Monday, May 10, 2010

Mengisi Masa Terluang

Saya mula menulis di blog sejak awal tahun 2006. Ini berikutan pada masa itu kurang kerja yang hendak dibuat dan ingin mengisi masa lapang yang ada semasa di pejabat. Ada juga ketika telah berhenti seketika menulis di blog, tetapi telah menyambung semula selepas itu.

Saya kemudian menyambung menulis di fb pula, walau pun ada ketikanya banyak kerja ( jadi ianya bukan lagi untuk mengisi masa lapang). Ada kalanya menjadi satu obsesi pula untuk masuk ke fb ini. Tetapi saya tidak pula menyalahkan fb, kerana kita yang seharusnya merancang masa kita dengannya....hehe (salah sendirilah kalau dah jadi begitu, tak gitu??)

Jadi untuk tidak lagi terjadi demikian saya telah deactivate buat sementara akaun fb saya..(dan jika tak terasa sakit apa2...ia akan terus begitu. Saya hanya akan membukanya semula apabila terasa ketagih untuk mengupdate....(hahaha...).

Ada pro dan konnya apabila saya berfb ini, dan mereka yang terlibat pun tentu lebih maklum, jadi kita pandai2lah menggunakanya.... Mungkin artikel oleh Ustaz ini baik untuk direnungkan:

http://www.zaharuddin.net/content/view/930/72/

Saya kini bercadang untuk menilis di blog sahaja buat seketika, itu pun jika tidak mengambil banyak dari masa saya. Dah pencen ni, masa dah tinggal sedikit je untuk digunakan, jadi lebih baik buat yang terbaik untuk diri sendiri dan keluarga..betulkan? Salam.

12 comments:

Yunus Badawi said...

Salam Pak Zabs.

Betul tu. Buatlah apa yg terbaik utk diri sendiri dan org2 tersayang.

zino said...

langkah bijak..

Tepi Sungai Batu said...

Okay lah tu...Boss.

Unknown said...
This comment has been removed by the author.
Fauziah Ismail said...

Salam Pak Zabs,
Actually, you can still manage both, write the blog and post it for your fb friends to read sebab ada fb friends yang tak masuk blog and blog readers yang bukan on fb.
But you are right. Kena manage betul2.

ZABS said...

Salam YB, Terima kasih.

Zino, TQ.

Pak Man, Okeh je....haha.

ZABS said...

Salam Fauziah,

Setuju. Tapi saya rasa di Blog ni lebih tertib sikit kawan2nya. FB tu terlalu ramai dan variasi, kekadang ada yang menyakit hati...hehe.

Myra Zulaikha Yusuf said...

gembira dapat jumpa Pak Zabs kembali di sini.....

ZABS said...

Salam MZY,

My pleasure too...masih diberi kesempatan kita. Take care.

KAMATO said...

Salam pakzabs, memang rindu tulisan pakzabs di sini

Adyp Ibrahim said...

salam pekenalan..

jenguk2 blog saye juge yer..:)

adyp89.blogspot.com

Unknown said...

http://jomkitakongsicitersaya.blogspot.com/2011/01/jom-guna-google-chrome.html