Tuesday, March 03, 2009

Pakar Dalam Bidangnya

Mereka pandai membezakan emas tulin atau hanya saduran. Kerana tak pernah orang memakai emas saduran diragut.

Mereka pantas memotong rantai emas yang diragut, tanpa mencederakan pemakainya, walau dari atas motosikal yang dipandu laju oleh rakannya.

Mereka mungkin ada guna ilmu pelindung kerana orang tidak perasaan akan kehadiran mereka.

Mereka pandai menggunakan taktik "element of surprise".

Mereka juga tidak simpan apa2 perasaan. Walau tua atau muda mereka sapu sama saja.

Mereka cekap memecah tingkap kereta untuk mengambil apa sahaja yang berharga yang boleh diambil.

Mereka tahu kedudukan banyak masjid2 dan surau2 tempat untuk menjalankan operasi.

Mereka tahu dengan tepat waktu orang sedang bersolat jemaah untuk melakukan operasi mereka.

Mereka datang dan pergi tanpa disedari. Hanya selepas mahu meninggalkan masjid, baru jemaah perasan mereka telah datang dan pergi.

Ya Allah, apabila mereka sudah terlanjur berada di masjid semasa orang sedang solat berjemaah itu, Kau lembutkanlah hati2 mereka ini untuk turut sama bersolat.

Dan jika selepas itu, mereka masih mahu mengambil kasut2 dan sandal2 kami, untuk dijual kerana tidak berwang untuk membeli makanan, kami redho, Ya Allah.

24 comments:

Unknown said...

Ya...kami redho!
walaupun kami terpaksa berlari kaki ayam ke kereta kerana tarmac yang panas...kerikil yang tajam, kami tetap redho!
mujur lah d dubai, walaupun tinggal kan kasut ferragamo, tidak kehilangan. hehehe.
itu kata kawan2 lah. saya sendiri hanya kasut tidak berjenama!

Pp

Mak Su said...

tak tahu pula nak sakit hati atau simpati. saya tumpang aminkan .....

Unknown said...

PakZab...
Rasa macam geram baca beberapa perenggan awal tulisan Pak zab... tp perenggan akhir begitu menyentuh hati... begitu melembut hati...saya aminkan dari jauh...

saya redho juga...

Neeza Shahril said...

pak zabs hilang kasut masa pergi semayang kat masjid tadi ke?

betul pak zabs, memang patut kita redho kalau mereka mencuri untuk mencari sesuap nasi.. tapi kalau mereka mencuri untuk benda lain seperti hisap dadah tu.. moga Allah bersihkan hati mereka..

aNIe said...

Salam Zabs...kat kawasan rumah saya ni...asalkan kecurian mesti kene tengahari waktu orang solat jumaat...memang diorang tu dah pandai menyusun strategi bila waktu yang sesuai untuk menjalankan operasi mereka...

Unknown said...

sapa kata susah nak curi barang? nampak.rembat.blah.
InsyaAllah, lembut hati si pengambilnya.
Saya pun mampu aminkan dari jauh aje :)

Yunus Badawi said...

Yg pakar dlm bidangnya mungkin terlepas. Yg baru nak berjinak2 kadang2 tertangkap. Siap kau kena kerjakan para jemaah.
Moral of the story: pastikan kita benar2 pakar sebelum boleh membuat sesuatu dgn jayanya hehehe

ZABS said...

Pp: Kasut yang hilang tu tidak berjenama hebat pun. Tapi selesa dipakai sebab dah season dengan kaki. Tu yang terkilan sedikit bila hilang. Takut juga kalau takda orang nak beli, terbuang gitu je. Kan membazir tu..

Mak Su: Kena simpati dengan mereka2 yang malang tu. Harap2 mereka sempat berubah untuk kebaikan.

Raden: Semoga dengan doa kita, berubah perangai mereka. InsyaAllah.

Neeza: Dah beberapa kali hilan gkasut. Di depan rumah pun pernah hilang. Dan kali terakhir dua hari lepas di luasr masjid yang bari di wangsa maju tu. Mungkin Allah nak beri saya kasut yang lebih baik agaknya.

Anie: Mereka memang pandai mengatur dan merancang strategi. Alangkah baiknya jika ia dibuat untuk perkara kebaikan.

Akmal: Nampak macam mudah. Tapi ia perlukan keberanian,nekad dan tak takut kepada dosa.

YB: Selamat berjaya dalam bidang yang anda ceburi. Insyaallah.

Accia said...

ye lah pak zabs, kadang tu sampai buntu dengan langkah berjaga-jaga. akhirnya saya setuju dengan pendapat mendoakan yang terbaik untuk mereka.

pB said...

adik pB pernah kena.

keluar masjid , selesai solat jumaat ,
hilang laptop.

Azlan Zed said...

niat sedekah jer. :)

tapi, nanti kat "padang" dia pulang ler tue...

kan ayahanda? ;)

ZABS said...

Accia: Mereka juga peka dengan segala langkah berjaga-jaga yang diambil oleh orang awam, dan cuba mengatasinya.

pB: Solat Jumaat selesai, laptop pun selesai. Lepas tu nak perbetul cermin kereta yang dipecahkan pulak. Pernah terjadi kepada saya, tingkap yang di betulkan lebih mahal dari barang yang diambil.

Alan: Tak pulangkan pun takpa. Semoga mendapat balasan kasut yang jauh lebih baik. InsyaAllah.

blackpurple @ jowopinter said...

Salam tuan.

Sudah 3 kali saya kehilangan kasut di masjid. Sekali di Masjid Negara. Sekali di Masjid Shah Alam. Sekali di masjid Sentul. Itulah kalau sudah bukan rezeki kita, akhirnya menjadi milik orang juga. :)

Kerp (Ph.D) said...

saya juga redha kalau hasil pencurian utk mengisi perut yang berkeriuk. tapi kebiasaannya mereka2 yang kaki rembat ni hanya nak beli najis dadah, tu yang kesal tu.

ZABS said...

BP@JP: Dua hari lepas saya solat di Masjid Muaz bin Jabal. Di papan kenyataan nya ada gambar seorang pencuri kasut yang telah dapat ditangkap (pada 19 Feb) oleh beberapa yang melihat beliau sedang beraksi.
Namapknya beliau agak bernasib baik kerana mukanya nampak masih seperti sebelum di tangkap.

Kerp: Di sini saya bersangka baik sahaja.
Memang benar kebanyakan mereka adalah kaki najis tu, tetapi jika didoakan untuk kebaikan, InsyaAllah, makbul, orang kita juga tu..

ahmadyani said...

Mereka berbuat begitu kerana..mungkin kerana sikap tidak berhati-hati kita. Nak ke masjid tu pakai selipar cukuplah, kasut tinggalkan di pejabat. Kalau nak bercantik tu, tanpa emaspun nampak cantik. Setuju?

Sastri said...

hilang selipar/kasut ye uncle? ayah saya juga sudah beberapa kali hilang kasut/selipar... memang dah sedia maklum agaknya...

ZABS said...

Ahmad: Bersetuju, ia mungkin kerana kealpaan kita memakai kasut ke masjid menjadi salah satu puncanya.
Tetapi masjid juga adalah tempat yang suci, rumah Allah. Kita merasa selamat dan tidak memikirkan yang buruk2 semasa di sana.
Mereka mungkin baru balik dari mesyuarat dan singgah untuk bersolat. Nak berkaki ayam dari kereta ke masjid, tarmac panas, tak tahan.
Masjid baru sebulan dibuka, mungkin disangka belum ada unsur2 yang tidak baik mengawasi.
Mungkin juga tiada ada niat untuk bercantik2 kalau setakat memakai kasut ke masjid. Wallahua'lam.

Sas: Kekadang tu lupa nak beringat, walapun telah beberapa kali terkena.
Pelandok selalu lupakan jerat, tetapi jerat tetap setia menunggu pelandok lalu di situ...hehehe...

Helena said...

Dah agak dah.... mesti baru lepas hilang kasut la ni......

Takpa..... take the positives. boleh shopping kasut weekend ni..... *grin*

jaflam said...

Salam Zabs,
Ini yang dikatakan pandai tak bertempat .... atau salah guna kepandaian.

Malangnya pekara curi kasut ni kat Mesjidil Haram pun berlaku .... nafsu dan iman tak pilih tempat.

ZABS said...

Helena: Ya, gi shopping kasut. Sekurang2nya dapat menjana sedikit ekonomi negara...hehehe...

DJ: Itulah masalahnya, dan di tempat yang salah juga, hinggakan berlaku di Mekah dan Madinah juga.

Saya juga pernah berjalan di atas simen yang panas ditengahari untuk ke kedai membeli selipar baru, setelah selipar hilang.

Hilang kasut/selipar itu tidaklah merugikan sangat, tetapi hanya terkilan ia berlaku di tempat yang seharusnya perkara seumpama ini berlaku.

zaitgha said...

Salam Pak Zab,

Hubby saya mmg dah beberapa x hilang kasut, yg pelik nyer sekali tuh selipar buruk pun hilang...but teringat at one time masa tuh still courting and baru bekerja, dia datang ke pejabat saya with a black face and wearing the selipar Jepun, he lost the shoes yg just bought a few days from his first salary he he....puas lah jugak nak calmed him down...

redha tu mmg lah Pak, bukan rezeki kita tapi terjadi tempat yg tak sepatutnya tuh yg agak terkilan sedikit.....

Krafdunia Design said...

Assalamualaikum Pak Zabs,

Kadang tu tak pakar pun, main serkap je.Pengalaman saya, sorang pelanggan tu kena rompak sebab pakai emas tiruan. esoknya samseng tu datang semula, sumbat barang2 tu dalam mulut dia, hentak kepala dia dengan helmet. depan rumah!

Apa yang dia dapat? kepala bengkak, tapak tangan berparut sebab genggam pisau yang diacu kat leher dan kesan luka dileher.

Bila ditanya apa perasaan dia.. geraaam tapi Redho lah. ada la sebab tu.

ZABS said...

Zai: Setuju, ia sepatutnya tidak berlaku ditempat begitu.
Tetapi jika sudah bewrlaku, terpaksa redholah. Nak marah macamana pun tak boleh bawa kasut tu kembali ke situ...

Naha: Tu yang perlu pakar dalam bidangnya tu, kalau tidak mangsa jadi trauma pulak. Leher kena kelarlah. Motor mangsa di tendang ke dalam longkang.
Kalau si pencuri tertangkap kerana belum jadi pakar, teruk pulak kena kerjakan oleh orang ramai...