Wednesday, July 04, 2007

Bersih dan Suci

Saya bukan berniat untuk promosi mesin basuh, tetapi cuma nak tahu mesin basuh jenis apa kah yang menjadi pilihan anda, untuk membasuh pakaian, supaya menjadi bukan sahaja bersih, tetapi juga suci. Adakan ia:


Mesin basuh separuh otomatik seperti gambar hiasan ini, di mana anda perlu bekerjasama dengan nya dalam beberapa hal semasa membasuh,

atau....




Mesin basuh otomatik sepenuhnya ini yang sungguh menyenangkan, di mana anda tidak perlu berbuat apa-apa pun selepas baju di masukkan, tambah sabun dan menekan "switch" nya?

Mungkin pilihan anda pilihan saya juga.

12 comments:

blackpurple @ jowopinter said...

Saya menggunakan yang 100% automatik. Tapi sesetengah baju yang agak sensitif saya cuci menggunakan tangan. :)


[Saya sudah menyempurnakan teg itu, Alhamdulillah :)]

tokasid said...

Salam pak zabs:
Bab ni saya betul2 blurr...
Kalau saya terpaksa basuh sendiri saya akan guna cara masa dok hostel di tahun 70an dulu: Berus plastik dan serbok fab.

Fauziah Ismail said...

Salam Pak Zabs
Betul kata Tokasid tu. Berus dan serbuk sabun basuh yang terbaik. You still have to brush hard especially on stains and also the leher baju.
I use the washing machine to wash jeans and other heavy stuff because the spin cycle allows them to dry faster.
Lagi satu, kalau dah masuk baju ke washing machine, kita bebas untuk buat kerja lain.

Azlan Zed said...

afundi fully automatic. :D

Mak Su said...

skrg mak su sdg pakai mesin basuh yg ke-3 (yr 1st & ke2 dah rosak), skrg pakai electrolux muatan depan. dah lama ngidam.

ZABS said...

Salam untuk semua, tujuan saya buat N3 ini adalah untuk kongsi satu syarahan yang saya telah dengar lama dahulu, dan baru-baru ini diingati lagi oleh seorang ustaz yang mengajar di surau di taman saya.
Mengikutnya, pakaian yang dibasuh menggunakan mesin 100% otomatik walaupun bersih, tetapi tidak suci untuk dipakai bersolat. Sebab, air yang diguna berpusing2 di dalam mesin bercampur dengan kotoran, menjadikan air tersebut tidak menyucikan pakaian tersebut. Apabila sudah di "drain", bahagian dalam mesin pula menjadi tidak suci kerana sedikit air yang melekat pada dinding2 mesin dan apabila air baru masuk, ia turut menjadi tidak suci dan begitulah seterusnya hingga selesai.
Jika mengunakan mesin separuh otomatik, semasa pusingan terakhir, kita boleh basuh bahagian dalam mesin, kemudian melalukan air/bilas pakaian yang sudah bersih itu untuk menyucikannya, barulah diputar untuk kali terakhir sehingga kering. Wallahua'lam.

zino said...

selalu nya baju zino tak di basuh guna mesin basuh tu.. rendam dan bilas je..

Mak Su said...

terima kasih krn kongsi maklumat... mak su akan cari alternatif

ZABS said...

zino: Good for u zino, di samping jimat letrik, baju bersih lagi suci. InsyaAllah.

mak su: Bagusllah kalau ada faedah, apa yang saya sampaikan itu.

Manusia Pekasam said...

Salam Pekasam pak Zabs,

Nasib baik saya guna mesin separa automatik. Suci dan bersih baju-baju saya. Alhamdulillah.

Mohd Amir said...

Salam untuk semua,
Air dlm hukum Fikah terbahagi kepada air mutlak, air mustakmal, air mutaghaiyir, air makruh dan air mutanajjis.
Untuk kegunaan bersuci kita gunakan air mutlak, kalau kita basuh pakaian yang ada najis. air mutlak itu akan berubah menjadi air mutanajjis ( air bernajis ), setelah kita basuh beberapa kali dengan beberapa kali memasukkan air mutlak, akhirnya najis itu telah dapat dinyahkan kemudian dibilas kali akhir juga dengan air mutlak maka bersih dan sucilah pakaian tersebut dan boleh dibawa untuk bersolat dan lain .
Wallahu aklam.

Leenoh said...

Salam utk semua,
Saya ingin berkongsi penjelasan dengan amerz, bukan apa cuma nak terang mengenai air;

Air mutlak ialah air yang suci dan menyucikan, maknanya dia boleh menyucikan yang lain seperti kain, pinggan dll.( air hujan, paip, laut dll)

Air Mutaghaiyir ialah air yang suci tetapi tidak boleh menyucikan benda lain. ( air kopi, milo dll)

Air Mutanajjis ialah air yang kurang dariapa dua qolah bercampur dengan najis atau air yang lebih dua qolah bercampur dengan najis dan berubah salah satu daripada perkara berikut iaitu warna,rasa dan baunya maka jadilah ia air mutanajjis.hukumnya najis dan tidak boleh digunakan utk bersuci

Air Mustakmal, iaitu air mutlak yang telah digunakan utk membasuh benda yang suci atau telah digunakan utk berwuduk, air tersebut masih suci kerana tidak bercampur dengan najis, hukumnya suci pada dirinya tetapi tidak boleh menyucikan benda lain.

Air makruh atau musyammas ialah air yang terjemur panas matahari yang berisi di dalam bekas yang boleh berkarat, hukumnya suci dan boleh menyucikan benda lain, cuma hukumnya makruh sahaja.

Wallahu aklam.

semoga berjumpa lagi. Wassalam.