Thursday, September 14, 2006

Hiburan

Kita sering membaca laporan media yang mendedahkan bahawa orang Melayu terutamanya remaja pada masa sekarang terlalu banyak menghabiskan masa berhibur. Perkara ini tidaklah menghairankan kerana terdapat banyak stesen-stesen televisyen dan radio tempatan kita saban hari menyajikan pelbagai rancangan hiburan.
Ini ditambah pula dengan pusat-pusat hiburan yang tumbuh macam cendawan selepas hujan, daripada arked mesin video hinggalah kepada kelab-kelab malam, pub dan pusat-pusat karaoke yang beroperasi sehingga lewat pagi. Konsert2 yang dianjurkan khusus untuk berhibur yang terdiri dari artis2 tempatan dan Barat juga turut menambahkan lagi ruang untuk anak muda remaja ini berhibur.
Sebagai orang tua dan sebagai ibu/bapa atau penjaga kepada remaja2 Melayu ini kita amat memandang berat perkara ini kerana ia membabitkan masa depan orang Melayu. Kita tidak mahu perkara ini berterusan kerana ia tidak memberikan apa2 manfaat kepada mereka.
Orang Melayu mestilah mengutamakan pendidikan daripada pelbagai hiburan yang tidak menyumbang kepada perkembangan pemikiran yang sihat serta sanggup menghabiskan masa dan wang ringgit hanya untuk berhibur.
Orang Melayu perlu menanamkan prinsip memberi keutamaan kepada yang utama (First thing first). Orang Melayu masih terus mendahulukan hiburan daripada pendidikan, sedangkan orang Melayu masih jauh ketinggalan jika dibandingkan dengan bangsa lain di negara sendiri, dalam banyak perkara terutama pendidikan dan ekonomi. Ini tidak termasuk perkara yang mengaitkan orang Melayu dengan gejala sosial seperti penyalahgunaan dadah, pembuangan bayi, ‘Black Metal’ dan lumba haram yang menunjukkan keruntuhan akhlak yang semakin serius.
Memang benar seperti kata Laksamana Hang Tuah, TAK KAN MELAYU HILANG DI DUNIA, tetapi, Melayu yang bagaimana yang kita mahukan berada di dunia ini? Untuk menjadi Melayu yang sermpurna di negara sendiri pun kita masih belum mampu, bagaimana pula di seantero dunia? Untuk menjadi Melayu Soleh/Solehah dan berjiwa merdeka, kita melakukan anjakan paradigma demi mencipta nama di persada antarabangsa dan mengubah segala sikap yang negatif yang merugikan diri sendiri.
Salam untuk anak-anak diperantauan.

2 comments:

Unknown said...

Salam kenal. Tahniah di atas kelahiran blog ini.

Moga dapat menambahkan lagi khazanah tulisan berbahasa Melayu di dunia internet.

Menulis juga satu perjuangan, untuk meningkatkan martabat bahasa, bangsa dan agama.

ZABS said...

Salam disambut. TK atas kata dorongan tersebut. Saya orang tua baru belajar je.. Menulis untuk sekurang-kurang jadi nasihat buat anak-anak remaja saya yang banyak menghabis masa di hadapan komputer ini.