Tuesday, August 21, 2007

Kesabaran

Jika kita melihat kepada kejayaan yang telah dicapai oleh orang2 yang berjaya, di dalam apa bidang sekali pun, kita akan dapati mereka telah berusaha dengan gigih dalam tempuh yang lama, untuk mencapai peringkat di mana mereka berada sekarang.

Tiger Wood misalnya telah mula memukul bola golf ketika berumur 2 tahun lagi. Jadi tidak hairanlah jika pada umur 20an beliau telah menjadi juara dunia. Beliau mungkin perlu memukul 1000 bola setiap hari untuk mendapatkan pukulan yang terbaik. Ketekunannya berlatih menghasilkan kejayaan di dalam sukan yang diminatinya itu.

Dato' Jimmy Choo membuat kasutnya yang pertama pada umur 11 tahun. Beliau ke England pada usia muda untuk menyambung pengajian dalam bidang pembuatan kasut dan fesyen, serta menanggung pengajiannya sendiri selama 3 tahun, dengan melakukan kerja secara separuh masa sebagai pencuci di restoren dan juga di kilang kasut. Tidak tahulah berapa ratus pasang kasut telah direkanya, sehingga salah satu darinya telah dilihat oleh mendiang Puteri Diana, yang telah berkenan, lalu membelinya. Semenjak dari hari itu, yang lainnya telah menjadi sejarah sekarang.
Nelson Mandela pejuang Apatheid di Afrika Selatan, memulakan kerier politiknya pada usia 24 tahun. Walaupun pernah di penjara selama 28 tahun tetapi tetap tidak mengubah pendirian politiknya. Hanya menjadi Presiden pada usia 76 tahun. Beliau bersara selepas satu penggal walaupun masih disukai ramai. Bukan harta atau kuasa yag diingini, tetapi kebebasan kaumnya dari ditindas yang menjadi agenda. Kegigihan dan kesabarannya yang membawa kepada kejayaan tersebut.

Seratus tahun dahulu, kebanyakan orang faham akan perlunya kesabaran itu. Orang sekarang mahukan hasilnya dalam sekelip mata. Tiada kesabaran, tetapi mahu cepat mengecap kejayaan.

Sekarang orang berniaga nak cepat jadi kaya. Maka adalah pula mereka2 yang mengambil kesempatan. Maka muncullah berbagai skim cepat kaya yang berbagai nama dan kaedah. Melalui internet pun ada, dan orang terus percaya tanpa usul periksa.

Graduan banyak menganggur, kerana memilih kerja yang baik sahaja. Tak mahu bermula dari bawah. Tak mahu nak berusaha timba pengalaman. Tak mahu merangkak dahulu, tetapi terus nak berlari. Akibatnya nak merokok pun, pau kawan sana sini.

Adalah suatu realiti dalam kehidupan ini, kebanyakan kita termasuk (saya), kurang mempunyai kesabaran untuk memburu kejayaan. Kita biasanya berhenti terlalu awal sebelum kejayaan dicapai. (Seperti kato orang noghoghi, buek kojo angek-angek taik ayam yo....). Jadi tidak dapatlah kita menikmati kepuasan seperti yang dirasai oleh Tiger, Jimmy dan Mandella itu. (Saya pilih contoh kejayaan di dunia kerana kalau untuk dunia pun orang akan sanggup berbuat yang terbaik, tentulah berganda lagi usaha untuk kebaikan di Akhirat Yang Kekal Abadi.)

Mungkin juga, bukan itu kejayaan/kepuasan yang kita mahukan. Tetapi adakah kita telah berusaha untuk mendapatkan apa-apa kepuasan lain yang kita inginkan itu. Seperti mencari kedamaian abadi.....misalnya! Wallahua'lam.
(Sebahagian) Komen Dari Tokasid:
Kita tidak sabar dalam belajar, dalam bekerja. Kita tidak sabar bila di timpa musibah dan tidak sabar dalam beramal. Bila solat nak segera selesai.
Bila bersedekah juga tidak sabar...kadang2 naik geram bila orang sering meminta.
Insan-insan paling sabar adalah para Nabi. Jika kita baca sirah para Nabi terutama Nabi Muhammad s.a.w. atau Nabi Ibrahim a.s. atau nabi Nuh a.s....amat besar tahap kesabaran mereka. Kemudian kita lihat kesabaran para sahabat Nabi s.a.w. Begitu juga kesabaran para ilmuan Islam dahulu. Kesabaran Imam Abu hanafiah, Imam Malik, Imam Syafi'e dan Imam Ahmad Ibn Hambal...MasyaALLAH.

17 comments:

Azlan Zed said...

sabar itu separuh dari iman. x cukup iman jika kita mudah hilang sabar. x gitu, ayahanda ?

13may said...

Salam PakZabs,
Sabar dan jgn putus asa..antara element penting untuk mencipta kejayaan.

tapi jika kengkawan asyik dok pow rokok...sabar ajer la...niat sedekah....hehhe :D

tokasid said...

Salam pak zabs:

Menarik bila pak zabs beri contoh org yg berjaya dan mereka bersabar dalam berusaha utk berjaya.

Malangnya kebanyakkan orang Melayu dalam mengejar kejayaan amat kurang tahap kesabaran kita.

Nak senang dunia, nak cepat dan shortcut. Masuk labu peram,PakMan Telo dan pelaburan internet.Ada yg rajin tikam ekor.

Nak senang akhirat pun org kita tak sabar.Nak shortcut dan cilok jugak. Last-last terjurumus dalam ajaran sesat lagi menyesatkan.

ALLAH dan Rasul s.a.w. banyak berpesan kpd umat Islam agar ada sifat sabar.banyak hadith dan ayat al-Quran suruh kita sabar. Sebagai contoh yg paling mudah ialah surah al-Asr:

1]
Demi Masa!
[2]
Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian -
[3]
Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar.


tapi kebanyakan kita( saya pun) tidak ambil endah ingatan-ingatan ini.

Kita tidak sabar dalam belajar,dalam bekerja. Kita tidak sabar bila di timpa musibah dan tidak sabar dalam beramal.

Bila solat nak segera selesai. Bila bersedekah juga tidak sabar...kadang2 naik geram bila org sering meminta.

Insan-insan paling sabar adalah para Nabi. Jika kita baca sirah para Nabi terutama Nabi Muhammad s.a.w. atau Nabi Ibrahim a.s. atau nabi Nuh a.s....amat besar tahap kesabaran mereka. Kemudian kita lihat kesabaran para sahabat Nabi s.a.w. begitu juga kesabaran para ilmuan Islam dahulu. Kesabaran Imam Abu hanafiah,Imam Malik,Imam Syafi'e dan Imam Ahmad Ibn Hambal...MasyaALLAH.

Saya amat berharap agar ALLAh memberikan sifat kesabaran kpd saya. Sekarang tidak pernah di uji dgn musibah besar mungkin senang saya sebut atau nasihat org.

Terima kasih pak zabs for this thoughtful entry.

BayuKK said...

bersabar...
Macam alan zed kata...sabar itu separuh iman.

ZABS said...

Alan: Iman itu lebih dari 60 ranting, yang paling itnggi kalimah "Lailaha illal Lah", dan paling rendahnya ialah membuang duri dari tengah jalan. Bersabar adalah salah satu dari sifat orang yang beriman. Orang beriman, banyak bersabar, tapi orang banyak bersabar tak semestinya beriman. Contoh dalam N3 tu lah.

May: Dah kena pau, baru niat sedekah, tak tau nak cakap lah. Tambahan pula bersubahat dalam buat perkara makruh!

TA: Terima kasih atas komen yang sungguh bernas. Harap tuan benarkan saya updatekan sebahagian darinya dalam N3 saya.

- G O R O - said...

Kesabaran..

Sesuatu yang amat bernilai sebenarnya! tanpa kesabaran dunia ini boleh musnah, hidup ini porak peranda, kemusnahan yang datang tidak mengenal siapa.

ZABS said...

BayuKK dan Goro: Semoga kita semua dapat menjadikan kesabaran itu sebagai cara hidup kita. InsyaAllah.

NBK466 said...

Sabar itu jugak ada hadnya... terlebih sabar pun tak elok gak yek...

ZABS said...

NBK: Sabar pada landasan yang tertentu lah. Takkan nak sabar kalau hak kito pun, dio nak kobeh sumo eei!!!

zino said...

zabs..
kalau semua boleh bersabar terutama yg sedang memandu tu rasanya lebih banyak exsiden boleh di kurangkan..

ZABS said...

Zino: Amat bersetuju. Saya pun kadang2 tak sabar juga tengok pemandu2 yang tak sabar, kerana nak cepat, langgar lampu merah, cilok sana sini, memotong dari sebelah kiri dan macam2 lagi tu.

blackpurple @ jowopinter said...

Sod ba ro. Tinggi nilainya. Sebab itu sebahagian dari iman.

Sifat sabar itu kalau diamalkan semua manusia [memang sukar dicapai sepenuhnya], aman sentosa dunia ini agaknya.

Mak Su said...

saba hlg sbb byk mknn taruh msg kot

ZABS said...

BP: Malu mesti ada dalam diri orang beriman. Cuma iman kita ni (termasuklah saya), turun naik macam air pasang surut.

Mak Su: Malu tidak berpunca dari makanan kot! MSG tu buat rambut gugur cepat adalah, tak mungkin boleh gugurkan perasaan malu kot. Hehehehe.....

Fauziah Ismail said...

Salam Pak Zabs
Masalah dengan orang kita ialah bukan saja kita tidak punyai kesabaran (buat bisnis nak kaya cepat), kita masih dibuaikan dengan mentaliti subsidi. Bila bangsa nak maju?
Bila lihat bangsa lain maju atas ikhtiar diri sendiri, kita tidak mahu belajar dari mereka.
Kita dengki dengan kejayaan orang lain dan rasa dengki ini bukan kita gunakan untuk motivasi diri sendiri untuk sama2 berjaya tetapi untuk meruntuhkan kejayaan orang lain.
Salah siapa kalau bukan diri kita sendiri?

aNIe said...

Salam zabs...

Memang tidak ada jalan singkat untuk berjaya dalam apa jua yang kita lakukan...kerana kalau terlalu mudah sesuatu itu kita perolehi...maka akan cepat jua ia pergi jika kita tidak pandai menghargainya dan menggunakannya di jalan yang diredhai...

ZABS said...

Fauziah: Tentang dengki ni malu nak ngakulah, tapi macam dah sebati dalam hidup orang kita. Kita tak suka tengok orang lebih dari kita tetapi suka melihat orang jatuh.

Kak Lady: Sebenarnya perkataan seperti sabar, bahagia, akur, redho dan seumpamanya memang mudah dilafaz tetapi amat susah untuk dilakukan. Ia perlukan penghayatan yang mendalam untuk betul2 difahami seperti sabar dan redho itu.