Sunday, April 03, 2011

IMPIAN MENJADI KENYATAAN

Seperti yang dijangkakan, saya terpilih untuk mengikuti latihan kedet pada awal 1973. Keputusannya hanya diterima dua minggu sebelum latihan bermula. Ini bermakna saya perlu memberi notis 24 jam untuk berhenti dari Felda. Ia juga memerlukan saya membayar sebulan gaji sebelum dapat boleh diluluskan. Terima kasih kepada seorang kawan yang telah mendahulukan sebulan gaji itu, kerana saya kesesakan pada masa tersebut.



(Gambar Hiasan)
Akhirnya apa yang ditunggu telah tiba, saya ke Sungai Besi, untuk memulakan latihan di Pusat Latihan Pegawai Kedet, Sungai Besi, pada bulan Januari 1973. Kami berenam dalam kumpulan itu, termasuklah seorang kedet yang telah tercicir dari kumpulan sebelumnya. Kehadirannya di dalam kumpulan kami memudahkan sedikit tugas kami, kerana sedikit pengalaman yang ada padanya dapat dimanfaatkan. Sebenarnya agak banyak juga bantuan kami dapat dari kawan itu.
Tugas pertama jurulatih di Kem ini adalah untuk menentukan semua pelatih merasa rendah diri agar mudah menerima arahan. Ia diperolehi secara tidak langsung dengan mengunting rambut kami nsependek2nya. Anda akan ketawa keras perut jika melihat rambut kami yang agak panjang ketika datang melapor, menjadi hampir botak setelah digunting. Semua orang memandang antara satu dengan yang lain seolah2 tidak percaya dengan apa yang kami telah alami dan apa lagi kejutan yang akan diterima. Kami semua pula nampak serupa sahaja sekarang, kecuali tinggi atau rendah.
Pada kebiasaannya Latihan pegawai kedet TLDM, dijalankan di Sebatang Karah, Port Dickson selama 6 bulan, bukan terus ke Sungai Besi seperti dengan kumpulan kami ini. Perbezaan ini rupanya adalah untuk menyediakan kumpulan kami terlebih dahulu, sebelum dihantar menjalani latihan ke UK. Semua orang nampak teruja dengan prospek itu, sehinggalah bermulanya latihan berat yang akan kami lalui.
Kumpulan kami berada di Sungai Besi selama 3 bulan, tiga bulan yang penuh dengan latihan kawad, latihan jasmani dan juga akademik. Disiplin ketenteraan yang ketat cuba diterapkan dalam masa sesingkat itu, bukan sahaja oleh jurulatih kami tetapi juga oleh pegawai-pegawai kedet senior (dari Tentera Darat) yang turut menjalani latihan di sana. "Penderaan" fizikal memang tidak dapat dielakkan lagi, sedikit kesalahan pun akan perlu dibayar dengan "pumping" 10/20 kali dari abang senior. Sesuatu yang sering berlaku ialah arahan untuk "change parade" jika di dapati tidak berpakaian seragam yang kemas. Bayangkan terpaksa bertukar pakaian seragam dalam masa 10 minit dengan terpaksa pula menuruni dan naik 149 mata tangga untuk ke bilik...tetapi badan masih muda dan tentunya semua dapat dilakukan. Jika sekarang dilakukan juga, boleh pengsan atas tangga tu.
Aturcara harian adalah lebih kurang seperti berikut, setiap hari kecuali Sabtu dan Ahad; Setiap pagi seawal 5.30 pagi kami telah dikejutkan untuk bersedia menjalani latihan jasmani pada jam 6 pagi. Dengan memakai seluar pendek biru, dan t-shirt merah, kami bersenam selama satu jam. Selepas itu , mandi dan sarapan, kami diajar berkawad pula selama dua jam…. ya, di bawah panas matahari itu. Kemudian berehat sementara dan masuk mula ke kelas untuk pelajaran akademik dan ketenteraan, sehingga petang, dengan rehat untuk makan di antaranya. Pada sebelah petang pula selepas minum, latihan jasmani lagi, dengan kali ini kami berlari sambil memikul batang kayu sebesar 8 kaki diameter, sepanjang 8 kaki, mengelilingi kawasan kem itu, beramai2. Latihan jasmani petang mengambil masa selama satu jam juga.
Selepas makan malam ada pula “prep” untuk persediaan pelajaran esoknya. Sebelum tidor perlu pula menyediakan pakaian untuk dipakai esoknya. Ini termasuklah menggosok pakaian seragam, mengilatkan but untuk di pakai semasa latihan kawad, kasut putih untuk ke kelas dan pakaian untuk latihan jasmani dan bersukan.
Seminggu sekali pula kami akan di bawa untuk latihan menembak, satu2nya aktiviti yang memekakkan telinga, dan bukan minat saya. Kami diajar cara menembak dengan beberapa jenis senjata yang ada dalam simpanan ATM, dan juga cara membersih dan membuka dan memasang semula senjata2 tersebut. Ini semuanya tiada masalah, sehinggalah latihan menembak diadakan. Pernah satu ketika ketika mula2 berlatih menembak ke target yang disediakan, jurulatih menjadi marah. Ini adalah kerana, bukan target yang menjadi sasaran, tetapi bekas gum yang digunakan untuk menampal lubang di target pula yang menjadi sasaran…huahaha. Masa tu merasalah hentakan mesra “butt” SLR ke dada. “Terima kasih Chief”.
(Gambar Hiasan: Bot yang kami gunakan amat lain dari yang ditunjukkan).
Kami juga dibawa ke tasik untuk latihan pelayaran, menggunakan perahu layar dan bot berinjin. Seminggu sekali juga kami di bawa untuk menjalani latihan renang. Inilah juga acara yang selalunya kami tunggu, kerana latihan berenang ini diadakan di kolam renang di Kementah. Kami akan ke sana dengan bas dan biasanya saya akan berpeluang berjumpa rakan yang bekerja di Kementah itu.
Latihan renang ini, merupakan satu keperluan bagi setiap pegawai TLDM. Ia perlu dilakukan dengan baik kerana akan ada ujian yang perlu diambil pada penghujung latihan. Ujian itu termasuklah berenang beberapa “lap” (lupa berapa banyak), dengan memakai “overall” , kemudian berapung selama lima minit dan kemudian terus menyelam untuk mengambil bata yang terletak di dasar kolam (6 kaki). Semasa mula latihan itu, separuh dari kami tidak dapat melakukannya, tetapi pada hujung kursus, hanya tinggal seorang sahaja yang gagal kerana dia memang tidak boleh menyelam. Ini menyulitkan dia semasa kami berkursus di UK selepas itu.
Satu lagi yang selalu kami nanti2kan ialah kebenaran untuk keluar ke bandar setiap hujung minggu. Bagi yang belum ada rakanita, mereka akan keluar ke bandar untuk membeli barang2 keperluan sahaja dan akan balik ke kem lebih awal. Bagi yang sudah ada buah hati, akan siap membawa pakaian persalinan setiap kali keluar ke bandar, kerana malulah nak berdating dengan memakai seluar hitam berbaju putih (planter’s order) dan bertie pulak.
Tiga bulan dirasakan berlalu dengan cepat kerana, masa kami sentiasa penuh dengan aktiviti jasmani dan pembelajaran. Namun kami masih mahu ianya cepat berakhir agar cepat pula dapat ke luar negara. Akhirnya "seksaan” di Pusat Latihan ini berakhir juga sudahnya. Pada penghujung Mach 1973 kami dengan rasminya dimaklumkan akan dihantar ke UK pada April, untuk latihan kedet selama setahun. Alhamdulillah. Syukur.

18 comments:

Ismail aka Pak Mail said...

Pak Zabs,

Bilakah latihan kedet TLDM bermula di Bah Soon Pah Road di Singapura.

aNIe said...

Salam Pak Zabs...

Adoyai...agaknya latihan tentera sekarang sama tak macam latihan mereka dahulu... saya dengar pun sempot...hahaha

ZABS said...

Salam Pak Mail,

Saya kurang pasti, tetapi saya telah menjalani latih Sub. Lt. di sana pada tahun 1974/75.

Lilin said...

Mengimbas kembali hampir 40 tahun dahulu memang satu kenangan yang ramai tidak merasai. Pahit manisnya bercampur. Lagi pahit dahulu lagi manisnya sekarang dan kesyukuran kepada Pencipta alm

Sayapun ada kalanya mengimbas kembali. Selalunya dengan air mata yang berlinang. Apatah lagi kalau meneliti dalam gambar lama wajah wajah yang sudah tinggal kenangan.

Rasa gembira dengan tidak sengaja kemari.

Salam dari Pakcik (munkin tidak berapa tepat!)Almanar

ZABS said...

Anie,
Seharusnya samalah, kalau tidak kita akan mempunyai Pegawai/lasykar yang kurang berdisiplin dan lembik nanti ...hahaha.

ZABS said...

Salam Pak Almanar,
Salam pengenalan, mungkin kita sebaya, apa pun terima kasih atas komen yang amat tepat sekali. Apalah kita, tanpa ada kenangan manis atau sebaliknya. Silalah datang selalu. TK.

Riz Ardy said...

1973 - saya baru aje nak kenal dunia, dah join kadet.... opsss. pegawai kadet....
best best... makin naik sheikh....
teruskan...

ZABS said...

Riz, saya dah 21++ masa tu. Tertua dalam kumpulan (18-20 tahun je), sebab saya masuk lambat (kerja Felda pun dekat dua tahun. Yang lain tu, ada yang terus masuk kedet selepas MCE/SPM.

Chempiang said...

Salam..

Latihan Pak Zabs di Pusat Latihan sgt menguji mental dan physical..

Arwah datuk saya begitu 'taksub' dengan profesion beruniform ini sbb die seorang sojar..dan bila dia pencen dari tentera, saya ingat dah berakhirlah semangatnya itu..tp tidak..Sebagai contoh, adakalanya saya cukup segan pergi sembahyang Jumaat dengan atok, orang lain sempoi je tapi atok siap baju Melayu dengan samping, macam nak pergi sembahyang raya!!..hehehe

Apepun, teringat dgn "PACAK TUMIT TU!! APASAL TANGAN TAK TEGAK TU!"

MA said...

1973 saya baru darjah 3 hehe... Tak kena hantar ke pulada ke?

ZABS said...

Swalam Firdaus,

Sepatutnya anda perlu mencontohi semangat atuknya itu. Bukan suruhan askar je berpakaian kemas ketika ke masjid, kita memang diharuskan supaya berpakaian yang cantik apabila hendak ke masjid.
Ada masuk pasukan beruniform semasa di U dulu ke?

ZABS said...

Salam MA,

Pusat Latihan Tentera Darat (PULADA) khas untuk Tentera Darat je. Saya cuma pernah pergi melawatnya tersebut semasa berkursus di Maktab Turus Angkatan Tentera, sebagai pengenalan kepada kursus yang mereka jalankan.

Chempiang said...

Betul tu Pak Zabs saya perlu contohinya..mgkn masa tu saya kurang matang dgn jiwa remaja..

Arwah atuk mmg tak suka kalau saya lipat lengan baju kemeja yang saya pakai, atuk tak suka rambut saya melebihi telinga, dan atuk cukup tak berkenan kalau saya tak ‘tuck-in’ baju kemeja yang saya pakai..

Unknown said...

hentakkan mesra "butt" SLR....
hmmm...perit gak tu kan tuan?


Salam kenal dr saya yastro...

ZABS said...

Firdaus,
Arwah datuk anda memang askar yang terlatih. Mungkin dia dulu Regimental Sargeant Mejor kot sebelum bersara? Al-Fatehah untuk arwah.

ZABS said...

Wsalam Yastro, terima kasih kerana sudi singgah.

Mungkin kerana telah menjangkakan semua ini akan dilalui, pedihnya tidak mematahkan semangat...huhu.

Chempiang said...

Pak Zabs,
saya tidak berapa pasti,saya cuma tahu sebelum arwah menyertai Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD), arwah adalah anggota Polis Khas (Special Constable)....

ZABS said...

Firdaus'
Walau apa pun, sukar nak temui bekas tentera yang begitu lagi sekarang ni. Syukur.