Friday, April 29, 2011

KENANGAN BERSAMA KD PERANTAU (2)

Kenangan seterusnya di KD Perantau (KDP), saya buat pertama kalinya telah dapat melawat ke negara jiran kita, Indonesia. Pada masa itu, kapal2 TLDM, setiap tahun akan dibenarkan sekali, untuk beristirehat ke pelabuhan2 negara jiran yang terdekat, apabila selesai sesuatu tugas. Tetapi ia perlu terlebih dahulu mendapat kebenaran dari Markas Operasi TLDM, untuk tujuan tersebut. Kapal KDP pada masa itu baru sahaja selesai tugas pengukuran di perairan Melaka agaknya, dan kapal telah memohon dan dibenarkan untuk masuk beristirehat di Medan, Sumatera.



Kebenaran ini disambut baik oleh semua warga kapal yang mungkin mempunyai berbagai agenda tersendiri untuk ke sana. Kami semua mengambil kesempatan untuk melawat dan menikmati  keindahan pekan Medan dan ke Danau Toba sebuah lagi tempat tarikan pelancong di Sumatera itu. Bandar Medan pada masa itu belum berapa maju lagi, tetapi tarikan pada waktu malamnya agak menarik dan telah mendahulkui waktunya.

 
Di Medan jugalah kami semua hampir memakan kaki "kodok" yang direkomenkan oleh rakan dari TNI-AL yang meneman kami untuk makan2, sebagai enak untuk pembuka selera, semasa mula sampai di sana. Hanya setelah di tanya dengan lebih jelas lagi barulah ianya tidak dijadikan menu pilihan kami pada malam itu.

Semasa di Medan ini juga terdapat beberapa rakan yang telah berkeluarga mengambil cuti untuk bermalam diluar, kerana agak jauh untuk berulang alik dari kapal ke bandar Medan dari pelabuhan tempat kapal merapat. CO pun tidak menghalang kerana beliau pun turut tiada di kapal sepanjang 3 hari kapal berada di sana. Namun sesuatu yang pelik berlaku apabila kapal telah balik ke Woodlands, rakan2 yang telah bercuti di Medan ini, dengan sukarela mengambil alih bertugas di kapal untuk beberapa hari. Rupa2nya ada tanda gigitan "nyamuk" di leher yang masih kelihatan, dan perlu dihilangkan dahulu sebelum boleh balik ke rumah...huhuhu.

Semasa di KD Perantau juga, kami mempunyai seorang steward (yang menjaga makan minum kami), yang agak kreatif dan rajin. Setiap kali belayar kami akan sentiasa mendapat makanan extra dari yang dibekalkan. Steward ini akan mengumpulkan sedikit wang dari setiap pegawai untuk membeli bahan2 makanan untuk di masak sebagai menu tambahan setiap hari. Beliau juga ada membawa bersama bahan2 lain seperti burger dan sebagainya, untuk jualan, jika ada sesiapa lagi yang masih lapar pada waktu malam. Anggota ini apabila telah bersara dari TLDM, telah menjadi seorang pengusaha gerai makanan pada mulanya dan kini menjadi katerer yang berjaya, terutamanya dalam menyediakan pakej makanan bagi majlis2 perkahwinan anak-anak anggota TLDM.


Kenangan yang terakhir ini mungkin menyentuh peribadi seseorang individu itu, tetapi untuk kebaikan ia perlu saya ceritakan di sini untuk dijadikan tauladan. Semua kita pernah berbuat kesilapan dan ia akan membuat kita berubah untuk kebaikan. Ia berlaku semasa kapal sedang menjalani kerja2 baik pulih di limbungan VTU, di Singapura. Kerja senggaran yang lama di limbungan ini membuatkan anak2 kapal yang bertuags tidak ada aktiviti yang mereka boleh lakukan.



Akhirnya ada yang secara sembunyi2 telah bermain "terup" sesama mereka. Ini saya ketahui, apabila pada suatu hari, seorang anggota kapal yang  di bawah jagaan saya, datang untuk meminjam wang. Tanpa ditanya dia telah memberitahu bahawa semua wangnya yang ada telah habis kalah dalam permainan tersebut. Yang menyedihkan pula ialah wang tersebut adalah pemberian dari isterinya untuk tujuan membeli barang2 keperluan dapur serta susu untuk anaknya. Saya tiada pilihan lagi pada masa itu, selain dari memberi nya pinjaman itu, dan juga sedikit khidmat nasihat. Mungkin selepas itu beliau telah serik untuk bermain lagi. Namun tidaklah saya ketahui keadaannya, kerana beliau tidak lagi bertugas bersama di kapal lain yang saya ditugaskan. Wallahua'lam.

ps: Gambar2 adalah dari internet dan sebagai hiasan sahaja.

13 comments:

aNIe said...

Salam Pak Zabs.. nak tergelak pun ada pasal 'gigitan nyamuk' tu... pandai jugak akal diorang ye.

Kelmarin saya ada bertemu dengan kawan suami yang pernah bekerja Navy... katanya semua orang buat silap... jadi dia ceritalah semasa menjadi Navy dulu... dia pernah menegok air syaitan tu... tapi itu dulu katanya... masa jahil agama...

Mungkin kebosanan dan tiada aktiviti yang patut dilakukan membuatkan mereka melakukan sesuatu yang tidak sepatutnya.

ZABS said...

Salam Anie,

Memang banyak keterlanjuran yang telah dilakukan dan mungkin masih ada berlaku, tetapi apabila menyedari kesilapan itu dan cepat menyesal dan bertaubat sebaiknya, InsyaAllah semoga diampunkan.
Yang penting bukan apa yang kita telah buat pada masa lalu tetapi apa pengakhirannya hidup kita...tak gitu Anie?
Juga jika kita telah bertaubat lebih baik ia tidak diceritakan lagi, takut nanti kita ada sedikit rasa bangga pula dengan kejahilan kita itu. Wallahua'lam.

Ismail aka Pak Mail said...

Setuju dengan pendapat tuan, sebaik-baiknya perlakuan maksiat yang merupakan aib itu tidak diceritakan kembali kerana pada dasarnya Allah s.w.t telah menutup aib kita maka mengapa pula kita harus membukanya sendiri.

ZABS said...

Salam Pak Mail,

Semoga Allah terus tutup semua aib yang telah kita semua lakukan dan mengampunkan kita semua. InsyaAllah.

Riz Ardy said...

Salam abg, pak mail dan kak Anie....
Cerita ni semakin hebat. Terasa macam saya pulak berada dalam KD Perantau tu. Sebelum ni dengan dalam TV dan baca dalam paper aje. Sekarang ni saya dibawa dalam kapal tu sekali... Pengalaman yang tak boleh dibeli di mana2... tunggu nak baca yang seterusnya...

ZABS said...

Salam Riz,

Baik nya promo ni. Nanti anda boleh tolong sensasikan lagi cerita ni ok!

Riz Ardy said...

Bkn promo, itu reality...hehe. Saya takleh bantu nak sensasikan cerita ni, sbb ini kesah benar...haha..

zino said...

saya pernah naik KD lekhir di lumut.. masa tu kawan zino pegawai perang kapal tu... dia tunjukkan bilik dia dalam tu.. leka berbual sampai hampir tertinggal bas penat berlari mengejar bas yg dah bergerak hehe

ZABS said...

Salam Zino,

Ada banyak jawatan pegawai perang ni. Pegawai Persenjataan, Pegawai Peperangan Bawah Permukaan, Pegawai Peperangan Atas Permukaan, Pegawai Torpedo Anti Kapal Selam dan sebagainya.
Kapal KD Lekir antara yang tercanggih pada masa itu agaknya ye?. Baru sampai dari luar negeri.
Tentu masa tu belum ada hp untuk panggil driver tu kan?

wan nazarudin said...

Best la cerita ni.. terasa rugi lah pulak. Seumur hidup tak pernah lagi belayar dalam kapal. Teringin la! Pls write more.

Wan Nazarudin

ZABS said...

Salam Wan,

InsyaAllah akan tulis sedikit2 untuk kenangan bersama....hahaha.

akew_gadis said...

salam.. harap dpt tulis lg banyk... masih kat KD perantau ke..? :)) u givs such a input for us... tq

Neddy Nasir said...

cerita tentang KD.perantau mengimbas kembali kenangan saya dan arwah ayah yang pernah menjadi pegawai pemerintah. harap dapat tulis lagi ya tentang kapal ini.