Monday, January 24, 2011

Rugby


(Gambar ehsan dari album anak saya.)

Rugby bukanlah salah satu dari sukan kegemaran saya, samaa da untuk ditonton atau bermain. Hanya pernah sekali bermain kerana terpaksa, semasa menjalani latihan pegawai TLDM di Sembawang, Singapura kira-kira 36 tahun dahulu.

Pasukan yang kami lawan (persahabatan) ialah pasukan dari Tentera Laut New Zealand yang dalam rangka lawatan ke Singapura pada masa itu. Melihat kepada susuk tubuh pemain-pemain mereka pun, saya sudah meragui akan kemampuan pasukan kami pada masa itu. Saya tidak ingat "score" nya tetapi memadai jika saya katakan, pasukan kami tidak mendapat satu mata pun. Yang menjadi kenangan saya ialah semasa diangkat dengan mudahnya semasa cuba melarikan bola di kawasan lawan.

Sebenarnya bukan itu yang membuatkan saya tidak meneruskan bermain rugby, tetapi saya memang tidak ada merasakan "thrill"nya bermain sukan lasak itu (Janganlah campakkan diri kamu ke dalam kebinasaan...huhuhu)


Tetapi ia berbeza dengan minat salah seorang dari anak lelaki saya (ada empat). Minatnya terhadap sukan ini amat mendalam. Sejak dari sekolah rendah, menengah dan universiti, rugby telah menjadi sukan semula jadinya.

Pernah kami terpaksa sekeluarga meninggalkannya sendiri ketika pergi mengerjakan Umrah kerana dia mahu bermain rugby untuk SUKMA. Beliau pernah ke Hong Kong untuk bermain Rugby.

Namun di sebalik minatnya yang mendalam di dalam sukan ini, banyak pengorbanan yang telah dilaluinya termasuk mengalami banyak kecederaan dari sekecil2nya hingga ke besar2nya.

Terakhir ialah kecederaan di kaki, yang membawa kepada beliau terlantar di hospital beberapa lama dan setelah pulih, beberapa bulan pula menjalani fisioterapi di Bukit Jalil.

Sekarang setelah pulih, mungkin tidak seperti sebelumnya, kami (saya dan mamanya) berharap dia tidak lagi meneruskan minatnya dalam sukan terlasak ini. Pilihlah sukan yang rengan tapi boleh dimain sehingga umur macam ayah...haha (main bowling kot).

Harap dia akan tumpu dan fokus pada kerja dan masa depan. Tanggungjjawab berseorangan akan nanti menjadi berduaan dan InsyaAllah bertigaan dan lagi dan lagi.

Orang lain akan terus bermain rugby, silih berganti. Tetapi masa anakanda telah sampai untuk berundur dengan baik sebelum terpaksa berundur atau diundurkan. InsyaAllah.

11 comments:

Suria Kelang said...

Pak Zabs...Dua anak lelaki kami pemain ragbi. Si Abang yang lebih dulu menempa nama....dapat main sampai MSSS....ketentuan Tuhan, kakinya patah kerana kemalangan jalanraya, bukan kerana ragbi. Kini dia tidak dibenarkan bermain ragbi langsung sampai bila-bila....

Kini, si Adik pula yang bermati-matian meneruskan minat bermain ragbi....Setakat ini dia dah patah tulang bahu, pergelangan tangan kiri dan kanan...bukan patah waktu main ragbi, tapi sebab terjatuh di tempat2 lain!!!!

Apa2hal pun, bagi saya yang tidak main ragbi, ia adalah permainan yang nampak kasar, tetapi amat berdisiplin!

Zabs said...

Salam Suria,
Bersetuju dengan anda yg malang boleh berlaku di mana saja.
Cuma ibu bapa mana yang nak tengok anak2 mereka cedera kan? Itu sebab sentiasa doakan mereka dijauhi dari segala mara bahaya. (dan jangan main sukan lasak2 ni...hehehe).

alan zed said...

diharap adinda azmir take note. hehe.

Neeza Shahril said...

remaja, kalau dah suka, pasti mereka teruskan juga kan... tapi memang lasak game ni. Kalau kat US dia panggil american football kan.. takut tengok mereka 'bergasak'

Zabs said...

Alan,

Mungkin boleh tolong beri perangsang kepadanya untuk beralih "sukan" kegemaran...hahaha.

Zabs said...

Neeza,

Semasa kejadian kecederaan baru2 ini tu adalah pertama kali saya pergi menonton perlawanannya beliau bermain...

Mak Su said...

org kalau da minat, tk kira apa, kan......

Zabs said...

Tulah dia Mak Su. Dah nak kawin tak lama lagi, kena mula rehatkan diri dari sukan lasak ni.

Chon said...

Ragbi... sukan yg ganas... tetapi ada kelembutannya dan pemainnya amat berdisiplan. (Statistik - kecederaan bermain bola adalah lebih tinggi dr bermain ragbi)

Mastura said...

Salam, saya ingin bertanya dimanakah tempat untuk bermain rugby for beginners? Maksud saya, ada kelas khas utk permainan rugby tak? Tq

Mastura said...

Salam, saya ingin bertanya dimanakah tempat untuk bermain rugby for beginners? Maksud saya, ada kelas khas utk permainan rugby tak? Tq