Friday, September 22, 2006

Renungan

Seperti biasa, seperti di malam-malam Jumaat yang lain, surau di taman kami mengadakan majlis membaca Yasiiiin, doa selamat dan tahlil arwah. Tetapi pada kali ini, kami sedikit dikejutkan oleh satu permintaan yang sedikit luar biasa. Ia datang dari seorang isteri (tidak diketahui namanya) yang sungguh terdesak Beliau meminta agar jemaah semua mendoakan supaya suami beliau yang kini mula meminati agama selain Islam, dan ingin pula memeluk agama tersebut.

Walaupun telah banyak kali mendengar dan membaca cerita-cerita berkenaan pertukaran agama dari Islam ke agama lain, tetapi ini adalah pertama kali kami berada di situasi yang begitu hampir dengannya. Seperti diminta ianya telah ditunaikan. Semoga Allah SWT mengkabulkannya. Di samping itu, satu solat hajat juga telah dilaksanakan dengan doa khas untuk beliau. InsyaAllah. Kami juga berdoa agar kami semua, keluarga dan semua umat Islam agar dikekalkan hidup dalam Iman, mati dalam Iman dan di masukkan ke dalam Sorga bersama Iman. Kerana itulah sebaik-baik permohonan bagi kita umat Islam. Harta benda semua akan habis akhirnya tetapi Iman dan Takwa akan menjamin kehidupan akhirat yang lebih baik bagi kita nanti. InsyaAllah.

Pada malam tadi juga kita telah diperkenalkan kepada dua Ustaz muda yang Hafiz Al Quran, yang akan menjadi Imam di surau kami pada bulan Ramadan ini. Alhamdulillah. Mereka baru berusia dua puluh tahun dan sedang belajar di sebuah Sekolah Pondok di Terengganu. Semoga Ramadan ini akan bertambah ramai lagi jemaah datang ke surau, bukan sahaja untuk bertaraweh tetapi juga untuk bersembahyang fardhu. InsyaAllah.


Selamat Berpuasa.

2 comments:

mohd azmir said...

tak sangka ya!! minta dijauhkan dr benda2 tak baik 2!! ameen..
insyaallah lebih ramai berjemaah di surau!! harap2 bukan minggu pertama jer lah yg penuh.. hehehe!!

ZABS said...

InsyaAllah. Kalau takde surau pun buat sendirian pun boleeh....Janji buat. Yang sunat dibuat di bulan Ramadhan dan pahala macam buat yang fardu. InsyaAllah.