Thursday, March 24, 2011

PERJALANAN HIDUP

Saya bukanlah seorang individu yang mempunyai kisah hidup yang menarik untuk dikongsi. Juga bukan penulis yang boleh bercerita sesuatu yang di luar minda. Namun keinginan itu sentiasa teruja untuk berkongsi serba sedikit pengalaman yang ada. Tiada niat untuk mencari publisiti yang memang tidak akan tiba, tetapi sekadar untuk dicerita kepada anak cucu semasa masih boleh bercerita. Juga kepada pengunjung siber yang kadangkala tersesat pula.


Telah pernah juga menulis di blog ini beberapa kisah tentang pengalaman hidup yang telah dilalui, walaupun ianya mungkin tidak sebaik mana untuk diikuti. Ia juga diceritakan tidak mengikut urutan masa, tetapi hanya mengikut gerak dan rasa pada sesuatu ketika.

Mulai penulisan akan datang, saya bercadang, menulis mengikut urutan masa yang mungkin sedikit panjang, itupun jika ada masa dan ruang.

Kepada rakan yang ingin mengikuti cerita hidup Pak Zabs yang sorang ini, rajin2lah datang mengunjungi, blog yang akan ada cerita bersiri, walaupun mungkin bukan cerita sensasi, tetapi apa yang pasti, ia cerita benar bukan rakaman CCTV. Juga akan diperaga sedikit gambar2 lama yang menjadi bukti penulis telah hidup lama.

Salam dan semoga bertemu nanti di lain masa. InsyaAllah.


12 comments:

Ismail aka Pak Mail said...

Saudara Zabs,

Tak sabar saya untuk menanti dan membaca kisah pengalaman hidup tuan yang tentunya sangat menarik.

Riz Ardy said...

Salam abg.... saya pung dah tak sabar tunggu ni.... (permintaan lama, akan tertunai dah kot...) hehe.

ZABS said...

Terima kasih Pak Mail. Nampaknya kalau saya jadikan buku cerita saya nanti ada jugaklah pembelinya kan? InsyaAllah saya akan tulis sedikit2 mengikut apa yang saya ingat dan kenangkan nanti. Salam.

ZABS said...

Wsalam Riz,

InsyaAllah..pengarang amatur (veteran) ini akan mulakan tugas sedikit masa lagi.

Tepi Sungai Batu said...

Bagus tu....saya pun nak baca juga.

ZABS said...

InsyaAllah Pak Man...kalau ada perkara2 yang kurang menarik ditulis harap tegur k? Saya orang tua, baru belajar menulis...hahaha.

Riz Ardy said...

nanti, dah ada cerita, sudi2kan share kat FB, takut termiss...huhu

Sally said...

Wah..sila2..Sally tungguuuu..

ZABS said...

Riz dan Jaja...InsyaAllah.

aNIe said...

Salam pak zabs... lamanya tak kemari... kerana rasanya lama pak Zabs tak menulis...

Teruskanlah bercerita agar ianya menjadi tatapan anak dan cucu... agar tidak hilang kenangan itu...

ZABS said...

InsyaAllah. Akan lebih kerap menulis di sini nanti Anie.

LumutHijau said...

"Terima kasih Pak Mail. Nampaknya kalau saya jadikan buku cerita saya nanti ada jugaklah pembelinya kan? InsyaAllah saya akan tulis sedikit2 mengikut apa yang saya ingat dan kenangkan nanti. Salam."

-Saya nak beli buku tu nanti Pak Zabs!!! ^_^