Monday, May 14, 2007

Hutang2

Ada banyak sebab kenapa orang berhutang.

Ada orang berhutang kerana nak beli rumah dan seumpamanya

Ada yang berhutang kerana nak menyambung pelajaran.

Ada pula kerana nak membesarkan perniagaan.

Dan tak kurang pula kerana nak bermegah-megah dengan kemewahan.

Mereka berhutang pula dengan niat yang berbeza.

Ada yang berhutang dengan niat akan membayar semula.

Ada yang akan membayar apabila sudah diminta.

Ada yang langsung tak berniat nak bayar semula.

Ada juga yang buat-buat lupa.

Tapi yang teruknya, pemberi hutang menjadi musuh mereka.

Tapi mereka perlu ingat, walau apa pun niat mereka, mesti ada keazaman untuk selesaikan hutang, hutang perlu dibayar, hutang budi dibawa mati, hutang wang bayar sebelum mati.

Bagi yang hutang dengan PTPTN tu bayarlah cepat, saya masih ada anak-anak yang perlu pinjaman untuk belajar.Kalau hutang PTPTN anda tak dibayar, macamana dengan mereka? dan jutaan lagi pelajar kita!

6 comments:

UmmuSarah said...

Saya ada dengar dari satu majlis perkara yg berikut ;

Ada 4 perkara sunnat yg lebih afdhal jika dilakukan dari yg wajib.
1. Mengambil wuduk sebelum masuk waktu solat adalah sunat. Selepas masuk waktu solat adalah wajib.
2. Memberi salam adalah sunat dan menjawab salam adalah wajib
3. Mengumandangkan azan adalah sunnat dan mengimamkan solat adalah wajib
4. Menghalalkan hutang adalah sunnat dan menangguhkan pembayaran hutang si pemiutang adalah wajib.

Wallahualam

Sememangnya, kita ini hidup dlm dunia berhutang (Credit). Kat negara barat, kalau kita takde credit history, maka kita tak wujud. Kat M'sia pun kita nak bergerak ke arah itukah ?

ZABS said...

ummusarah - afdal jika yang berhutang tu tidak mampu membayar balik, dan dia berhutang untuk tujuan yang baik pula.

blackpurple @ jowopinter said...

Ada juga yang berhutang untuk membayar hutang ..isk..isk..isk...

ZABS said...

Ini kes korek lubang kambus lubanglah tu. Semoga semua hutang-hutang kita kapada Allah dan juga manusia,dapat dilunaskan sebelum dinaikkan ke kereta mayat. InsyaAllah

UmmuSarah said...

Sekrg ada pulak proposal memberi hutang utk pergi haji/umrah...AMacam pulak tu ?

ZABS said...

Orang berhutang pun perlu selesaikan hutangnya sebelum melaksanakan Haji. Pendapat saya, ini cara bank nak buat keuntungan lagi atas nama Islam.