Sunday, April 10, 2011

TAMAT LATIHAN DI UNITED KINGDOM

Pelayaran latihan bersama kapal HMS Intrepid di Laut Meditteranean ini sampai juga ke penghujungnya. Kapal belayar semula ke Portsmouth dan berlabuh untuk selenggaraan. Semua pelatih kemudian kembali melapur ke BRNC, Dartmouth untuk latihan seterusnya sebelum cuti hujung tahun termasuk menyambut cuti Hari Krismas mereka.

Pengalaman belayar dengan kapal dan belajar terus secara praktikal di kapal mengajar kami akan kehidupan sebenar yang akan kami hadapi apabila telah lulus dari kolej tersebut. Walaupun kapal yang bakal kami berkhidmat tidak mungkin sebesar itu, namun ianya cukup memberi pengalaman yang kami perlukan. Pelajaran di kelas selepas  itu amat mudah diterima dan difahami. Kami tidak lama berada di kolej selepas itu, kerana musim cuti telah bermula lagi.

Cuti kali ini kami dijadualkan ke London lagi tetapi, seperti cuti yang lepas, kami sekali lagi diatur untuk tinggal beberapa hari dengan satu lagi keluarga angkat, bagi meraikan musim perayaan mereka. Cukup untuk dinyatakan di sini bahawa perayaan mereka amatlah berbeza dengan kita, namun kami menimba sedikit lagi pengalaman berguna di negara orang terebut. Saya juga buat pertama kalinya memahami mengapa 26hb Disember, sehari selepas Krismas itu dipanggil “Boxing Day”.

 (Gambar hiasan: Beginilah lebih kurang ingatan saya, cuaca semasa menyambut Krismas pada tahun itu)

Selepas bercuti bersama keluarga angkat tersebut dan tinggal beberapa hari di London, kami kembali ke Kolej semula untuk memulakan penggal terakhir di BRNC.  Masa berlalu dengan pantas selepas itu, tambahan pula kami mula menereima surat2 dan perkhabaran dari Malaysia dengan lebih cepat (2/3minggu sahaja), tidak seperti sebelumnya, satu hingga dua bulan untuk menerima berita dari kampong.

Aktiviti di kolej semakin banyak yang menarik terutama dalam sukan dan aktiviti pelayaran di laut. Beberapa rakan dari Malaysia dan Singapura telah terpilih untuk mewakili Kolej dalam acara Badminton dan Bolasepak. Kolej kami menjadi antara pasukan Badminton yang terkuat pada masa itu. Dalam aktiviti pelayaran pula saya telah menganggotai pasukan kapal layar kolej untuk membuat pelayaran menyeberang Selat Inggeris  dari Dartmouth ke Guernsey (lihat peta). 

Latihan "compass march" seperti mana yang telah kami alami di Sg. Besi sebelumnya juga telah dijalankan untuk semua pelatih di sini. Tetapi kali ini ia dilakukan dalam cuaca yang agak sejuk dan di tempat yang amat asing bagi kami, Dartmoor. 



Satu kawasan yang amat luas dan sukar untuk dilalui kerana keadaan muka buminya yang agak berbatu2. Terdapat sebuah penjara yang agak terkenal dibena di sini sejak ratusan tahun sebelumnya dan maih digunakan hingga sekarang. 


Latihan yang amat memenatkan akhirnya dilaksanakan dengan baik,walaupun pasukan kami hampir teresat di kawasan yang amat luas itu (yang mempunyai  keadaan muka bumi yang hampir sama sahaja dan boleh menjadikan kita berpusing pusing di tempat yang sama jika tidak betul membaca peta dan kompas yang dibekalkan.
 

Peperiksaan akhir untuk menilai tahap pemahami kami tentang latihan yang telah dipelajari, diadakan pada akhir penggal. Alhamdulillah, kami semua kedet dari pelbagai negara itu termasuk dari Malaysia lulus dengan baik dan bersedia untuk Perbarian Tamat Latihan dan seterusnya kembali meneruskan latihan di negara maing2 pula. Satu yang agak dikesalkan ialah, semasa perbarisan tamat latihan itu, saya dan beberapa rakan dari Malaysia dan Singapura tidak termasuk dalam kumpulan yang berbaris lalu. Sebaliknya kami terpilih untuk menganggotai Pasukan Kawalan yang mengambil bahagian juga tetapi sebagai pengiring sahaja kepada pelatih-pelatih lain yang tamat kursus itu.


 (Gambar Hiasan)

Sebelum bertolak balik ke Malaysia kami bertemu pula dengan 3 orang lagi kedet baru dari Malaysia, yang baru tiba ke kolej untuk memulakan latihan. Kami sempat juga memberi serba sedikit panduan dan tip-tip untuk “survive” di tempat Mat Salleh ini. Tidak seperti semasa kami baru sampai dulu, tidak ada “senior” menunggu kami kerana kumpulan sebelum kami agak kurang bernasib kerana terpilih menjalani latihan mereka di Singapura (Bah Soon Pah Road, Sembawang). Kami juga akan ke sana untuk menyambung latihan apabila balik ke Malaysia nanti. Untuk pengalaman itu, kena tunggu dalam entri2 seterusnya.

7 comments:

Sally said...

Bila baca kisah PZ, rasa diri ni kecikkkkkk je berbanding dgn pengalaman PZ..itu yg terkadang kelu tanpa komen..

:)

Ismail aka Pak Mail said...

Pak Zabs.

Teruskan Pak Zabs, tak sabar menanti kisah seterusnya.

ZABS said...

Sally: Cerita saya ini cerita biasa yang dilalui oleh hampir semua pegawai TLDM yang lain. Cuma mereka memilih untuk tidak menceritakannya seperti saya..haha. Cerita seorang guru juga tidak kurang berwarna-warninya kan?

ZABS said...

Terima Kasih Pak Mail...InsyaAllah ada panjang lagi perjalanannya...hahaha.

KAMATO said...

Cukup menarik pengalaman pak zab, amat sesuai kalau dapat dibukukan. Saya pernah juga sesekali ke Portsmouth dulu. Tentu pakzab juga biasa singgah di plymouth kan, saya pernah duduk 2 tahun di situ. Ia tak jauh pun dgn Portsmouth dan punya pelabuhan yg menarik.

ZABS said...

Terima Kamato,

Di Plymouth, terdapat sebuah trainning centre untuk menjalankan kursus2 Hydrography di HMS Drake berhamiran dengan pelabuhan itu. Pernah berkursus di sana pada 1977 dan 1981.

zalmanjaecks said...

Las Vegas: Casino, Hotel & Table Games - Dr.MCD
A 충청남도 출장샵 Las Vegas Strip 거제 출장마사지 classic, Las Vegas is alive and 창원 출장샵 well with over 800 of the most popular table games and 제주 출장샵 card 서산 출장마사지 games.