Sunday, April 20, 2008

Sayang Menantu Ku Sayang

Pada April 2007 yang lalu, saya buat pertama kali telah mengadakan majlis perkahwinan, untuk anak perempuan saya yang pertama (anak kedua). Pada masa itu telah ada khabar yang seorang lagi anak akan mengikut jejaknya, samaada abang sulung atau anak yang ketiga.

Setahun berlalu, perancangan abang yang sulung tidak kesampaian, sebaliknya anak yang ketiga pula yang meneruskan perancangan untuk berkahwin, pada tahun ini, di bulan yang sama. Berikut adalah gambar-gambar yang telah sempat dirakamkan di sekitar majlis pernikahan, persandingan dan menerima menantu tersebut, menggunakan Nikon D40 saya, oleh anak saya, Mohd Azmir dan menantu lelaki saya Mohd Irwan. Gambar-gambar oleh jurufoto khas belum diterima lagi.

MAJLIS PERNIKAHAN 11hb APRIL 2008

Pembawa Dulang Hantaran Yang Seragam

Bakal Pengantin Membuat Persiapan Terakhir

Hantaran Di Tentukan Cukup Sempurna

Serah Menyerah Hantaran

Bersyukur Selepas Akah Nikah Sempurna Dijalankan

Selepas Diijab Kabulkan, Diarak Untuk Persandingan

Persandingan Dua Mempelai

Menabur Bunga Rampai

Merenung Masa Hadapan Bersama

MAJLIS PERSANDINGAN PIHAK PEREMPUAN - 12hb APRIL 2008

Ketibaan Pengantin Baru

Di Meja Santapan

Adik-adik Pengantin Perempuan Menghiburkan Tetamu

Dendangan Untuk Suami Tercinta

Berdansa Bersama

"Poco-Poco"

Tetamu Turut Menari Bersama

Bergambar Bersama

MAJLIS MENYAMBUT MENANTU (PIHAK LELAKI) - 19hb APRIL 2008

Pengacara Majlis Dari KLFM

Pemuzik Gamelan

Ketibaan Pengantin

Sama Cantik Sama Padan

Singgahsana Persandingan

Bersama Tetamu Kehormat

Keluarga Besar Zed

Menyampaikan Ucapan Terima Kasih

Tetamu Meninggalkan Majlis Sambil Memberi Ucap Selamat Kepada Kedua Pengantin

Joget Lambak Sebelum Majlis Bersurai

Semoga gambar-gambar ini dapat menceritakan kegembiraan kami sekeluarga dalam menyambut menantu perempuan kami yang pertama, setelah mendapat menantu lelaki yang pertama pada tahun lepas. Kini kami bakal menimang cucu yang pertama pula pada bulan hadapan. InsyaAllah.

17 comments:

Neeza Shahril said...

meriahnya!! seronoknya!! oooo... dalam diam dia dah ada menantu ye. Yang kedua pulak tu. Tak tahu pun selama ni.. Ingatkan anak2 Pak Zabs kecik lagi. Paling besar pun mungkin kat U la kot.. Rupanya dah nak dapat cucu pun...

Tahniah bapak pengantin.. mesti seronok kan.. lepas dah tanggungjawab untuk 2 anak... lagi 4 menyusul la tu.. lambat dengan cepat aje lah kan.. hehehhh...

jaflam said...

Salam Zabs,
Tahniah kepada tuan dan isteri kerana dapat menantu yang cantik manis, semoga mereka berdua aman bahagia dan kekal hingga keakhir hayat.

Kami juga tumpang gembira dapat bersama merasai kemeriahan majlis.

Kak Teh said...

tahniah, tahniah kepada semua. lama kak teh tak ke sini, supa-rupanya dah dapat menantu dan menunggu cucu!

Eddie Putera said...

Wahhhh..dah dapat menantu...tahniah. Kalau dpat cucu lelaki nanti kasik nama Abdul Adiejin k.

pB said...

salam


tahniah


dalam diam diam , berkenduri besar gitu ......



moga keluarga baru ini akan terus berkembang dengan majunyer

ZABS said...

Salam pada Neeza, Jaflam, Kak Teh, Adiejin dan pB,

Terima kasih kerana datang melawat dan mendokan keluarga kami.

Untuk Adiejin: Kenapa tak boleh nak komen diblog anda? Tentang pemberian nama tu, saya tak boleh janjilah, kerana jika cucu dari anak perempuan, datuk dari sebelah bapa yang harus diberi keutamaan menamakannya. Satu tip dari Tok Guru...Wallahua'lam.

Sastri said...

tahniah Uncle... tahniah kepada kedua mempelai... semoga berkekalan sehingga ke akhirnya... nampak begitu meriah sekali... memang menggambarkan kegembiraan sekeluarga... :D

Lee said...

Hello Zabs, your these photographs are absolutely OUTSTANDING! Very impressive.
My I ask what camera you used? And your flash? You must have used a very powerful flash? A Nikon SB80 maybe? Or you used a master and slave flash for several of the shots as some of the shots were really beautiful and depth and perspective very good.
You really brought out the beauty of the handsome couple. You captured their once in a lifetime moments to be cherish forever thru your lens.
Zabs, I'm very impressed. well done, my friend.
I must come to you for tuition, ha ha. Lee.

Unknown said...

Salaam Pak Zabs,
Waah, dah nak dapat 'datuk-ship' nampaknya. Tahniah, tahniah :)

Helena said...

tahniah.... tahniah..... cantik2nya gambar.... meriahnya majlis...

Semoga perkahwinan ini berkekalan hingga ke anak cucu.... bestnya, nampak happenning betul gambar2 ni.....

I'm sure the whole family had a fabulous time kan....

ZABS said...

Lee: Thank you for the nice words. However the credits should go to my son and son-in-law, who both take turns to become the unpaid photographer, using my Nikon D40 and SB40 flash. The profesional photogaphers will only deliver their takes in 3 weeks time. So mine is a sneak preview of theirs. Hahaahaha...

Kapada Akmal, Sastri dan Helena, terima kasih atas ucapan tahniah anda.

Untuk Akmal, masih terlalu awal untuk merancang tentunya, tetapi yang seorang tu boleh mula merancang dah kot? Puan Helena tentu boleh memberi beberapa tipkan?.

Mak Su said...

wow!

tokasid said...

Salam Pak Zabs:

Alhamdulillah kerana mendapat menantu kedua dan bakal mendapat gelaran datuk(ori yang ni ye Pak).

Dari gambar yang dipaparkan memang meriah majlis kedua keluarga.
tapi saya suka tengok gambar ayah pengantin lelaki buat ucapan.Kelibat macam menteri pak!

Saya doakan semoga Zed dan isteri berbahagia dalam pernikahan ini sehingga akhir hayat dan bersabar lah dgn karenah teman hidup kita.

tahniah pak!

ZABS said...

Doc.: Terima kasih atas doa. Kelibat menteri yang tak ada portfolio. Hahha.. Anak sya tu namanya Hafidz. Pak Zed tu gelaran anak2 pada saya, dan mungkin nanti jadi datuk Zed pulak.

MA said...

Wah...tahniah, tahniah.


Tahniah dapat menantu dan tahniah nak dapat cucu.


Tabik Datuk !

:-)

Mat Salo said...

Tahniah Pak Zabs!

Mudah-mudahan di restui Allah SWT dan berkekalan ke anak cucu...

You have brought up your children well. Satu hari nak jumpa Pak Zabs dan minta rahsia didikan anak2 untuk dijadikan pedoman ... saya juga ingin merasai kenikmatan seperti Tuan..

Gambo2 D40 mantep Pak!

Laa, patutlaa tak boleh join tempohari.. Sibuk mengurus 'Ya Qadhial Hajat' kesannya... :)

Salaam.

ZABS said...

MA: Terima kasih. Lama menunggu nak dapat "datukship" ni. Yang bagusnya Sultan tak boleh nak tarik balik. Juga kalau dah jadi datuk tak boleh buat tak senonoh, orang akan kata nak pulang tabiat. Jadi mesti jaga perangai "kedatukan". Hehehe..

MS: Sebenarnya takda rahsia, semuanya anda dah tahu. Cuma sebagai contoh terdekat, kita perlu buat dahulu yang terbaik untuk dijadiikan tauladan. Ibunya yang banyak mendidik kerana seperti saya selalu beritahu, semasa anak2 sedang membesar saya banyak berjauhan dari keluarga, kerana tuntutan tugas, seperti anda juga. Tetapi dengan adanya ibu yang dedikasi seperti isteri anda, saya yakin, anak2 anda juga akan membawa kebahagiaan kepada anda, baik semasa kecil sekarang, bahkan juga apabila mereka dewasa kelak. InsyaAllah.