Thursday, November 15, 2007

Peningkatan

Dalam sebuah hadis, Rasul s.a.w bersabda yang bermaksud "Sesungguhnya orang yang paling berjaya ialah orang yang hari ini lebih baik daripada semalam dan orang yang gagal adalah orang yang hari ini lebih teruk daripada semalam, manakala orang yang terpedaya adalah orang yang hari ini sama dengan hari semalam" - hadis riwayat Bukhari dan Muslim.

Seperti sabda Rasulullah s.a.w di atas, orang yang paling berjaya ialah orang yang hari ininya, adalah lebih baik daripada semalam. Ini bermakna dalam apa juga perkara perlu ada peningkatan dari semasa ke semasa. Baik untuk kehidupan di dunia mahu pun untuk kehidupan di akhirat (lebih2 lagi lah).

Apabila tiba musim cuti persekolahan ini, kita akan banyak menerima undangan untuk banyak majlis perkahwinan. Tetapi yang lebih kita kagumi ialah rakan-rakan yang telah dan akan menyambut ulang tahun perkahwian mereka, kerana pada musim cuti sekolah 18, 24 dan 28 tahun yang lalu mereka telah melansungkan perkahwinan mereka.

Ramai yang kagum dengan jangka masa yang panjang pasangan2 ini telah hidup bersama dan ingin tahu resepi kejayaan tersebut. Dan setiap mereka tentu ada rahsia yang tersendiri dan mungkin boleh dikongsi dengan yang berhajat.

Seperti yang disarankan hadis di atas, hari ini perlu lebih baik dari semalam, begitulah juga perhubungan suami isteri, ia perlu dipertingkatkan dari masa ke semasa. Hubungan perkahwinan ini ibarat satu perniagan, samaada ia bertambah baik (berjaya) atau menjadi bertambah buruk (gagal). Ia tidak tetap begitu sahaja tanpa peru
bahan (terpedaya). Jka ia kekal begitu selamanya, bermakna kita tidak mempelajari apa-apa dari perhudungan itu.

Saya bukanlah orang yang pakar dalam hal ini seperti Dato' Dr. Fadilah Kamsah, tetapi satelah hampir 29 tahun bersama, saya akui, kita perlu meningkatkan perhubungan kita dari masa ke semasa. Ia tidak boleh meningkat dengan sendiri tanpa ada usaha dari kedua-dua belah pihak. Perniagaan perlu kepada keuntungan yang akan dapat dinikmati oleh kesemua rakan kongsi. Kepuasan rakan kongsi akan membolehkan perniagaan berjalan dengan lancar dan dapat bertahan, meningkat dan maju. Wallahua'lam.

3 comments:

Azlan Zed said...

macam ada untung jer. hehe.

tokasid said...

Salam pak zabs:

Memang benar yg pak zabs tuliskan kali ini.Malah hadis tersebut secara general menerangkan pelbagai aspek dalam kehidupan kita termasuk iman, akhlak dan amalan ibadah kita.

Contohnya, jika kita mahu sedikit demi sedikit belajar ttg hal-hal ugama pasti akan betambah ilmu kita dan meningkat iman kita. Pasti kita lebih tahu ttg ibadah dan memperbaikinya bla mendapat dalil shohih. Umpamanya solat. By the age of 12, kebanyakan kita tahu bersolat. Tetapi pada umur itu kita tidak tahu apa makna zikir2 yg kita bacakan. Kita tak tahu apa makna al-Fatihah yg wajib di bacakan. Kita tidak tahu apa makna doa iftitah selepas takbirratul ihram atau mengapa doa ruku' dan sujud di baca begitu dan apa dalil bacaan itu.Atau apa makna bacaan tahiyatul awak dan akhir dan bagaimana bacaan itu di sempenakan,

Takkan sampai sekarang solat kita nak tehap darjah 6 jugak kan?

Memang benar dalam kehidupan rumahtangga kena ada tolong menolong dalam segala hal. Malangnya kebanykaan suami tidak ambil pusing terutama tentang perasaan isteri dan dalam hal ehwal anak-anak. Jika sebagai bapa lelaki boleh bertegas,saya percaya tidak banyak masaalah sosial anak2 sekarang ini. tetapi sebab sebagai bapa ramai lelaki kecundang maka anak2 tidak terkawal lagi seperti sekarang.

Jadi dalam hal ini para suami dan bapa perlu lebih memperbaiki diri dgn ilmu-ilmu agama sepatutnya.

Jazakallah.Maaf kerana melarut sangat kali ni.

blackpurple @ jowopinter said...

Salam Tuan Zbas,

Benar. Biarpun sedikit dan lambat, yang penting ada peningkatan & penambahbaikan yang positif di dalam kehidupan kita, baik dari segi apa sekalipun.

Kalau setiap individu mahu berusaha memperbaiki diri masing-masing, insyaAllah secara tak langsung nanti seluruh masyarakat akan sama-sama ikut meningkat.