Saturday, April 02, 2011

MENGAJI AL-QURAN DI ZAMAN 60AN

Seiring dengan bermulanya zaman persekolahan, saya juga mula mengaji Al-Quran. Tetapi cuma dirumah sahaja kerana Apak sendiri yang mengajar kami adik beradik. Apak bukan sahaja mengajar kami adik-beradik tetapi juga beberapa orang lagi anak-anak jiran yang sebaya dengan kami. Ibu-bapa mereka tidak berkesempatan mengajar anak-anak mereka agaknya. Pada satu2 masa terdapat lebih dari 10 orang kanak-kanak mengaji di rumah.

Kami mengaji pada waktu malam selepas maghrib sehingga Isya’, setiap malam kecuali malam Jumaat, saya pun tak tahu kenapa ada rehat pada malam Juma’at. Mungkin kerana biasanya pada malam Jumaat, kami akan ke surau untuk membaca surah Yasiin atau ada kenduri, tahlil dan doa selamat di sana.
Tiada apa-apa bayaran dikenakan atas khidmat itu, tetapi setiap kanak-kanak di minta membawa sebotol minyak gas setiap bulan untuk kegunaan memasang lampu gasoline bagi menerangi serambi rumah kami yang “open air” itu. Mana ada bekalan letrik lagi pada masa itu.
Saya dan beberapa rakan sebaya merupakan pelajar pertama kepada Apak. Saya antara yang awal mengkhatam Al-Quran. Setelah khatam sekali saya perlu membaca sekali lagi secara sendirian sehingga khatam lagi sebelum bebas….huhu. Pada masa ini adik2 juga telah mula mengaji dengan membaca muqaddam dahulu. Oleh kerena mereka agak gementar apabila diajar sendiri oleh Apak, saya telah diberi tugas mengajar adik2 yang membaca muqaddam ini.
Pada awalnya, semasa mengajar kami, Apak menyediakan sebatang rotan yang agak panjang, yang boleh mencangkau sehingga satu meter dari tempat duduknya. Nasiblah sesiapa yang datang mengaji tetapi tidak mengaji, dan sempat pula berbisik2 sesama sendiri ketika dia sedang mengajar. Apabila mendapati roti panjang (rotan) ini telah membantutkan semangat sebahagian anak murid yang kurang tajam pemahaman jawinya, Apak telah menukar kepada mengunakan surat kabar pula. Surat khabar Utusan Melayu yang dilanggan setiap hari digunakan sebagai rotan dengan menggulungnya menjadi kecil, untuk tujuan yang sama. Rotan asli itu pula dibiar tergantung dihujung serambi. Pada satu ketika ada adik yang cuba menyorokkannya.
Berkat ajaran dari Apak ini, sehingga sekarang, saya masih boleh membaca dan menulis jawi dengan baik. walaupun dahulunya hanya bersekolah Melayu sehingga darjah empat sahaja. Di sekolah aliran Inggeris pula, tulisan jawi tidak lagi dipentingkan. Alhamdulillah. Al-Fatehah terutamanya untuk Arwah Bapa saya dan semua kaum keluarga yang telah mendahului kita. Aamiiin.
ZAMAN 60AN
Era 60an menyaksikan juga kami (sudah bersekolah menengah masa itu) yang tinggal di kampong turut terbekesan. Di sini apa yang saya maksudkan ialah irama 60an yang sampai sekarang masih diminati. Walaupun ada juga mengikuti perkembangan artis luar Negara seperti the Beatkes, BeeGees, the Carpenters, The Jacksons Five, Donny and Marie dan seumpamanya, tetapi tidaklah terikutkan sangat perkembangannya.
(Gambar Hiasan)
Penyanyi yang masih diingati dan sehingga sekarang menyukai lagunya ialah Jeffrydin, A. Ramli, A. Rahman Hassan, M. Osman, L. Ramli, Hussein Ismail, S. Jibeng, A. Rahman Onn, A. Halim dan ramai lagi. Kugirannya pula termasuklah The Siglap Five, The Rhythm Boys, Orkes Nirwana, Teruna Ria, The Swallows dan banyak lagi. Lagu2 yang masih sedap didengar termasuklah, Oh Fatimah, Peristiwa Diawang2an, Cincin Emas, Ayah Ku Kahwin Lagi dan banyak lagi.
Namun semua ini hanya di dengar melalui radio sahaja. Pada masa tersebut ada satu rancangan radio yang diberi nama “Penyanyi Pilihan Minggu Ini” agaknya. Yang disiarkan pada waktu malam. Biasanya saya akan tidor di rumah kawan pada malam itu untuk bersama2 mendengar rancangan tersebut, yang memutarkan lagu2 pilihan mengikut cartanya melalui undi para pendengar. Itu dah habis enjoy dah tu.

Saya juga teringat pernah membuat gitar sendiri kerana sebagai seorang yang “kidal” susah nak beli (duit pun takda) gitar untuk orang kidal…haha. Walaupun saya sungguh bersemangat membuatnya, tetapi apabila telah siap, bunyinya tidak seperti diharapkan. Minat ini pula tidak dikongsi sama oleh rakan2 yang lain. Rancangan nak menjadi pemuzik, tinggal rancangan sahaja…huhu.
Pada masa itu juga, setiap kali diadakan majlis perkahwinan, akan ada pula acara joget lambak, pada malam berikutnya, rengkasnya orang kampong kata JOGET je. Walaupun dinamakan joget lambak, sebenarnya, ada pentas di sediakan, dan tuan rumah akan memanggil penari2 joget professional…hahaha, dari Seremban, biasanaya. Salah seorang darinya yang selalu dipanggil, akhirnya mendapat peluang berlakon dari arwah P.Ramlee, watak isteri kepada A.R.Tompel dalam filem, DO RE MI.
Acara Joget ini biasanya untuk orang lelaki saje, orang perempuan dan kakan-kanak datang untuk menonton sahaja (ini zaman jahil agama ni). Tapi ada satu ketika, pada ingatan sayalah, ada melihat seorang isteri yang terlalu marah kerana suaminya terlalu kerap sangat naik ke pentas untuk menari, maka dia pun ikut sama, dengan membawa anaknya sekali, memotong tarian suaminya dengan penari jemputan itu…haha. Kalut jadinya sekejap.
Semasa acara joget ini jugalah banyak bakat muda turut menunjukkan bakat menyayi lagu-lagu 60an. Salah seorang dari mereka ialah kawan sekampong yang ada mirip rupa dan suara A. Ramlie, naik menyanyikan lagu2nya, terutamanya Oh Fatimah. Namun betapa gilanya peminat2 dengan penyanyi2 60an ini, saya masih tidak dapat menghatati bakat menyanyi tersebut walaupun mencubanya…suara saya umpama ….. memanggil hujan je…huhuhu. Wallahua'lam.

8 comments:

Azlan Zed said...

OMG! Now i know why i wanna be a rockstar... #LOL

ZABS said...

Aran;

Yolah tu...

Ismail aka Pak Mail said...

Saudara Zabs,

PPMI kalau tak silap saya Penyanyi Pujaan Minggu ini.

Rancangan ini juga menjadi rancangan kegemaran saya waktu persekolahan dahulu.

Pembaca setia.

aNIe said...

Salam Pak Zabs... hahahah...coretan pak zabs ini banyak mengundang kenangan lama saya...

Bapak dulu juga mengajar mengaji budak di kampung...Waktu mengaji ialah selepas Asar.. maka berderet2 lah anak2 murid bapak dtg dan duduk mengikut giliran siapa yang dtg dulu... Bapak mengajar siap rotan ditangan... memang panjang.. siapa yang tak 'menderas' pantas aje rotan itu hingga di peha... takuttt....!

A.Ramlee adalah penyanyi yang paling saya minat... masa tu terasa dia tu hensem sangat...hahahha (tak tau le kat mana hensemnya tu)

Kampung saya pun ada joget lambak... tapi lelaki perempuan pun berjoget... bak kata pak Zabs... itu zaman jahil agama dulu...sekarang dah takde dah...

ZABS said...

Terima kasih Pak Mail,

Tepat sekali maaf, silap saya. Ingatan dah mula nak pergi sikit2...hehehe.

ZABS said...

Setuju Anie...tapi sekarang ni lebih dari joget lambak pulak masih dok ada...huhuhu.

Riz Ardy said...

Setuju ngan kak Anie...walaupun dilahirkan berpuluh2 tahun selepas, tapi kenangan seperti ini sempat juga dilalui masa zaman kanak2. Saya lebih meminati Jefridin dan L Ramlie Teruna Ria, sehingga ke hari ni, al maklum, pakcik sekampung... hehe..
Nostalgia sungguh...
Tapi yang last sekali tu soal panggil hujan tu yang meragukan...hehe. taknak ke cuba try test, hujan turun ke tidak.. hehe

MIA said...

Very interesting indeed, your recollection of the 1960s, especially my radio programme, PPMI.

Thank you so much.

Warm regards,
M.I.A.
Deejay, PPMI, Radio Singapore,
1966-1972.