Thursday, July 26, 2007

Perikatan

Itu adalah nama parti yang mana arwah bapa saya pernah menjadi penyokong kuatnya, sebelum ditukar nama kepada BN. Perikatan adalah gabungan dari 3 parti sahaja, tidak seperti sekarang yang sudah ada lebih 13 parti komponen.
Mungkin ramai anak-anak muda sekarang yang tidak pernah mendengar nama parti tersebut, atau telah pernah melihat lambang parti seperti di atas, yang mana jauh berbeza dengan yang ada sekarang.

Arwah menjadi ahli parti dan penyokong yang setia tanpa ada niat untuk mendapatkan imbuhan dari sokongannya itu. Rumah kami yang kecil di kampong pada masa itu pernah dijadikan tempat untuk calon parti tersebut mengadakan ceramah dari rumah ke rumah. Ini dilakukan kerana beliau tidak mendapat kebenaran untuk berceramah ke kawasan lapang di kampong tersebut, yang rata-rata penduduknya, adalah menyokong parti lain.

Ekoran dari kesediaan arwah membenarkan calon tersebut berceramah di rumah kami, kami sekeluarga dipencilkan buat seketika, sehinggalah, calon tersebut, menang pilihan raya tahun tersebut, dan sokongan penduduk kampong berpindah kepada beliau. Parti tersebut seterusnya meneruskan kemenangan itu pada setiap PRU yang diadakan, sehingga sekarang. Dan kini ADUN kawasan pula adalah anak watan kampong kami.

Walau apa pun saya tidak berminat untuk terlibat dengan parti ini, atau parti apa pun. Saya tidak ada minta langsung untuk bergiat dalam politik. Mungkin saya akan terpaksa berfikir panjang untuk mengundi beliau jika saya perlu mengundi di kampong. Tetapi kerana kawasan mengundi saya di KL, maka akan lebih mudahlah untuk saya membuat keputusan.

Saya akan mengundi buat kali kedua pada PRU yang akan datang ini seperti pengundi biasa. Kali ini saya akan buat pilihan yang lebih baik dari dahulu. Semasa di dalam perkhidmatan dahulu saya mengundi secara pos, yang mana mungkin tidak pun dikira. Kecualilah jika undi itu diperlukan untuk memenangkan calon yang hendak dimenangkan.
Selamat membuat pilihan yang bijak.

13 comments:

pB said...

Salam Abe Zabs ,

First time pB mendaftar, masa tu pB tinggal di Sungai Petani.

Pagi mengundi tu punya semangat nak g memangkah.
Tup tup sampai sana, nama pB tak der ...

Kali kedua pulak, pB memangkah di Puchong.
Masa dok dalam bilik kecil tu, pening sekejab.
Sebab dua dua calon, bukan bangsa melayu ....

itu pengalaman pB mengundi ...

btw , kat mana tu , limer kilo tujuh hinggit..??

tokasid said...

Salam pak zabs:

I remember during the 1969 GE.Masa tu Std 1. Masa nak pilihan raya ada election workers datang tampal poster kapal layar kat dinding rumah. masa tu saya suka drawing. So saya koyak exercise book bahagian tengah dan lukis another kapal. saya buang gambar yg poster Perikatan tu dan boh yang saya lukis.

Selepas election, tiba-tiba sekolah di tutup. Masa tu tak tahu apa sebabnya. Ingatkan cuti penggal awal. bapak pulak sering kena duty setiap hari dan bila balik makan(lunch) dia bawak balik Truck askar yg besar tu( Bedford kot) siap dengan sub-machine gun. Kami anak2 naik heran tapi seronok dapat tengok real punya mesin gun. Ada satu hari tu bapak balik dan nampak letih. Dia kata kena pergi semula ke kem cepat-cepat sebab kena buat rondaan di pekan Taiping. Jadi di letak mesin gun di atas lemari buku(biasanya dia letak dalam bilik dia ketika makan. masa dia dok makan, saya amek mesin gun tu dan acu pada adik-adik sambil mulut bunyi preeettt...preettt. Bila bapak nampak apa lagi, kena marah sakan lah.

Many years after that baru tahu itulah kejadian 13 Mei '69.

Selepas kejadian itu barulah lahir BN dengan lambang dacingnya.

Azlan Zed said...

adakah undian semasa di perkhidmatan sudah berubah ? just curious tho. :)

Fauziah Ismail said...

Salam Pak Zabs
Never voted eversince I became eligible to be one. No candidate was worthy of my vote, be they from Barisan or the Opposition. I will take the same stand this election. If and when I vote, it would be based on whether the candidate is indeed worthy to be called my wakil rakyat.

ZABS said...

pB: Undi tu rahsia. Biarlah rahsia.
Dobi kat Keramat Permai.

tokasid: Bahaya tu main acu-acukan senjata, kerna kita tak tahu dalamnya ada peluru ke tak. Tahun '69 saya ambil OSC/MCE. Tahun '70 saya ke KL, nampaklah juga kesan-kesan 13 Mei tu. Rumah kedai terbakar dan sebagainya. Ya, BN lahir pada 1973 rasanya.

ZABS said...

alan: Kemungkinan, ikut keadaan semasa.

Fauziah: Mengundi itu hak mutlak anda.Nampaknya tak mengundi lagi lah anda tahun ini. Nak tukar kawasan ke negeri Serambi Mekah dah tak sempat dah...

blackpurple @ jowopinter said...

Rasanya saya pernah tengok lambang itu semasa belajar subjek sejarah dulu-dulu.

Dah pernah mengundi sekali PRU yang lepas. Di Puchong. Pertama kali memang bersemangat. Siap letak stiker parti pilihan di kereta. Tapi sayangnya calon pilihan tewas. [undi adalah rahsia...he he he]

Mak Su said...

semoga kita semua dapat buat pilihan yang betul.. oh ya, hubby saya yang tua 5 tahun dari saya mmg kenal dgn lambang tu, dia kata "parti lambang kapal layaq".. hehehe

ZABS said...

Salam BP: Tak menang takpa. Pilihan kita yang terbaik bagi kita. Tak semestinya yang menang tu yang terbaik.

Mak Su: Ya begitulah hendaknya. Kapal layar jauh mengelilingi dunia. Dacing yang tak seimbang merugikan pengguna.

Unknown said...

Undi jangan tak undi.

Unknown said...

Arwah mak aku masa dulu memang Kapai Layaq habis-habisan dan lepaih tu dacin. Arwah bapak aku pulak kepala lembu.Mak aku penah ceghita yang bapak aku sughuh dia pangkah kepala lembu. Dia mengaku tapi bila masuk dalam dia pangkah kapai layaq jugak.

Aku pulak macam depa la. Masa mola2 start undi dulu aku undi adik beradik kapai kapai layaq tu la. Tapi kebelakangan ni dok bagi kat apa saja asaikan jangan dacin.

Mana lah tau kalau satu hari dacin dah belen elok aku undi lah kat depa pulak.

Aku bukan kempen kat sapa pon. Undi kita hak kita, sapa pon tak buleh paksa atau nak impose.

Sama-samalah kita tunggu lagu 'Mari lah mari, kita mengundi' di TV dan Radio.

ZABS said...

NTN: Saya ada dua adik lelaki yang abangnya sokong dacin, adiknya anti dacin, tapi tak sokong parti lain. Depa berdua takdalah pula bertengkar pasal parti, sebab adik pandai mengelak dari komen dacin depan abang.

Mat Salo said...

Aduh Pak Zabs.. Mengimbas kembali kenangan lama (nostalgia).

Saya ni sama ngan rakan seperjuangan Doc TA, contemporary laa katakan, masuk sekolah tahun '69, tahun GE.

Saya di besarkan dgn atuk nenek di Lenggeng... saya masih ingat lagi bendera kapal layar di dawai yang menegakkan tiang letrik. Letrik pun baru masuk kampong.

Pastu ada lak cuti sekolah sebab "emergency". Budak kecik masa tu apa laa tau pasal curfew...

Ya, mengundilah dengan bijak kali ni...