Friday, April 29, 2011

KENANGAN BERSAMA KD PERANTAU (2)

Kenangan seterusnya di KD Perantau (KDP), saya buat pertama kalinya telah dapat melawat ke negara jiran kita, Indonesia. Pada masa itu, kapal2 TLDM, setiap tahun akan dibenarkan sekali, untuk beristirehat ke pelabuhan2 negara jiran yang terdekat, apabila selesai sesuatu tugas. Tetapi ia perlu terlebih dahulu mendapat kebenaran dari Markas Operasi TLDM, untuk tujuan tersebut. Kapal KDP pada masa itu baru sahaja selesai tugas pengukuran di perairan Melaka agaknya, dan kapal telah memohon dan dibenarkan untuk masuk beristirehat di Medan, Sumatera.

Wednesday, April 27, 2011

KENANGAN BERSAMA KD PERANTAU (1)

KD Perantau dan KD Mutiara adalah dua kapal TLDM yang dikhaskan untuk tugas2 pengukuran hidrografi. Kapal ini juga dicat dengan warna putih untuk membezakannya dari kapal TLDM yang lain yang berwarna kelabu (grey). KD Perantau yang ada sekarang adalah KD Perantau yang baru dan telah dilengkapi dengan peralatan yang serba canggih mengikut keadaan semasa. Namun KD Perantau yang di dalam kenangan saya ialah yang lama. Bekas sebuah kapal penyapu ranjau yang dihadiahkan kepada TLDM oleh kerajaan British, dan ditukarkan fungsinya kepada kapal ukur hidrografi.

Tuesday, April 26, 2011

KURSUS-KURSUS HIDROGRAFI (2)

Kursus seterusnya yang telah saya ikuti ialah kursus Long Hydrographic Survey, juga di HMS Drake, Plymoluth, UK. Nama je long tetapi cuma bulan je, dari Sep 81 hingga Feb 82. Ada sepuloh orang semuanya, termasuk seorang dari UK sendiri, dan dia selalu cakap yang dia adalah "the rose amongst the thorn". Rupa2nya dia jadi "the thorn amongst the rose", sebab yang lain semua lulus kursus tersebut kecuali dia.

Monday, April 25, 2011

KD SRI LANGKAWI DALAM KENANGAN

Sebelum saya menyambung entri berhubung kursus-kursus hidrografi lain yang telah saya hadiri, saya ingin menulis sedikit tentang satu2 nya kapal TLDM selain kapal hidrografi yang saya telah ditugaskan setelah ditauliahkan sebagai pegawai.

Thursday, April 21, 2011

KURSUS-KURSUS HIDROGRAFI (1)

Hydrographic survey is the science of measurement and description of features which affect maritime navigation, marine construction, dredging, offshore oil exploration/drilling and related disciplines. Strong emphasis is placed on soundings, shorelines, tides, currents, sea floor and submerged obstructions that relate to the previously mentioned activities. The term Hydrography is sometimes used synonymously to describe Maritime Cartography, which in the final stages of the hydrographic process uses the raw data collected through hydrographic survey into information usable by the end user.”

Monday, April 18, 2011

JAWATAN PERTAMA DAN KEPAKARAN HIDROGRAFI

 (Pangkat-pangkat Pegawai TLDM)

Di dalam TLDM, perkhimatannya dibahagikan kepada 3 cawangan, iaitu Kelasi, Bekalan & Urusetia dan Teknikal, dan di setiap cawangan ini, terdapat pula pengkhusuan kepada kepakaran2 yang tertentu. Di dalam cawangan Kelasi misalannya, terdapat pegawai yang pakar dalam bidang Persenjataan, Komunikasi, Panduarah, Peperangan Bawah Permukaan, Penyelam dan  banyak lagi. Hidrografi juga adalah salah satu kepakaran di dalam cawangan Kelasi. Pegawai yang akan dilantik sebagai Panglima TLDM juga adalah dari cawangan Kelasi, dan perjawatan di kapal juga lebih banyak diperuntukan kepada cawangan ini.  

Saturday, April 16, 2011

BERKURSUS DI KD PELANDOK, SEMBAWANG

Kursus ini dijalankan selama setahun (1975/76), sebelum kumpulan kami diperjawatkan ke kapal, untuk memegang jawatan tetap dan bukan sebagai pelatih lagi. KD Pelandok pada masa itu terletak di Sembawang, Singapura. Di sini terdapat, beberapa kursus yang dikendalikan untuk kedet dan rekrut (ada rekrut wanita juga pada masa itu). Pegawai Memerintahnya pada masa itu berpangkat Komander TLDM, dengan beberapa orang pegawai latihan dan jurulatih dari kalangan pegawai pangkat rendah.

Thursday, April 14, 2011

LATIHAN DI KAPAL TLDM

Setelah hampir setahun berada di luar negara (73/74), kami semua kembali ke Malaysia untuk meneruskan pembelajaran kami dalam ilmu kelautan dan ketenteraan di dalam TLDM pula,  di mana terletaknya tugas hakiki kami sebenarnya. Ia bukan lagi sekadar teori dari tentera laut negara asing yang mungkin tidak sesuai dengan persekitaran di sini. Kami sebenarnya perlu melapor ke Woodlands, Singapura, bukan di Lumut. Ini adalah kerana pada masa itu Pengkalan TLDM, masih berada di Woodland, sebelum ianya berpindah pada awal tahun 80an.

Tuesday, April 12, 2011

KENANGAN DI KOTA LONDON


Kota London, adalah bandaraya pertama di luar Malaysia, yang telah terpaksa saya kunjungi dalam hidup saya. Saya katakan terpaksa kerana tanpa pergi ke London saya tidak akan boleh sampai ke Dartmouth untuk mengikuti kursus saya itu. Namun selepas itu, saya telah berpeluang untuk mengunjungi kota London beberapa kali lagi  juga untuk berkursus atau belajar.

Sunday, April 10, 2011

TAMAT LATIHAN DI UNITED KINGDOM

Pelayaran latihan bersama kapal HMS Intrepid di Laut Meditteranean ini sampai juga ke penghujungnya. Kapal belayar semula ke Portsmouth dan berlabuh untuk selenggaraan. Semua pelatih kemudian kembali melapur ke BRNC, Dartmouth untuk latihan seterusnya sebelum cuti hujung tahun termasuk menyambut cuti Hari Krismas mereka.

Friday, April 08, 2011

PELAYARAN DI LAUT MEDITTERANEAN

Setiba kami di Portsmouth kapal HMS INTREPID ini memang telah pun ada di pelabuhan dan sedang bersiap sedia untuk pelayaran yang agak lama (7 minggu) ke Laut Meditteranean. Ini tidak menjadi masalah kepada kapal itu, kerana ia mampu melakukan perjalanan sejauh 5000 batu notika (9260 km) pada kelajuan 20 knot tanpa mengisi minyak.  Di samping tugasnya yang lain kapal ini juga digunakan untuk latihan pelayaran pegawai2 kedet yang dilatih di BRNC.

Thursday, April 07, 2011

BERCUTI BERSAMA KELUARGA ANGKAT

Pada permulaan cuti dua minggu itu, kami telah ke London terlebih dahulu untuk melaporkan keadaan kursus kami untuk penggal pertama tersebut, walaupun pihak kolej juga ada membuat laporan terus ke pihak kedutaan.Kami berada di London beberapa hari sahaja sebelum saya dan seorang lagi kawan menaiki keretapi ke Edinburgh untuk tinggal bersama keluarga angkat yang telah diuruskan oleh pihak kolej. Ini bertujuan untuk kami lebih memahami budaya hidup mereka.

Tuesday, April 05, 2011

BERMULA LATIHAN DI BRNC, DARTMOUTH

Britannia Royal Naval College, di Dartmouth, U.K, adalah antara kolej latihan untuk pegawai2 Tentera Laut yang tertua di dunia (1863). Satu perasaan bangga timbul jika seseorang itu di kaitkan dengan mendapat latihan di sini….agaknya lah. Saya cuma merasa beruntung kerana telah diberi kesempatan untuk berkursus di sana bersama 6 lagi rakan TLDM yang lain. Ia satu kebetulan, berada ditempat yang betul, pada masa yang betul.

Sunday, April 03, 2011

IMPIAN MENJADI KENYATAAN

Seperti yang dijangkakan, saya terpilih untuk mengikuti latihan kedet pada awal 1973. Keputusannya hanya diterima dua minggu sebelum latihan bermula. Ini bermakna saya perlu memberi notis 24 jam untuk berhenti dari Felda. Ia juga memerlukan saya membayar sebulan gaji sebelum dapat boleh diluluskan. Terima kasih kepada seorang kawan yang telah mendahulukan sebulan gaji itu, kerana saya kesesakan pada masa tersebut.

BEKERJA DI KUALA LUMPUR

Saya nekad untuk ke Kuala Lumpur mencari pekerjaan kerana ada beberapa orang saudara yang telah bekerja dan tinggal di KL sendirian, tidak dengan keluarga. Salah seorang daripadanya berjanji akan mendapatkan pekerjaan untuk saya. Apak pula tidak menghalang kerana tahu itu yang terbaik untuk keluarga. Saya tidak boleh menambah lagi tanggungannya, walaupun saya tahu dia tidak terfikir pun yang saya ini membebankannya.

Saturday, April 02, 2011

BERAKHIRNYA ZAMAN PERSEKOLAHAN

Dalam entri sebelum ini saya ada bercerita tentang telah mendaftar dan mula belajar di tingkatan enam di Sekolah KGV, di Seremban. Pada mulanya saya berulang alik dengan bas ke sekolah yang jauhnya lebih kurang 25 km dari kampong saya. Tetapi ia agak meletihkan, jadi saya kemudian memohon dan dapat tinggal di asrama.

MENGAJI AL-QURAN DI ZAMAN 60AN

Seiring dengan bermulanya zaman persekolahan, saya juga mula mengaji Al-Quran. Tetapi cuma dirumah sahaja kerana Apak sendiri yang mengajar kami adik beradik. Apak bukan sahaja mengajar kami adik-beradik tetapi juga beberapa orang lagi anak-anak jiran yang sebaya dengan kami. Ibu-bapa mereka tidak berkesempatan mengajar anak-anak mereka agaknya. Pada satu2 masa terdapat lebih dari 10 orang kanak-kanak mengaji di rumah.