Thursday, April 21, 2011

KURSUS-KURSUS HIDROGRAFI (1)

Hydrographic survey is the science of measurement and description of features which affect maritime navigation, marine construction, dredging, offshore oil exploration/drilling and related disciplines. Strong emphasis is placed on soundings, shorelines, tides, currents, sea floor and submerged obstructions that relate to the previously mentioned activities. The term Hydrography is sometimes used synonymously to describe Maritime Cartography, which in the final stages of the hydrographic process uses the raw data collected through hydrographic survey into information usable by the end user.”


Apabila saya telah memutuskan untuk memilih hidrografi sebagai kepakaran, saya tidak menoleh ke belakang lagi. Saya tekad menjadikannya sebagai satu2nya matlamat saya di dalam TLDM, dan ingin menjadi yang terbaik. Niat yang baik ini beserta dengan peluang2 yang telah diberikan, akhirnya saya telah mencapai apa yang saya cita2kan. Berikut adalah beberapa kursus hidrografi yang telah saya hadiri dan pengalaman kerja yang telah saya perolehi dengannya.

Kursus pertama saya di bidang hidrografi bermula dengan kursus Basic Hydrographic Survey selama 3 bulan di HMS Drake, di Plymouth, UK. Saya bersama dua lagi kawan dari TLDM dihantar untuk mengikuti kursus ini mulai Jun hingga Sep 1977. Kursus ini juga dihadiri sama oleh beberapa orang lagi peserta dari negara2 Eropah. Kursus asas ini berjalan dengan memuaskan termasuk melakukan kerja2 pengukuran secara amali di Plymouth Sound. Pengukuran secara praktikal ini masih menggunakan sextant untuk menentukan kedudukan bot. Pada masa itu peralatan electronic masih belum berapa banyak digunakan. Komputer pun masih besar2 dan amat jarang digunakan. Dua rakan saya itu tidak lama di dalam Jabatanarah Hidrografi, kerana setahun kemudian mereka telah bertukar ke Jabatanarah lain pula. Saya berterusan ditugaskan di kapal2 hidrografi sehingga bersara.

Dua tahun kemudian, pada Mei 79 saya dihantar pula ke Jepun untuk berkursus di bawah Rancangan Colombo. The Colombo Plan is a regional organization that embodies the concept of collective inter-governmental effort to strengthen economic and social development of member countries in the Asia-Pacific Region. The primary focus of all Colombo Plan activities is on human resources development. History The organization was born out of a Commonwealth Conference of Foreign Ministers, held in Colombo, Ceylon (now Sri Lanka), in January 1950. At this meeting, a was established to provide a framework within which international cooperation efforts could be promoted to raise then standards of people in the region. Originally conceived as lasting for a period of six years, the Colombo Plan was extended several times until 1980, when it was extended indefinitely. Initially it was called the Colombo Plan for Cooperative Economic Development in South and Southeast Asia.

Kursus ini, Group Traininhg in Hydrographic Survey dijalankan di Tokyo dari Mei hingga Nov 1979. Kursus ini telah dihadiri oleh peserta dari banyak negara Asia eperti di dalam gambar. Pada keseluruhannya kursus ini diajar dalam bahasa Jepun (walaupun kami semua tak faham bahasanya) dengan terjemahan dari co-ordinator yang ditugaskan mengikut kami setiap masa. Kami ditempatkan di  Tokyo International Center, di Ichigaya  pada masa itu. Tempat lengkap dengan emua keperluan untuk berkuru, tempat tinggal, makan dan ebagainya. Tetapi tempat kursus kami di Pejabat Hidrografi mereka di Higashi Ginza, dan perlu menaiki keteapi untuk ke sana setiap hari. Semasa berkursus ini kami telah pergi ke Hokkaido untuk latihan dan juga menaikki kapal ukur mereka, melakukan pengukuran di laut. Di akhir kuru kami di bawa melancong untuk melihat tempat2 menarik di sana seperti, Hirohima, Nagasaki, Kyoto dan beberapa tempat lagi yang saya sudah lupa.


Pada 1980, saya sekali lagi, berkursus di Jepun. Kali ini untuk kursus Aids to Navigation, selamat 3 bulan. Kursus ini sedikit berlainan dari bidang hidrografi, tetapi sesuatu yang juga diperlukan untuk melengkapkan pengetahuan saya tentang peralatan bantuan panduarah dan pelayaran kapal. 

Terdapat beberapa kursus lagi yang telah saya hadiri dan akan ditulis di entri seterusnya. InsyaAllah.

Link berikut juga adalah tulisan saya untuk mengingat kenangan semasa berkursus di Jepun itu, yang mungkin boleh menarik minat tuan-tuan untuk membacanya.

http://zainulabs.blogspot.com/2009/04/macam-orang-jepun.html

Tuan-tuan juga boleh ke link di bawah untuk membaca lebih lagi tentang hydrographic survey. Salam.

http://www.facebook.com/pages/Impian-Hydrographic-Services-Sdn-Bhd/163779873644180

6 comments:

Krafdunia Design said...

menarik..

Riz Ardy said...

I like. Dah mula faham sikit2. tapi belum jelas.... hehe. Hari tu cerita, masih blur...

aNIe said...

Salam Pak Zabs... banyak tempat yg pak Zabs pergi ...macam2 kursus pulak tu...

ZABS said...

Nah: Cerita orang lama je...hahaha.

Riz: Baca lagi artikel2 lain untuk lebih faham.

Anie: Terima kepada kerajaan Malaysia dan TLDM khasnya....hahaha.

Suria Klang said...

Pak Zabs macam bagi ceramah kerjaya...hehehe. Thanks for the info...baru le paham....

ZABS said...

Suria,

Ramai yang tak pernah dengar bidang hidrografi ni...tu yang rasa perlu nak buat ceramah kerjaya tu..hahaha.