, yang 2nd lagi lah nahii, mahu turun ribut taufun..haha.

Unknown said...

aih, uncle tunjuk muka macam tu makin ramai la reader pompuan datang sini nanti hahahah :D
gurau je pakzabs :)

Unknown said...

lesen sy pun dah mati xrenew lg sejak feb...hehehe,xde ms nak g renew plak...huhuhu

ZABS said...

Akmal: Nak tukar cat baru tak jumpa yang menarik lagi. Guna gambar lama mungkin boleh menarik sikit...hehehe..tak marah....

Azilah: Orang rajin akan sentiasa ada banyak masa..haha..

sheemi said...

salam ayah,
sheemi renew 3 tahun sekali tapi dah lamaaa tak drive..hehehe. but good to know that jpj memberi perkhidmatan cemerlang. i hope now i won't be so government-agency phobic!

p/s - (ni hafidz cakap and sheemi pun bersetuju):
ayah dulu & sekarang tak banyak beza..dua-dua gambar still terserlah kehensemannya.. macam anaknya.. cewaaahh.. hahaa..

ZABS said...

Sheemi: Memang sudah banyak perbezaan di Jabatan2 Kerajaan ni, terutama yang berkaitan dengan khidmat pelangan seperti, di Imigresen, Pendaftaran dan JPJ ini.
Tetapi masih ada yang kurang baik seperti yang berlaku di HKL yang diberitakan di surat khabar tu.
Tentang lama tak memandu tu, ada baiknya, kerana sebilangan wanita (Sheemi tak termasuk) apabila di belakang steering kereta, jadi sedikit macho... Takut nanti terbawa2 setelah turun dari kereta pulak.
p/s Untuk Hafidz: Kalau nak angkat bakul, tak payah angkat bakul ayah sekalilah....hahaa...
Untuk Sheemi: Kalau tak hemsen, tentu anakanda berdua tak jadi pasangan yang sepadan...kan?
Kita doakan agar peribadi kita juga akan sama sempurna seperti mana sempurnanya wajah kita di jadikanNya.InsyaAllah.

silversarina said...

Januari tahun ni saya tukar lesen memandu baru , tak pakai dah slip yang lama tu.

Saya pernah memandu sampai KL tanpa mengetahui lesen memandu saya dah tamat tempoh, bila tau , nak ke kuantan renew lesen ( sebab jumaat kemaman cuti ) pun kecut perut .

Azlan Zed said...

sungguh segak gambar ketika navy dahulu. hehe. :)

Sastri said...

salam uncle...

wah... yang lama dengan yang baru, orangnya masih segak lagi... :)

saya juga masih gunakan yang lama... cuma gantikan slip sahaja... :)

Mama Rock said...

saya masih menggunakan lesen memandu yang mempamerkan gambar saya yang muka masih bujur sirih, dibandingkan dengan sekarang yang penuh bulat sepinggan :)

ZABS said...

SS: Sebenarnya setiap kali renew lesen tu, orang lain yang buatkan, tu yang tak hanya dapatkan slip yang baru je. Nak buat pertukaran gambar kena pergi sendiri dan isi borang.
Jadi bila dah kebihilangan tu, terpaksa pergi sendiri, itu yang buat pertukaran gambar sekali....haha..

Alan: Baru perasaan ke anakanda?

ZABS said...

Sastri: Terima kasih. Dalam gambar je tu....
Kalau nak tukar cepat je. Sekarang semuanya sudah agak efisien bekerja, tidak seperti dulu2, semuanya kena tunggu lama.....

MR: Baik ditukar sekarang, takut nanti tak diterima lagi sebab banyak sangat perbezaan...hehehe.
Mereka ingat orang lain punya pulak....haha.

Sally said...

Salam PakZab,
Sally dak ke n3 NZ tu..best eh..NZ memang dalam wishlist Sally..u need to revisit la PakZab..bring back lots of pics ya..