Friday, March 27, 2009

Agar Ada Perubahan

Pemilihan Agong UMNO 2008-2011 sudah pun selesai.

Keputusan telah pun diketahui. Yang menang tentu gembira sakan, yang kalah bersedih dan nak letak jawatan.

Ada calon pilihan terpilih, dan ada juga yang tidak terpilih.

Ada calon bukan pilihan terpilih, dan ada juga yang tidak terpilih.

Pemerhati bukan ahli tapi simpati, puas hati tetapi sedikit terkilan.

Pemerhati bukan ahli tapi ahli pakatan lain, sedikit pun tak peduli. Mana ada kebaikan, kalau ia berkaitan lawan. Hanya kesalahan sahaja yang akan terbayang. Buruk sahaja malam dan siang.

Begitulah adat di dunia ini. Tidak ada sesuatu yang baik bagi sesuatu puak, akan baik juga bagi satu puak yang lain. Tidak ada sesuatu keadaan walau sebaik mana pun, akan memuaskan hati semua pihak. Apatah lagi jika puak2 ini sememangnya tidak sehaluan.

Mungkin ada baiknya jika kita boleh sesekali berbaik sangka tentang sesuatu perkara itu. Walaupun ada kemungkinan ia tidak sebaik yang kita sangkakan, ia hanya setakat itu sahaja. Sekurang2nya kita tidak menabur fitnah. Kita pun tahu, puak kita juga tidaklah sebaik mana.

Jika lwan kita telah berbuat yang terbaik, kita seharusnya berdoa agar mereka diberi hidayah dan petunjuk agar dapat melaksanakan tugas dan tanggungjawab mereka dengan sebaik mungkin. InsyaAllah.

Nota Zabs: Saya bukan ahli mana-mana parti pun sehingga kini dan mungkin selamanya.

5 comments:

zino said...

kalau masih tak berubah makna nya mereka tak serik.. dan akibat nya dah boleh di ramal..

Unknown said...

susah pak zabs untuk berbaik sangka dengan seseorang yang nyata tidak berapa baik...
orang puak dia sendiri kata ..."dia rasuah!" sebaik saja di umumkan menang..

saya cukup gembira bila tansri muhyidin menang!
beliau memang seorang yang dedikasi dgn tugas...dan bersih.

sonata anak kancil said...

tahniah kepada mereka,teruskan semangat juang!

Neeza Shahril said...

neeza pening degan scenario politik di negara sendiri.. orang tu kata orang ni, orang ni kata orang tu.. hanya Allah yang tahu..

ZABS said...

Zino: Itu yang terbaik yang mereka ada pun, kecuali yang sorang tu. Apapun kita doakan yang terbaik untuk negara kita.
Kita ada satu negara je. Janganlah berpecah2, yang lain2 tu ada negara alternatif di tempat lain.

Pp: TSMY tu pun, kalau lawan tiga penjuru mungkin lain keputusannya...agak saya lah.

Sonata: Doa untuk kebaikan kita semua agar mereka betul boleh buat perubahan kepada kebaikan.

Neeza: Mungkin ia satu dugaan kerana segala salah silap yang telah keta semua lakukan. Wallahua'lam.