Sunday, April 03, 2011

BEKERJA DI KUALA LUMPUR

Saya nekad untuk ke Kuala Lumpur mencari pekerjaan kerana ada beberapa orang saudara yang telah bekerja dan tinggal di KL sendirian, tidak dengan keluarga. Salah seorang daripadanya berjanji akan mendapatkan pekerjaan untuk saya. Apak pula tidak menghalang kerana tahu itu yang terbaik untuk keluarga. Saya tidak boleh menambah lagi tanggungannya, walaupun saya tahu dia tidak terfikir pun yang saya ini membebankannya.

Seperti dijanjikan saya mendapat pekerjaan sebagai kerani dengan sebuah syarikat pembekal komputer (1970). Gajinya RM200 sahaja, cukuplah untuk masa itu. Bermulalah hidup bujang saya di kota raya ini. Saya tinggal berkongsi menyewa rumah (bilik) dengan 4 lagi kawan dari Rembau juga, di Jalan Raja Bot, KL. Sebenarnya saya bekerja sekejap sahaja di syarikat itu kerana saya kemudiannya menghadiri temuduga untuk bekerja dengan Felda pula, sebagai Kerani Akaun. Saya mula bekerja di Felda, mulai pertengahan 1970, dan ditempatkan di Bahagian Kira-Kira Peneroka, di Ibu Pejabat Felda, di Jalan Maktab.
(Sebahagian Rakan Semasa Bekerja di Felda Dulu)
Di Felda juga saya tidak lama, hanya sempat berbakti sehingga awal 1973. Kerja kami di bahagian ini adalah untuk membuat penggiraan hutang2 peneroka di setiap rancangan tanah. Setiap bulan kami akan menyediakan “Paysheet” peneroka-peneroka sebelum dihantar semula ke rancangan untuk pembayaran gaji mereka dapat dibuat. Ada ketikanya, mereka mendapat gaji yang lebih dari yang saya terima, lebih kurang RM240 sebulan.
Semasa bekerja di KL, saya ada juga berpindah rumah beberapa kali untuk mendapat sedikit keselesaan. Saya pernah menyewa di Jalan Raja Uda dan di Jalan Perkins (Jalan Raja Alang), Kampong Baru. Saya juga beruntung kerana mendapat kawan serumah yang baik dan tidak segan untuk bekerjasama membersih rumah dan sebagainya. Ada masanya kami masak bersama, dan ada ketikanya melanggan lauk2 dari jiran yang rajin memasak, kami hanya perlu memasak nasi sahaja.
Saya juga telah mengalami keadaan banjir terburuk, pernah melanda Kuala Lumpur 1971. Beberapa kampung lain di Selangor yang terlibat pada masa itu termasuklah Kampung Haji Abdullah Hukum, Kampung Baru, Semenyih, Kampung Arang Batu dan Penempatan Orang-Orang Asli Changkat Bintang di Hulu Selangor. Jadi pesta air pula masa tu, pejabat-pejabat pun ditutup.
Di Kuala Lumpur juga saya mula mengenali beberapa rakan baru dan juga bertemu semula dengan kawan perempuan dari sekolah rendah dahulu. Kawan baru ini termasuk seorang dua gadis, di mana salah seorang darinya bekerja di KEMENTAH. Ini membangkitkan semula keinginan saya untuk menjadi pegawai ATM, tambahan pula menjadi kerani, tidak membolehkan saya membeli kereta seperti yang telah saya impikan dan beritahu kawan-kawan sekampong semasa bersekolah dulu…hahaha.
Sekali lagi, pada pertengahan 1972, saya memutuskan untuk memohon menjadi kedet. Dengan borang yang diperolehi dari rakan di Kementah itu, saya berjaya untuk dipanggil menghadiri temuduga sekali lagi, di Port Dickson, pada penghujung 1972. Sekali ini saya lulus semua ujian termasuk pemeriksaan kesihatan dan seterusnya di panggil untuk temuduga akhir di Kementah yang bermakna peluang untuk terpilih amatlah cerah. Episod baru dalam hidup saya bakal bermula. Alhamdulillah.

18 comments:

KAMATO said...

cerita2 begini kalau dibukukan boleh menarik minat pembaca

Sally said...

Salam Pz,
ooo begitu ceritanye bagaimana PZ terjebak dlm navy..
:)

Nieda said...

Wah , banyak pengalaman dah di kutip di KL.

Nieda said...
This comment has been removed by a blog administrator.
ZABS said...

Salam Kamato,

baru nak mula empat lima episod. Ada dalam 30 lai kot...sikit2 dulu.

ZABS said...

Sally,

Terjebak tu tidak sesueei. Minat betul namanya...orang kata "Join The Navy and See the World....hahaha.

zino said...

cerita yg menarik..panjang lagi sambungan dia ni... betul cakap kamato tu..

ZABS said...

Salam Zino,

Memang panjang lagi..saya bawak tuan keliling dunia dengan kapal navy...ok?

Yunus Badawi said...

Pasar minggu dulu kat Jalan Perkins. Dekat dgn rumah Pak Zabs lah tu ya?

Ada jambatan sempit kat situ di mana org akan bersesak2 dan berhimpit2. Mana yg gatal akan meraba kat situ hehehe

Yunus Badawi said...

Kat Felda tu jumpa Hj Zaine tak?

ZABS said...

Salam YB,

Betullah tu. Saya menyewa di rumah yang terletak di selekoh sebelum sampai ke pasar minggu tu, kalau datang dari masjid. Saya main kat tempat2 macam tu.

Memang dah kenal Hj. Zaine dah semasa di Felda lagi, tapi dia di lain seksyen.

ZABS said...

YB, lupa nak cerita, saya selalu ngak me Kg. Datuk Keramat tu. Ada kawan yg kerja Mindef tu tinggal di sana dgn keluarganya...hehehe.

aNIe said...

Salam Pak Zabs...

Rezeki saya memang tidak di Kuala Lumpur... sebabnya... mungkin telah ditakdirkan.

Biarpun ada rakan yg menjanjikan pekerjaan kepada saya di FELDA Jln Gurney dulu... tapi ntah kenapa borang saya sampai setelah tarikh tutup... itu namanya takdir Tuhan...

Lagipun bapak tak berapa suka kalau saya merantau di KL... yang dulu banyak bapak dengar cerita buruknya dari baik...

Riz Ardy said...

Kalau nak buku nya, kena tempah ngan saya...saya editor cerita ni..Siapa cepat dia dapat.. tak payah beratur macam nak beli buku Tun tu...hahaha

ZABS said...

Itulah dia Anie, kita hanya boleh merancangkan, jika ia sama dengan perancangan Allah untuk kita maka akan menjadilah ia.
Alhamdulillah,pengalaman bekerja di Felda walau sekejap, adalah juga cukup bermakna bagi saya.

ZABS said...

Riz...ceoatnya nak promo. Banyak bondo nak tulih laii ni....hahaha.

Riz Ardy said...

promote awal suruh mereka kumpul duit dari sekarang....esok publish boleh terus rembat ajer... mungkin mahal dari dari 'Dr in the house'... hehe

ZABS said...

Riz,
You make me laugh lah...nanti takut penerbit yang tak balik modal je!