Tuesday, March 29, 2011

PERMAINAN ANAK KAMPONG

Kanak-kanak memang tidak boleh dipisahkan dengan permainan sejak dari zaman azali lagi. Namun ianya berubah mengikut keadaan, kemampuan dan masa. Tidak seperti sekarang, di mana semua permainan boleh dibeli, pada zaman saya di kampong, semuanya “made in” sendiri. Saya adalah antara yang agak kreatif dalam membuat alat mainan sendiri ini. Permainan ini juga bertukar2 mengikut masa dan musim.
Antara permainan faveret saya ialah gasing, guli, layang-layang, lastik, pedang, senapang guna peluru buah perai atau chenidai (tak tahulah apa namanya ditempat anda). Saya juga mahir membuat sangkar dan jebak untuk menangkap burung (seperti pipit, tempua, merbah dan sebagainya). Kotak rokok, penutup botol dan getah bulat (rubber-band) juga boleh dijadikan permainan yang mengasyikkan, hingga sampai lupa untuk balik ke rumah sebelum maghrib (waktu berkurung).
Kami juga ada ketikanya mencari sejenis serangga yang di panggil spedo, untuk dilagakan. Bukan untuk bertaruh, tetapi cuma seronok2 melihat spedo itu berlaga. Seorang kawan pula yang lebih senior suka melaga ayam. Beliau akan ke hulu ke hilir kampong dengan diikuti kunco2nya, membawa ayam jantannya, yang berbaka baik, dan selalu menang perlawanan laga ayam di kampong…tapi ia cuma sekadar seronok2 sahaja.
Permainan congkak, galah hadang, polis sentry dan kondak kondi juga adalah sebahagian dari permainan kami yang juga ada musim dan waktunya ia dimainkan. Di sini saya sekadar ingin menamakannya sahaja. Bagi menerangkan cara permainannya satu persatu mungkin tidak dapat saya lakukan di sini. Penat nak menaipnya nanti…hahaha.
Selain itu kami juga bermain boleh sepak,, sepak takraw, badminton, rounders dan sebagainya yang memerlukan ramai pemain. Kami akan mengumpulkan duit belanja sekolah untuk membeli sendiri bola dan bulu tangkis yang kami gunakan. Permainan bola sepak biasanya kami bermain melawan budak2 dari kampong bersebelahan kerana perlukan ramai permain dan padang yang luas yang tiada di kampong kami, atau apabila pergi ke sekolah pada sebelah petang.
Keasyikan bermain ini ada ketikanya melekakan saya dan sudah tentunya menerima habuan dari Apak tersayang, terutamanya jika balik selepas waktu maghrib masuk. Pada suatu ketika di mana Apak mungkin telah kehilangan sabarnya, bola mainan saya telah menerima padahnya, apabila dibelah menjadi dua…huhu.
Pada musim bersawah padi, biasanya pada sebelah petang saya tidak dapat bermain seperti biasa kerana kerbau peliharaan kami tidak boleh dilepaskan. Saya perlu membawa kerbau2 itu ke kawasan berumput, biasanya ditepi2 sungai untuk memberinya makan, atau menyabitkan rumput dan dibawa pulang ke kandang. Biasanaya semasa memberi kerbau ini makan saya akan membawa bersama buku untuk dibaca. Oleh kerana memang tidak ada buku2 cerita sendiri, saya selalunya meminjam dari khutub-khanah sekolah. Dan jika tiba peperiksaan, saya akan membawa buku pelajaran untuk di ulangkaji.
(Gambar hiasan je bukan kerbau peliharaan saya ni)
Main-main juga, tapi tetap mengambil inisiatif sendiri untuk belajar. Nak minta bantuan orang tua, mereka sememangnya tidak dapat nak membantu, tambahan pula saya bersekolah aliran Inggeris dan melebihi sedikit tahap pembelajaran mereka untuk menunjuk ajar. Wallahua’lam.

4 comments:

Riz Ardy said...

zaman kami pun masih ada permainan2 tersebut. Wah! nostalgia betul.

ZABS said...

Salam Riz.
Belum tidor lagi ke? Jom sarapan 3 in 1 je ni...haha.

Chempiang said...

permainan rounders plg sy minati.. kadang2 sampai boleh bergaduh..huhu

klu congkak tu gali lobang kt bawah rumah..lps tu kami pergi beli guli kat kedai..

selalu main dgn sepupu sepapat..

tertarik dgn istilah 'waktu berkurung'

ZABS said...

Salam Firdaus, salam perkenalan.

Selepas maghrib tidak lagi dibenar keluar seperti mana anak2 muda sekarang, melainkan untuk sesuatu yang dibenarkan.
Dengar radio je yang ada tapi masih tidak bosan kerana menerima seadanya keadaan sebegitu.