Tuesday, October 02, 2007

100: Ramadhan Ke20

"Masjid di Jalan Gombak 2"


Asalammualaikum,

Dihalalkan bagi kamu, pada malam hari puasa, bercampur (bersetubuh) dengan isteri-isteri kamu. Isteri-isteri kamu itu adalah sebagai pakaian bagi kamu dan kamu pula sebagai pakaian bagi mereka. Allah mengetahui bahawasanya kamu mengkhianati diri sendiri, lalu Dia menerima taubat kamu dan memaafkan kamu. Maka sekarang setubuhilah isteri-isteri kamu dan carilah apa-apa yang telah ditetapkan oleh Allah bagi kamu dan makanlah serta minumlah sehingga nyata kepada kamu benang putih (cahaya siang) dari benang hitam (kegelapan malam), iaitu waktu fajar. Kemudian sempurnakanlah puasa itu sehingga waktu malam (maghrib) dan janganlah kamu setubuhi isteri-isteri kamu ketika kamu sedang beriktikaf di masjid. Itulah batas-batas larangan Allah, maka janganlah kamu menghampirinya. Demikian Allah menerangkan ayat-ayat hukumNya kepada sekalian manusia supaya mereka bertakwa.

(Al-Baqarah - 187)

2 comments:

tokasid said...

Salam pak zabs:

Alhamdulillah kita sudah masuk ke pusingan akhir Ramadhan ini. Sepuluh hari terakhir yang penuh keistimewaan. Supaya ALLAh beri kekuatan utk meningkatkan amal serta beriktikaf di masjid selama yang mungkin. Semoga ALLAH hadiahkan Lailatul Qadr kepada kita tahun ini.

1-Awal ayat menjelaskan kaum muslimin yang berpuasa boleh berjimak dengan isteri tetapi mestilah di waktu malam( selepas berbuka puasa). Kita telahpun mengetahui larangan berjimak di siang hari puasa dan denda yg dikenakan jika berdegil jugak untuk berjimak( 60 hari puasa terus-menerus tanpa henti bagi suami.Isteri tak perlu).

ALLAH sebagai Maha Pemcipta dan Maha Mengetahui, insan kebiasaannya amat sukar mengawal syahwat masing-masing. Dan menjadi fitrah, manusia memerlukan jimak. Jadi ALLAH izinkan kita berjimak diwaktu malam.Juga mengisyaratkan bahawa selain bulan ramadhan, di bolehkan berjimak pada bila-bila masa kecuali bila isteri di datangi haid.

2-Isteri dikatakan pakaian kepada suami dan suami adalah pakaian kepada isteri. Apa maksud perkataan pakaian di gunakan? InsyaALLAh akan dijelaskan serba ringkas untuk kita faham bersama.

Apakah fungsi pakaian? Yang pertama adalah untuk menutup tubuh kita/aurat kita. Yang kedua untuk menselesakan tubuh badan kita dari panas atau kesejukan. Yang ketiga boleh membuat kita kelihatan kemas dan cantik. Yang ke empat dapat meyembunyikan kecacatan atau penyakit/parut di badan kita.

Jadi bila ALLAH menyatakan kita adalah umpama pakaian kepada pasangan kita, bermakna, kita mestilah bersikap seperti fungsi pakaian. Kita lah yang paling mengetahui akan perangai atau tabiat sebenar pasangan kita. Kita juga yg paling tahu akan tabiat buruk dan baik, sikap senonoh atau tidaknya dia,rajin atau pemalasnya dia. Orang lain jarang tahu perkara ini. Mungkin yang mereka kenali hanya yang sengaja pasangan kita tonjolkan sahaja utk tujuan tertentu. tetapi perlakuan sebenar di rumah hanya kita yang tahu.
Ini lah fungsi kita, menjadi pakaian agar apa-apa yg tidak baik kita tutupi agar maruah dan harga diri pasangan kita jagai. Tidak kita cerita kesana kemari. melainkan jika untuk membantu pasangan kita,boleh kita ceritakan kepada org2 tertentu(seperti doktor yg merawat, atau kepada kadhi).
Jangan juga kita jadi pakaian yg tidak semprna dengan koyak sana koyak sini atau terdedah sana terdedah sini. Kita tutupi maruah pasangan kita sebagaimana ALLAH mahu kita menutup aurat kita.

3-ALLAH yang Maha Mengetahui tahu insan sering mengkhianati dan menzalimi diri masing-masing secara sedar atau tidak, tetapi ALLAH sentiasa bersedia untuk ampunkan dan maafkan kita jika kita mahu bertaubat( berserta dengan syarat2 taubat), bukan sekadar beristighfar di bibir tapi tidak ikhlas dan tidak menepati syarat2 taubat.Malah pintu taubat tidak ALLAH tutup sehinggalah nyawa dio ghar-ghar atau bila matahari terbit dari Barat.Kita cuma perlu melakukan taubat saja,ALLAH akan ampunkan.

4-ALLAH juga dengan nyata memberitahu kita bila mula puasa dan bila tamat uasa pada hari itu.
Mula puasa adalah bila telah masuk waktu solat Subuh, bukan pada waktu imsak seperti ramai org kita sangkakan.Bila azan subuh dilaungkan, maka bermulalah puasa. Puasa tamat bila masuk waktu solat Maghrib.

5- Kita digalakkan untuk beriktikar terutamanya pada akhir 10 ramadhan. malah Nabi saw mengajak seluruh keluarga Baginda untuk sama-sama beriktikaf di masjid. Bila di masjid untuk iktikaf, adab-adab ketika di masjid mestilah kita jaga. Jika ketika malam yg tidak kita iktikaf kita di benarkan berjimak dengan isteri, tetapi ketika iktikaf kita di larang berjimak. Sudah tentu, kerana iktikaf ialah di masjid bukan di rumah. Adab di masjid, mana boleh berjimak. Kalau nak berjimak, pulang saja kerumah( maknanya keluar dari iktikaf),ketika itu di bolehkan berjimak.

Semoga sedikit penjelasan telah membantu sesama kita. Jika ada kesilapan, sila sesiapa saja perbetulkan saya.

Wallahu'alam.

ZABS said...

TA: Terima kasih atas huraian ayat tersebut. Saya ada mendengar Ustaz memberitahu, apabila sudah beriktikaf, kemudian balik untuk berjimak dengan isteri, tidak boleh meneruskan iktikaf semula selepas itu. Hanya boleh iktikaf semula esok malamnya. Wallahua'lam.