Monday, March 28, 2011

KERJA KAMPONG

Walaupun tinggal di kampong, persekolahan anak-anak juga diambil berat, pakaian dan buku perlu di beli (takda skim pinjaman buku teks lagi). Makan pakai seadanya perlu disediakan. Sebagai anak kita tidak terfikir betapa ibu bapa kita betungkus lumus bekerja pada masa itu untuk menyediakan semuanya. Ada masanya kita mahukan sesuatu yang tidak termampu mereka adakan, tetapi tiba masanya dapat juga merasa/milikinya.

Walaupun Apak menerima pencen setiap bulan yang di terima bayaran dari Pejbat Pos setiap hujung bulan, ianya amatlah tidak mencukupi. Namun Apak tidak mengharapkan duit pencen sahaja. Banyak kerja yang dilakukannya untuk mencukupkan perbelanjaan, termasuk lah mengerjakan sawah padi* (tanah sawah sendiri), menoreh getah (ladang getah kepunyaan orang berada di kampong itu, hasilnya dibagi dua), menganyam atap dari daun rumbia#, bercucuk tanam sayur2an di kawasan lapang di belakang rumah, pernah membuka kedai runcit di hadapan rumah, menternak ayam, itek dan kerbau kepunyaan orang+ (hasilnya juga di bagi dua). Apak juga rajin pergi menjala ikan di sungai yang biasanya terdapat banyak ikan pada musim hujan. Apak sendiri menbuat jala yang digunakannya.
Di keliling rumah kami pada masa itu pula terdapat banyak pokok buah2an seperti durian, manggis, rambai, kundang dan kelapa. Terdapat juga beberapa pokok jering untuk dibuat ulam. Apabila pokok buah2an ini berbuah, kami akan memanjat dan mengumpulnya untuk dijual kecuali durian, kerana tak sempat nak kumpul dah habis, terutama dari sebatang pokok yang dinamakan durian tembaga (lebih sedap dari D24…hahaha). Sekarang banayka pokok itu sudah ditebang atau tumbang sendiri dan pada satu ketika ditumbangkan oleh angin kencang yang melalui kampong itu.
Sungguh banyak pekerjaan yang boleh saya lakukan untuk membantu Apak sebagai anak yang tua, tetapi hanya tugas2 tertentu sahaja ynag dibenarkan. Pekerjaan menoreh, tidak pernah saya lakukan, yang boleh saya bantu hanyalah untuk memesen getah selepas ia dibekukan, itu pun jika tidak bersekolah. Sesekali saya pernah juga dibenarkan untuk menghantar getah yang telah kering ke kedai untuk dijual.
Pekerjaan bersawah padi, hanya beberapa kali sahaja merasa mencangkul di sawah kerana tidak menepati piawaian Apak. Jadi hanya kerja2 hiliran sawah padi yang saya lakukan, seperti mengangkut padi dari sawah ke rumah satelah dituai. Megirik padi (memijak2 padi yang telah dituai untuk memisahkan padi2 dari tangkainya), menjemur padi dan menjaganya dari dimakan ayam itik, menumbuknya dengan lesung atau menghantarnya ke kilang padi. Yang paling seronok semasa musim padi ialah, makan beras baru yang sungguh wangi dan juga membuat emping^.
(Gambar Hiasan: Lesong yang terdapat di Korea, hampir sama , cuma lubang untuk mengisi padi yang kami gunakan adalah lebih besar dan diperbuat dari kayu juga).
Itulah sebahagian kerja-kerja kampong yang saya ingat dan mungkin masih ada lagi diamalkan sekarang. Ada juga penduduk kampong yang bekerja sekain dari itu, seperti bekerja dengan kerajaan, menjadi guru, kerani dan sebagainya. Saya tidak diberikan kesabaran untuk bekerja di kampong dan semasa bersekolah lagi telah berangan untuk bekerja menjadi pegawai dan ingin memandu kereta Volvo berwarna putih apabila balik ke kampong…hahaha. Jumpa lagi di entri akan datang. InsyaAllah.

Nota kaki:
* Tanah sawah itu sekarang telah bertukar menjadi ladang kelapa sawit, diusahakan dengan kerjasama FELCRA. Tuan punya tanah-tanah sawah tersebut hanya mnerima keuntungan setiap tahun tanpa perlu berbuat apa-apa.
# Pokok rumbia banyak terdapat di tepi sungai yang berada di dalam kawasan sawah kami. Pokok rumbia ini batangnya boleh diambil kerana isinya (sagu) boleh diberi makan kepada ayam dan itik. Daunnya pula boleh dianyam menjadi atap untuk pembinaan rumah pada masa tersebut, sebelum zinc dan seterusnya atap genting digunakan.
+ Membela kerbau cara ini dipanggil pedua. Ibu kerbau akan diberikan untuk dibela oleh seseorang. Apabila ia beranak, dan cukup dewasa untuk dijual, hasilnya akan dibagi dua. Namun begitu biasanya Apak akan mendapatkan wang dari tuanpunyanya apabila memerlukan wang untguk perbelanjaan persekolahan saya, dan ditolak dari hasil jualan anak2 kerbau itu, dan akan terus membela anak kerbau itu bersama dengan ibu kerbau itu.
^ Emping dibuat dengan cara menumbuk dengan lesung, padi baru yang telah di goreng, sehingga menjadi leper. Setelah ditampi dibuang serbuknya, emping ini sedap dimakan apabila digaul dengan gula merah dan kelapa yang dikukur. Ia juga sedap dimakan jika digaulkan dengan garam dan kelapa parut tadi.

10 comments:

Riz Ardy said...

1- sekarang...agak2 boleh lagi tak buat kerja kerja macam tu....
2- napa tak post gambar masa kecik2 dulu.... mesti cute....hehehe

Ismail aka Pak Mail said...

Saudara Zabs,

Saya tidak mempunyai pengalaman dalam membantu orang tua berkerja kampong seperti bersawah, menoreh getah atau bercucuk tanam. Namun saya sangat suka dan terpegun melihat keindahan sawah ladang yang meluas di perkampongan.

Tuan bercerita tentang durian,saya teringat ketika saya berada di kampong Paya Jaras dimana ayah saya punyai sebidang tanah. Kami juga punyai satu batang pokok durian tembaga. Tetapi, agak malang sedikit pokok tersebut telah disambar petir dan mati. Namun hasil dari pokok ini telah banyak juga kami dapati.

Terima kasih kerana berkongsi pengalaman tuan. Insya'Allah saya akan sentiasa ikuti kisah seterusnya.

aNIe said...

Salam Pak Zabs... saya bertuah kerana berpeluang hidup sebagai anak kampung...

Teringat lesung padi seperti yang dlm gambar tu... memang lubangnya lebih besar... kami masa kecil dulu seronok memijak batang lesung tu untuk menumbuk padi... macam berirama pual...

Rindu sgt pada kampung yang dulu...sekarang semuanya dah berubah wajah...

ZABS said...

Riz: Gambar2 masa kecil takda dalam simpanan lagi...

PakMail: Terima kasih kerana sudi mengikuti cerita anak kampong ini.

Anie: Memang amat berbeza. Semua sekali termasuk tingkah laku yang tidak sewajarnya.

Krafdunia Design said...

nostalgia betul tu..

ZABS said...

Naha: Kenangan mengusik jiwa...gitu....haha.

pB said...

salam Uncle


kenangan lalu semuanya manis manis belaka

ZABS said...

Wsalam pb. Betul tu, walau kitikanya kenangan ini banyak juga dukanya.

Riz Ardy said...

minta kebenaran untuk compilekan cerita ni... boleh? Nak buat buku.. kot kot boleh beat 'Dr in house'... hehe

ZABS said...

InsyaAllah boleh...ini cuma rangka kasar ( difikirkan secara "online")...hehehe, mungkin boleh di perhalus dan dikembangkan, jika ada tujuan lain...hahaha.