Monday, April 25, 2011

KD SRI LANGKAWI DALAM KENANGAN

Sebelum saya menyambung entri berhubung kursus-kursus hidrografi lain yang telah saya hadiri, saya ingin menulis sedikit tentang satu2 nya kapal TLDM selain kapal hidrografi yang saya telah ditugaskan setelah ditauliahkan sebagai pegawai.

Kapal itu ialah KD SRI LANGKAWI, sebuah kapal jenis Landing Ship Tank (LST). Saya ditukarkan ke kapal ini selama lebih kurang setahun sahaja, pada 1977/78. Kapal ini agak besar dan  mempunyai ramai pegawai dari berbagai kaum, 1Malaysia gitu. Pada mulanya saya ditukarkan ke kapal ini sebagai Pegawai Persenjataan, walaupun tak banyak mana senjata yang ada di kapal, tetapi memandangkan saya mempunyai kepakaran di bidang hidrografi dan lebih sesuai untuk tugas sebagai Pegawai Panduarah, maka CO telah menyerahkan tugas tersebut kepada saya.
(Ini gambar USS Hunterdon yang kemudiannya telah ditukarkan kepada KD SRI LANGKAWI dan menggunakn no 1500)

Semasa di kapal ini ada beberapa perkara menarik berlaku yang selalu menjadi ingatan kepada saya. Pada tahun tersebut, bandar Kucing telah terpilih sebagai tempat untuk diadakan Jambori Pengakap bagi seluruh Malaysia, dan kapal ini telah ditugaskan bersama satu lagi kapal TLDM, untuk menghantar dan membawa balik pengakap-pengakap dari Semenanjung ke Kucing, ribuan jugalah jumlahnya. Tiada masalah sebenarnya untuk tugas tersebut kerana kapal ini memang mempunyai ruang yang luas untuk tujuan pengangkutan tersebut, walaupun kurang selesa tetapi lebih baik dari kapal2 lain yang ada di dalam TLDM pada masa itu. 

Namun begitu, laut memang tidak selalunya tenang. Semasa dalam perjalanan balik, setelah selesai Jambori, membawa pengakap2 tersebut dari Kucing pada hari terakhirnya, satu kemalangan telah berlaku semasa kapal telah hampir keluar dari muara Sungai Sarawak. Seorang pengakap telah melompat ke laut dari bahagian buritan kapal. Walaupun petugas kapal telah bertindak cepat dengan mencampakkan pelampung keselamatan kepadanya, tetapi beliau tidak cuba mencapainya. Ketinggian dek atas itu dari paras air adalah lebih kurang 40 kaki agaknya dan berkemungkinan beliau telah pengsan semasa terjatuh, kerana mengikut saksi yang melihat kejadian itu, beliau terjatuh dengan muka dahulu mencecah air. Wallahua'lam.

Oleh kerana kedalaman air dan ruang yang terhad di muara sungai, kapal tidak dapat berhenti pada masa itu. Sebaliknya kapal berusaha menurunkan bot penyelamat untuk mencari mangsa yang terjatuh dengan secepatnya Usaha ini juga tidak berhasil kerana arus yang agak kuat pada masa itu, kerana air sedang surut dan ditambah dengan arus sungai yang mengakir ke laut. Mangsa mungkin telah dihanyutkan jauh dari kawasan dia terjatuh. Kapal akhirnya menghentikan usaha mencari dan menyelamat itu, kerana perlu belayar menghantar pengakap balik ke Semenanjung. Tugas mencari itu kemudiannya diteruskan oleh beberapa kapal ronda yang ada di sekitar kawasan itu. Akhirnya setelah 2/3 hari mencari, mayat pengakap malang itu telah dijumpai lebih 7 batu notika dari kawasan kemalangan tersebut. Semoga rohnya ditempatkan bersama roh orang2 yang beriman.


Kapal ini yang mempunyai dek atasnya yang agak luas, menjadikan ia amat sesuai untuk berriadah semasa kapal berada di laut.  Salah satu aktiviti yang agak popular dilakukan pada masa itui, ialah permainan hoki geladak (deck hockey). Kayu hoki yang digunakan tidaklah sama seperti  kayu hoki biasa tetapi lebih rengan dan  bahagian bawahnya sedikit panjang dari biasa. Tiang gol yang digunakan juga agak kecil. Malah lebih  kecil dari gol untuk permainan futsal  (yang belum ada lagi pada masa itu. Bola yang digunakan pula berbentuk seperti donut dan dibuat dari tali yang diikatkan. Jika keadaan cuaca baik, permainan  ini, boleh dimainkan setiap hari walaupiun kapal dalam pelayaran.

Pelayaran terakhir saya bersama kapal ini ialah untuk kunjungan muhibbah ke Indonesia. Kapal ini bersama beberapa lagi kapal TLDM yang lain, membuat kunjungan persahabatan ke Jakarta, Indonesia. Semasa dalam perjalanan ini pula kapal telah melintasi Garisan Katullistiwa, di mana biasanya semasa melalui Garisan ini, setiap kapal akan mengadakan "ceremony" tertentu semasa berada di Garisan itu. Tuan-tuan boleh baca berkenaannya di sini...

http://en.wikipedia.org/wiki/Line-crossing_ceremony

Sebenarnya  kami tidaklah mempercayainya, tetapi sebagai menghilangkan kebosanan dalam perjalanan jauh itu, "ceremony" ini telah sedikit sebanyak menghiburkan juga warga kapal pada masa tersebut.


Semasa di Jakarta, beberapa pegawai kapal kemudiannya telah terlibat dalam latihan kerjasama bersama pegawai2 Tentera Nasional Indonesia Angkatan Laut di Pusat Latihan mereka yang terletak berhampiran Jakarta itu. Latihan "wargame" ini bertujuan untuk melihat bagaimana kerjasama antara dua negara ini dapat dipertingkastan lagi untuk  lebih berkesan, bagi keselamatan kedua negara. Semasa ada kelapangan kami juga tidak melepaskan peluang untuk meninjau Bandaraya Jakarta tersebut, baik pada waktu siang mahupun pada malam harinya.
 
Tugas saya di kapal ini berakhir selepas kapal kembali ke Woodlands, dan saya seterusnya bertugas di KD MUTIARA (kapal ukur hidrografi yang berwarna PUTIH, bukan grey,seperti warna kapal2 perang yang lainnya).

ps: Gambar ihsan dari internet.

10 comments:

Riz Ardy said...

Salam abg,
Kapal tu masih beroperasi kah?

Suria Klang said...

Pak Zabs, agaknya masih boleh bawa kapal lagi x? Teringin sungguh nak naik kapal....belayar2 di tengah lautan......mesti best....

Ismail aka Pak Mail said...

Saya pernah juga bermain deck hockey. Bukan di kapal, tapi di 'drill shed' KD Malaya, Woodlands.

ZABS said...

Riz: Tidak lagi agaknya. Saya sudah kurang mengikuti perkembangan TLDM sekarang. Apa yang dibaca di s/khabar je skrg.

ZABS said...

Suria: Masih boleh...macam bawa kereta gak..walaupun dah lama tak bawa, masih ada skill lagi. Cuma kapalnya je takda. Kalau Suria nak beli "yatch" nanti, beritahu saya, boleh saya test drive kan......hahaha.

ZABS said...

Pak Mail,
Ye, ada tournament lagi kan, kat sana?
Game ini antara kegemaran saya...sekarang tak larat lagi dah, pinggang dah tak boleh nak bengkok selalu...haha.

hanafi said...

siapa co kdsl masa ni pak zabs

ZABS said...

Hanafi,

Kdr Lam Ah Lek.

Kepten Ramli Kardi said...

Saya adalah crew kapal ini semasa tragedi pengakap terjun di laut...i was only an ABRP..at that time..still remember wayang pacak @ helideck

Unknown said...

Peristiwa yang tak dapat dilupakan.CO Kdr Daud..belayar dari Hong Kong balik ke Malaysia dalam keadaan cuaca amat buruk. Dilanda ribut tayfon. Kapal bergerak 3 knot. Akhirnya sampai juga ke MBJ dengan selamat thn 1972.