Wednesday, March 30, 2011

SUNGAI DALAM KENANGAN

Di hadapan kampong kami terdapat sebatang sungai yang pada masa itu, masih banyak air, yang jernih mengalir antara 3 ke 5 kaki dalamnya. Tetapi pada musim hujan airnya akan menjadi agak keruh dan dalam. Di beberapa tempat ia boleh mencapai kedalaman antara 6 ke 10 kaki. Pernah terjadi air bah, dan air melimpah sehingga ke sawah padi di sekitarnya, sehingga memusnahkan padi yang sedang berbuah. Kata orang tua-tua masa itu naga sedang turun dari bukit mengalir ke laut….hahaha.

Sungai ini memainkan peranan yang penting kepada penduduk kampong kerana banyak manfaat yang dapat di peroleh darinya. Pengaliran air dari sungai ini menjadikan tanah sawah menjadi subur. Pokok rumbia (sagu) dan buluh banyak tumbuh di tepi tebing sungai ini. Rumbia seperti di ketahui adalah juga sumber rezeki kepada penduduk kerana sagu untuk makanan ayam itik, juga jika diproses dengan betul akan didapat tepung sagu untuk dibuat kueh. Daunnya pula boleh dibuat atap. Buluh yang tumbuh di tebing2 sungai ini adalah sumber di mana penduduk kampong mendapatkan anak buluh yang baru nak tumbuh untuk di buat rebung.
Di sungai ini juga tempat membiaknya beberapa spesies ikan air tawar yang memberi sumber protin kepada mereka yang rajin menjala atau memancing. Apak rajin menjala di sini terutamanya selepas hujan. Banyak ikan sembilang atau sebarau yang akan diperolehi dan bakal menjadi jamuan enak setelah dimasak gulai lemak cili api atau digoreng bersambal oleh emak.
Ada juga yang rajin memancing dengan kail atau sejenis lagi kail pendek dan dalam jumlah yang banyak, yang di letakkan ditempat2 yang dijangkakan tempat ikan tinggal, iaitu di tepi2 tebing sungai. Cara ini dipanggil mogam, dan biasanya dilakukan pada waktu malam. Dan seperti biasa pada malam hari banyak risiko yang ditemui, termasuk, mendapat ular dan bukannya ikan seperti dijangka.
(Gambar Hiasan)
Sungai juga adalah pengganti kolam renang bagi kami anak2 kampong. Paling seronok apabila air sungai sedang agak dalam, semasa musim hujan. Maka akan ramailah watak2 Tarzan yang akan menyerikan tebing sungai untuk terjun seperti Tarzan dengan kepala dahulu, yang tidak pernah saya lakukan. Takut hilang kepala…hahaha. Seperti gambar di katun Dato' Lat itu, di kampong kami juga ada sebatang pokok besar yang dahannya merintangi sungai dan menjadi tempat yang sesuai untuk terjun kedalamnya.
Pada suatu ketika semasa air sedang dalam, selepas musim hujan, saya dan rakan2 membuat sebuah rakitdari batang2 buluh dan berakit ke hilir mengikut arus sungai. Malangnya ikatan rakit itu tidak berapa kuat dan kemas, yang akhirnya rakit menjadi batang2 buluh semula dan berakhir dengan kami berlumba berenang untuk mencari tebing.
Pada masa itu, di beberapa bahagian sungai yang agak dalam airnya, telah di bena jambatan daripada buluh untuk kemudahan menyeberangnya. Dari atas jambatan ini juga kami telah jadikannya tempat untuk bermain dan terjun dari atasnya. Tidak hairanlah, kenapa jambatan itu tidak bertahan lama dan selalu perlu dibaiki.
Di dalam sungai itu juga kami selalu diingatkan ada beberapa tempat yang berlubuk, yang dikatakan tempat tinggal buaya. Lubuk itu dikatakan tempat buaya itu menyimpan tangkapan mereka untuk dibiarkan busuk dahulu sebelum dimakan. Kami selalunya akan sentiasa berhati2 ketika melalui kawasan2 tersebut. Namun begitu seingat saya, tidak pernah pula ada sesiapa yang berjumpa makluk itu. Mungkin ini hanya helah orang tu2 kami untuk menakut2kan anak2 mereka agar tidak terlalu asyik bermain di sungai.
Kini sungai itu sudah tinggal nama sahaja, kerana telah hampir kering airnya, sama seperti keringnya sawah padi disekitarnya, yang kini telah menjadi ladang kelapa sawit pula. Begitulah adatnya di dunia ini, tiada yang kekal selamanya.

6 comments:

PakMail said...

Saudara Zabs,

'Kata orang tua-tua masa itu naga sedang turun.......'

ha.....ha......ha.....

Seronok membacanya.

Zabs said...

Terima kasih Pak Mail,
Itulah dia apa yang diceritakan kepada kami. Walaupun tak masuk akal, buat2 percaya je lah.

Firdaus said...

salam..

Dahulu tak ade joran yg mahal2, tapi saya dan kawan2 'seperjuangan' kampung masa itu, hanya guna batang buluh atau kayu sebagai joran..

namun alhamdulillah, banyak juga hasil kail yg mengena..kadang dapat lah ikan putih,lampam, sebarau, haruan, sebilang etc, cukup la utk mak masak di rumah..

tp ape yg penting,sungai menjadi tempat anak-anak kampung seperti saya membina persahabatan.

Zabs said...

Salam Firdaus,

Amat tepat sekali.
Saya biasanya gunakan batang bertam untuk buat joran. untuk joran yang pendek tu ,kami buat dari buluh je. Masih berkesan.
Sekarang sungai sudah jadi macam parit je. Mana yang masih banyak airnya tercemar pada tahap "gaban" kata budak2 sekarang.

aNIe said...

Salam Pak Zabs.. sungai di kampung saya dah lama tak dijengok... berpuluh tahun tak tgk sungai tu... dulu situlah tempat kami mandi kalau musim kemarau... air perigi kering kontang... maka sungailah tempat dituju...

Ikan air tawar...jadi kegemaran sampai sekarang... tapi sekarang dah susah nak dpt ikan sepat & ikan puyu/betok ... buat sambal memang sodap...

Zabs said...

Salam Anie,

Saya pun dah lamo tak nengok sungai dopan rumah tu,,dah somak bonar nampak eei..ular pun dah banyak agak eei dah tu....hahaha.