Tuesday, April 05, 2011

BERMULA LATIHAN DI BRNC, DARTMOUTH

Britannia Royal Naval College, di Dartmouth, U.K, adalah antara kolej latihan untuk pegawai2 Tentera Laut yang tertua di dunia (1863). Satu perasaan bangga timbul jika seseorang itu di kaitkan dengan mendapat latihan di sini….agaknya lah. Saya cuma merasa beruntung kerana telah diberi kesempatan untuk berkursus di sana bersama 6 lagi rakan TLDM yang lain. Ia satu kebetulan, berada ditempat yang betul, pada masa yang betul.

April 1973 merupakan tahun bersejarah, bagi saya kerana buat pertama kali menaiki kapal terbang, untuk satu perjalanan yang jauh bagi mengikuti kursus selama se tahun di BRNC, Dartmouth ini. Namun begitu banyak persiapan yang perlu dilakukan sebelum terbang ke sana, termasuklah menempah semua keperluan pakaian seragam untuk dipakai di sana, membeli pakaian musim sejok, passport, visa dan seumpamanya. Kami juga diberi cuti untuk bersama keluarga sebelum berangkat.

Kenangan tentang penerbangan ke UK ini agak “blur” sedikit. Seingat saya, kami menaiki penerbangan Malaysia Singapore Airlines agaknya pada masa itu, penerbangan terus ke London. Di London (pengalaman di London akan di tulis dalam entri yang lain nanti), kami ditunggu di Lapangan Terbang Heathrow oleh seorang wakil dari kedutaan yang merupakan seorang anggota TLDM yang bertugas di sana (beliau juga seorang anak Rembau, rupanya). Kami tinggal di London beberapa hari sebelum meneruskan perjalanan dengan keretapi pula, ke Dartmouth. Sytesen keretapi terdekat ialah di Torquay. Ada bus menunggu di sana, untuk membawa kami ke Kolej tersebut.
Di Kolej kami di kumpulkan di dalam satu kelas Antarabangsa, bersama dengan pegawai2 kedet dari Singapura (5), Pakistan (2), Bangladesh (1) dan Jamaica (1). Terdapat satu lagi kelas Antarabangsa, yang semuanya terdiri dari pegawai2 kedet dari Iran (lebih sepuluh orang semuanya). Mereka berada di kelas yang lain kerana, mungkin pemahanan bahasa Inggeris mereka agak kurang.
Pada masa itu Shah Iran masih berkuasa dan ada beberapa kerabatnya di dalam kumpulan itu. Tak tahu apa terjadi pada mereka apabila Shah di gulingkan. Kedet2 dari Iran ini terlalu mewah dan kami dapati tidak berapa kisah tentang latihan yang diberikan. Walaupun mereka sepatutnya tinggal di kolej, mereka juga ada menyewa rumah di luar, dan mereka akan keluar selepas waktu kerja untuk tidor di sana, walaupun selalu diberi amaran untuk tidak bermalam di luar.
Tempat kediaman di kolej ini juga terbahagi kepada 5 bahagian/divisyen (Hawke, Cunningham, St. Vincent, Blake dan Jericho), dan kami diletak di divisyen berasingan kecuali dua kawan diletak bersama di Blake Division. Saya pula ditempatkan di St. Vincent Division (warna rasminya Purple!!!). Bermulalah hidup kami sebagai seorang pelatih di kolej tersebut.
Kursus kami di bahagikan kepada tiga penggal (empat setiap satu) dengan cuti di antaranya. Di penggal pertama kami pada keseluruhan berada di dalam kelas, untuk sessi pembelajaran dalam segala aspek tentang “naval subjects” dan kemahiran asas seperti membawa bot, berenang berkawad dan seumpamanya. Ini agak mudah bagi kami kerana telah didedahkan serba sedikit semasa di Sg. Besi, terutamanya berkawad dan berenang (kecuali kawan yang sorang tu).
Kemahiran mengendalikan beberapa jenis bot yang telah ditetapkan seperti bot layar, “cutter” dan “workboat”, perlu diambil dengan serious, kerana ia adalah passport untuk mendapat kebenaran keluar dari kolej semasa hujung minggu. Selagi tidak, lulus semua ujian itu, kami tidak boleh meninggalkan kolej. Kemahiran berenang juga perlu untuk tujuan tersebut, tetapi kami semua lulus dengan cepat kecuali kawan yang tidak boleh tenggelam itu. Dia hanya diluluskan atas dasar simpati, kerana memang agak mustahil untuk beliau “menenggelamkan” dirinya.
Di segi berkawad pula, kami memang telah mempunyai reputasi yang baik, termasuk juga rakan dari Singapura itu. Biasanya jika ada sesuatu acara yang memerlukan anggota kawalan, kami semua akan menjadi pilihan dahulu.
Kehidupan semasa di Kolej ini agak selesa, namun beberapa masalah yang mungkin tidak sesuai diceritakan di sini, terutama dari segi pemakanan dan sebagainya…lebih baik ia disimpan dilipatan sejarah saya sahaja. Penggal pertama ini berakhir dengan baik dan kami diberi cuti musim panas sebelum mengikuti latihan penggal kedua di atas kapal HMS INTREPID, yang kami dijadual menaikinya di Portsmouth.
Sebelum itu, semasa bercuti selama dua minggu, kami semua telah diberi peluang untuk tinggal bersama keluarga angkat, di bawah rancangan "foster parent" yang di aturkan oleh pihak kolej. Saya bersama seorang lagi kawan telah di atur untuk tinggal bersama satu keluarga di Edinburgh, Scotland. Saya akan ceritakan pengalaman ini pada entri akan datang. InsyaAllah.

6 comments:

Al-Manar said...

Salaam

Rasa seronok trjumpa blog sdr, dari peringkat hampir sebaya dengan saya. Yang saya suka sekali ialah membaca cerita2 lama sdr di UK. Terkenang tempat2 lama yang saya lawat hampir 20 tahun terlebih awal. Kenangan lama amat menyait hati.

Teringat saya sewaktu persekolahan saya ada kawan prn-pal masa itu yang tinggal di Plymouth. Silap eja Tourqay - Torquay!

Riz Ardy said...

'Purple'? Mesti ada yang suka tu...hehe
terkujat sekejap bila baca, Kolej Latihan Pegawai Tentera Laut tertua, ingatkan mereka cuma melatih pegawai yang tua aje.... hehe
Lagi satu, Kurus yang membahagiakan... hehe.
"menenggelamkan" tu maksudnya apa?
April 1973, dah ada awek dah ke masa tu? hehe. 5tahun sebelum Dec1978..
Nak tahu gak pengalaman yang tak best masa kat situ...hehehe

ZABS said...

Salam Tuan (Al-Manar),

Saya cuma menuylis apa yang teringat pada saya semasa menulis itu. Tidak berapa membuat persediasan. Dari kenangan yang telah lama ini saja (hampir 60 dah)....hahaha.
TK juga atas pembetulan ejaan Torquay it. Pernah berkursus di Plymouth dua kali...akan tuliskan nanti2.

ZABS said...

Terima kasih Riza, ada banyak kesilapan taipan, yang perlu anda betulkan ok!

Dia tidak boleh menyelam langsung, asyik nak timbul je, boleh buat pelampong kot?

Itu yang pertama je, tak lama. Akan disentuh sedikit seritanya nanti.

Tak best kan?...tentunya tak best nak cerita..huhu.

Unknown said...

cerita tuan mengingatkan saya kepada sepupu saya yang pernah berkursus di bnrc lebih kurang tahun yang dinyatakan oleh tuan. mungkin tuan kenal mohd ali hussein dari kelantan yang kini menetap di sarawak.

ZABS said...

Salam Saudara Zamzuri,

Kumpulan saya ada tiga orang Melayu sahaja, 2 China dan sorang India. Tuan Mohd Ali bukan salah seorang darinya. Selepas kumpulan kami ada satu lagi kumpulan, tiga orang semuanya, tiada juga sepupu tuan itu. Mungkin kumpulan sebelum saya agaknya, tetapi saya tidak tahu nama2 mereka.