Tuesday, January 15, 2008

Kependudukan

Mengambil kesempatan cuti Awal Muharram pada 10hb tempuh hari, Jawatankuasa Penaja untuk penubuhan Persatuan Penduduk taman kami, telah memanggil satu perjumpaan untuk membincangkan perkara tersebut.

Taman ini telah mula diduduki sejak 1991, dan telah pernah tertubuh Persatuan Penduduk sebelum ini. Tetapi terdapat sedikit salam faham antara dua pihak dan ia menjadi tidak aktif beberapa tahun selepas itu. Apa yang saya diberitahu ialah, ia berpunca dari campur tangan mereka yang berkepentingan dalam parti2 berkaitan. Saya tidak tinggal di taman itu dalam tempuh kekecuhan tersebut berlaku.

Terdapat lebih 220 keluarga tinggal di Taman kami, tetapi seperti diduga, kedatangan adalah lebih kurang 1/3 sahaja. Itu pun sudah mengembirakan hati Jawatankuasa Penaja, memandangkan ia Hari Cuti Am. Mungkin ramai telah pergi ke luar kawasan.

Mesyuarat telah diadakan di Dewan Orang Ramai, berhampiran Surau, yang suatu masa dulu adalah juga Dewan Orang Ramai yang pertama (sebelum diubahsuai menjadi surau).

Di sini saya tidak bercadang untuk membuat laporan penuh perjumpaan itu, tetapi hanya ingin memberikan beberapa kebaikan yang boleh diambil dari perjumpaan itu, dan masalah yang boleh diatasi bersama.

Pertamanya kami rasa gembira, kerana selepas lebih 10 tahun persatuan yang terdahulu dibubarkan, kami dapat menhidupkannya semula. Walaupun telah ada surau, yang mula berfungsi lebih 3 tahun lalu, tidak semua yang datang untuk solat berjemaah di sini, kerana banyak Surau2 dan Masjid berdekatan, dan ada yang masih selesa ke sana.

Persatuan ini diharap akan dapat mengeratkan lagi silaturrahim masyarakat di sini, dan dapat bersama bermuafakat untuk kebajikan penduduk2nya.

Pertemuan ini juga dianggap tepat pada masanya kerana banyak isu yang perlu diselesaikan dengan cepat, dan lebih mudah jika dibuat melalui satu persatuan.

Isu pertama ialah tentang Bil Cukai Pintu. Selepas lebih 16 tahun tinggal di sini masih ada lagi penduduk yang tidak pernah menerima bil Cukai Pintu untuk rumah mereka.

Kedua, ialah tentang Bil Hasil Tanah. Ada penduduk yang masih tidak mendapat Bil Hasil Tanah untuk rumah mereka. Ada pula yang menerima Bil yang tertunggak sehingga beribu ringgit dan atas nama PKNS, pihak pemaju perumahan itu. Projek perumahan ini adalah Pajakan 99 tahun. Bermakna dari 1991 hingga 2090. Bil Hasil Tanah saya menunjukkan tarikh yang betul, tetapi ada yang mendapati tarikh luput pajakan mereka ialah 2060.

Perkara ketiga ialah tentang keselamatan di kawasan perumahan itu. Terlalu banyak kejadian ragut dan kecurian berlaku. Satu tindakan berkesan diperlukan untuk mengatasinya.

Rumah ini yang sedang dilakukan pengubahsuaian, kehilangan beberapa peralatan yang diletakkan di luar rumah untuk sementara waktu. Pengumpul barang terpakai dengan selamba je, pada siang hari, datang mengambil barang2 tersebut.

Keempat ialah tentang infra struktur yang tidak mendapat perhatian terutama jalan2 di dalam taman tersebut. Jalan2nya banyak yang tidak rata dan sedikit berlobang. Tidak ada tindakan untuk menurap semula jalan2 ini sejak ia dibina. Tidak seperti jalan di luar taman itu, yang setiap tahun diturap, terutama apabila tiba hujung tahun atau musim pilihanraya..

Hanya dua bonggol yang telah dibina oleh pihak berkenaan sejak setahun lalu. Tetapi menurut seorang makcik, yang rumahnya berhampiran bonggol itu, ia menyebabkan air bertakung semasa hujan lebat, sehingga air melimpah masuk ke dalam kawasan halaman rumahnya..

Satu lagi masalah ialah kereta yang diletakkan di pinggir2 jalan. Pada waktu malam jalan menjadi sempit kerana terlalu banyak kereta di kiri kanan jalan. Ada satu ketika pihak bomba yang datang untuk memadamkan kebakaran menghadapi masalah untuk melalui jalan-jalan tersebut.Padang permainan kanak-kanak juga sudah lama tidak diselenggara, walaupun kini telah ada sebuah court untuk bermain street football yang cantik, baru dibina. Namun begitu tidak semua berpeluang dapat bermain di situ. Oleh itu court, basket ball seperti di bawah perlu juga diperbaiki.

Inilah rupanya tiang gol di court, basket ball tersebut. Ia telah diguna sejak 10 tahun lalu, dan masid aktiof digunakan. Padang disekeliling nyapula, tidak selesa untuk digunakan kerana selalu becak dan berair.

Masalah yang terakhir buat masa ini ialah keadaan sekeliling taman yang penuh dengan tumbuhan yang tidak terbela.

Ada rumah setinggan pula yang baru didirikan di belakang rumah penduduk ini.

Longkang besar ini tertutup kebanyakannya oleh rimbunan pokok2 yang hidup subur tanpa di jaga itu.
Longkang besar itu berada di bawah rimbunan tumbuhan2 ini. Ada juga pokok2 besar di kiri kanan jalan, yang mungkin merbahaya jika dibiarkan terus membesar (sekarang pun ada yang sudah layak dipanggil balak). Kemungkinan untuk ia rebah ke rumah2 berhampiran jika angin kuat juga adalah besar.

Walaupun belum ditubuhkan secara rasmi Jawatankuasa Penaja telah memulakan usaha untuk mengatasi masalah2 yang telah di kenalpasti itu. Melihat dari reaksi dari penduduk yang hadir pada hari itu, ia mengarah kepada sesuatu yang amat positif. Diharap dengan tertubuhnya Persatuan Penduduk ini nanti, lebih ramai penduduk (bukan setakat 1/3 sahaja) akan tampil untuk menyokong usaha Jawatankuasa Persatuan itu nanti. InsyaAllah.

ps: Gambar-gambar diambil dengan N73.

22 comments:

Lee said...

Hi Zabs, When I sampai your blog, I thought I had too much coffee, nampak dua bulan. I tengok again. Ohh, dua lampu. Ha ha. Thought my eyesight game over. Hey! I love that header picture. Very beautiful, Zabs.
I was going thru your gambars, but regret my 1952 Bahasa preventing my full comprehension of your very eloquent posting, but tidak apa la, I figure you maybe grumbling about certain localities in Ampang Jaya?
I used to live there before. And guess who was my neighbours? The most famous Malaysian footballer in the 60's, Abdul Ghani. Arthur Koh pun nearby. Used to go fishing with him.
Anyway, you ada senang, drop in for kopi and kueh dada. You have a nice day, Zabs, Lee.

ZABS said...

Lee: Sorry again for not providing you with an abstract of the N3 (maybe next time). In 1952, I don't even know how to speak yet. Not even one year old. That photo was taken in PD. The header was there about 3 weeks already. Anyway glad you like it (although not as good as yours).
In the N3, I was telling about forming up a committee for the houseowners in our neighbourhood. There was once a committee formed earlier, but was only active for a few years and then dissappear.
We hope that this new committee shall be able to solve some of the problems we highlighted, such as the infrastructures, security, cleanliness and safety of the reidence.
The place in not Ampang Jaya, but is under the Ampang Jaya Municipality.
Ghani Minhat and Arthur Koh are your friends. You must be good in football too eh?
Thank you Lee. Take care.

Qaseh Bidadari said...

wow...teruskan...

N73..??memang terangkan uncle...?

rasanye x yah lg pakai digital kamera..!

Mak Su said...

banyak perkara berbangkit ya

blackpurple @ jowopinter said...

Salam tuan zabs.

Memang banyak masalah yang akan dapat diselesaikan kalau kita berpersatuan. Lebih berkesan bila mahu menyuarakan sesuatu masalah berbangkit setempat, kepada pihak-pihak berwajib; pihak berkuasa tempatan dan polis misalnya.

Kawasan perumahan kami pun agak aktif juga persatuan penduduknya. Cuma mungkin lain pula masalahnya, selalunya isu keselamatan dan kemudahan prasarana tentunya. Cuma yang tak seronoknya bila kadang-kadang sesetengah aktivitinya dipolitikkan.

Tertanya-tanya juga, di mana agaknya lokasi taman perumanan tuan itu ya? :)

ZABS said...

MR: Hal2 penduduk sekarang di laku melalui akiviti surau je. Dengan adanya persatuan nanti, boleh meluas lagi yang ambil bahagian.

Mak Su: Perkara yang dah lama2 pun ditimbulkan semula. Kalau tidak diadakan perjumpaan begitu, sendiri-sendire je lah tanggung.

ZABS said...

BP: Ya itulah tujuan utamanya. Persatuan dahulu terkubur, kerana "pempolitikkan" yang berlakulah sebabnya. Persatuan Penduduk nak dijadikn Persauan Politik pula oleh yang ada kuasa sedikit.
Bila telah terjadi begitu, ramai AJK yang menarik diri dan akhirnya terus lumpuh tidak aktif lagi.
Taman saya ini terletak di sebelah Jalan Jelatik je. Salam ceria untuk anda.

cakapaje said...

Salam Pak Zabs,

Kebetulan saya juga ada membuat posting yang hampir serupa. Malangnya di kawasan saya surau yang kami ingin bina kini dilarang mnegikut kata JAIS kerana kurang dari 2 km dari surau yang berhampiran.

zino said...

bagus juga berpesatuan ni.. kat tempat zino ni.. yg pro team dulu tak di endos2 lagi hehe

ZABS said...

Sha CA: Terima ksih kerana mai sini. Seperti komen saya di kotak komen anda, cuba lagi buat rayuan. Juga klau ada Prsauan Penduduk lagi bagus. Suau kami pun skelilingnya, tak sampai 2km, ada 2 Masjid dan 4 surau agaknya. Salam.

Zino: Ada ura-ura nak politikkan AJK nya kot? Tu yang tak diendoskan lagi tu! Panggil mesyuarat agong lah.

so'od said...

salam uncle..
sy baca n3 uncle ni dgn penuh perhatian..
sbb ayah sy pun slalu terlibat dgn aktiviti persatuan penduduk ni..
kat taman sy, ayah sy yg paling senior.. so apa2 hal, ayah yg tolong panjangkan ke pihak terbabit..
taman sy sebenarnya masih baru lg, rumah pun ada dlm 30-40 biji baru.. byk lg sdg dlm pembinaan..
tp masalahnya mcm2.. mohon lampu jln x dpt la, pdg permainan pihak berkuasa nak buat dewan la, kalau hujan air masuk rumah sbb construction atas bukit la.. the list goes on..
kebaikan berpersatuan ni sbb dpt settlekan byk perkara dgn lebih tersusun dan cepat..
suara kita lebih didengari..

err uncle kat taman keramat permai kan?

Unknown said...

Pak Zabs,
Cerita pasal masalah setempat ni tak habis kan? Tapi selagi boleh hidup muafakat, tolong menolong, alhamdulillah, lebih dari bagus.
Cerita pasal politik pun satu hal jugak. Selagi sikap penting diri sendiri dan ego dalam hal ni tak kikis, terutamanya bila hidup bermasyarakat dan pikul tanggungjawab, memang masalah besar.

ZABS said...

So'od: Apa pun persatuan ditubuhkan untuk kebaikan ahli-ahlinya. Namun apabila ia disalahgunakan, membuatkan ia hilang arah tujunya. Menggunakan persatuan untuk kepentingan diri juga akan melenyapkan kepercayan ahli kepada persatuan yang asalnya mempunyai tujuan2 yang murini.
Pada umur begitu, Pak anda masih dapat memberi sumbangan bererti kepada masyarakat. Alhamdulliah. Salam untuk beliau.

ZABS said...

Akmal: Betul kata anda itu. Seperti komen saya di atas. Persatuan ditubuhkan untuk kebaikan ahli-ahlinya. Jangan disalahgunakan, untuk kepentingan diri. Jika ingin berpolitik, masuk parti politik, jangan dicampuradukkan.
Selamat belajar.

Kerp (Ph.D) said...

salam pak zabs,

memang elok usaha penduduk utk mengaktifkan semula Persatuan Penduduk, demi pereratan silaturrahim khususnya. cadangan nombor 3 harus diberi lebih penekanan. kebelakangan ni, banyak kita kita baca didada akhbar tentang kes penculikan dan sebagainya. 1 cadangan, mintak RA sentiasa berurusan dengan balai polis paling hampir, reminder kat diorang supaya sentiasa buat rondaan. bukan apa, bagi saya, untuk dapat pemikiran yang tenang, dekat mana lagi kalau tak rumah sendiri.

terima kasih.

Unknown said...

:-)pakzabs...bagai pernah ku lihat kawasan2 dalam gambar2 itu..tapi di mana yaaa??
hehhehe
not bad at all ur n73 pics tu pakzabs.

saya suka hadir meeting penduduk, pibg dan sebagainya....tapi suka low profile sebagai ahli biasa jer...

community yang dapat bekerja sama, saling membantu ...memang membuatkan kita rasa aman damai menajdi ahlinya...
tapi semua bermula dengan diri sendiri jugak la kan...

selamat maju jaya pakzabs dan masyarakat setempat.

pakpayne.

ZABS said...

Kerp: Betul tu, sudah terlalu lama, persatuan yang lama itu dibubarkan. Mungkin dah dekat 10 tahun tidak aktif. Ada baik juga bila ada masalah, kesedaran untuk menghidup kannya timbul semula. Semoga penubuhannya semula nanti dapat dimanfaat sebaiknya.InsyaAllah.

ZABS said...

Pak Payne: Di mana ya.... Nanti bila balik bercuti boleh jengok2 kembali.
Saya pun suka low profile juga. Bila ada aktiviti ikut sama. Biar boleh buat kerja, tak ke depan pun takpa. Salam.

13may said...

Salam uncle...
Bagus sebenarnya aktiviti aktiviti camni....
Kat tempat saya pun ada aktiviti camni suatu ketika dulu....tapi jadik kacau bilau disebabkan fahaman politik masing masing....dan akhirnya terbubar...

tu yang sayang tuh....

ZABS said...

May: Kami pun risau juga jika berlaku seperti itu semula. Mungkin ada lagi unsur yang menjadi punca perpecahan itu d kalngan AJK itu. Wlupun pun kita akan buat "check and balance" selalu lah lepas ini. Terima kasih May. Salam

Mat Salo said...

Bagus lah ada warga setempat yang prihatin Pak Zabs, in a lot of places tetangga 'buat derk' aje, embroiled in their own petty problems in search of the Bolehsian dream.

I lived in a predominantly Chinese area back home and previously I have also lived amongst.. you know. But the irony is my best neighbors has always been the muhibbah kind. Somehow it brings the best in us. On an unrelated subject I once had an altercation with a pakcik about a parking space in a shopping area. I was waiting patiently for a shopper to exit when he barged right in with his proton. Potong jalan laa. Some honking and harsh words ensued --him claiming not to have seen my turn signals. Actually not him but his wife was driving. He started abusing me because I gestured that he should be a gentleman and move out.

What the...? Kurang asam orang tua nih...

So he grudgingly asked her to back out.. winding his window down.. as a parting shot "Hoi luu ingat luu samseng kah!"

Then it dawned on me. He thought I was a 'cher' and therefore should be treated like a second class. Parking space pon nak kena bagi kat bumi. The irony of course, he didn't realize I was one too. What a sad state of affairs. To be honest I was tempted to shout "Melayu Bodoh" but.. but how can?

Dunno whether to laugh or cry. As a Nation we still have a long ways to go Pak Zabs..

ZABS said...

MS: Sebenarnya tempat saya ni 99.5%, mim, tetapi majoriti nya tak mahu campur hal kemasyarakatan ni. Dapat 1/3 yang datang dah cukup baik. Mungkin sudah terlalu selesa dengan diri sendiri, dan tak perlu berpersatuan lagi.
Mungkin bagi mereka persatuan untuk orang2 pencen dan tak tahu nak buat apa lagi, bolehlah.
Namun begitu dengan sokongan yang ada, persatuan itu akan boleh berfungsi. InsyaAllah.
Tentang parking tu biasa berlaku, dan percaya atau tidak, pemandu yang nak cepat parking itu, biasa nya satu gender dengan isteri kitalah.
Saya biasanya tidaklah ambil hati sangat, sebab saya tidak mahu, jika satu hari nanti, isteri saya pula yang buat begitu, orang akan marah kan dia pulak.
Anyway you have the right to be sarcastic with him, and he should apologise instead of calling you names. Tapi maafkan je pakcik tu sebab kita tak tahu, bila kita boleh berjumpa dia lagi untuk bermaaf2an.
Sudah jauh kita ini dari semangat setiakawan dan bertimbang rasa
Salamanatar sesama makhluk. Oleh itu perlu banyak bersabar.
Salam MS, jumpa lagi.