Wednesday, April 29, 2009

Ketirisan

Semasa solat Asar petang tadi saya terlihat bekas seperti di gambar, di tengah2 dewan solat. Ia bukan kepunyaan jemaah di sebelah tu, tetapi diletakkan di situ kerana tujuan tertentu.

Sungguh tidak diduga, rupanya ia untuk menadah, mungkin sedikit kebucuran, pada kubah yang cantik ini agaknya.




Masjid yang cantik ini baru beberapa bulan je digunakan.....aduhai.
Wallahua'lam.

Monday, April 27, 2009

Lesen Memandu Baru?

Saya telah memandu dengan menggunakan lesen memandu di sebelah sejak tahun 1997. Setiap kali memperbaharuinya, saya hanya bertukar slip tarikh tempuh sah lakunya sahaja. Dan lesen lama itu terus digunakan.

Semalam saya mengunjungi rumah anak di Wangsavillamas, dan dikehendaki meninggalkan lesen memandu jika ingin masuk ke tempat letak kereta di dalam kawasan perumahan itu. Apabila memeriksa dompet, saya dapati lesen memandu saya tiada dalam simpanan. Nasib baik pengawal itu mahu menerima kad pengenalan sebagai ganti.

Apabila balik kerumah, puas dicari merata tempat, yang dijumpa hanya lesen di atas sahaja tanpa slip tempuh sah laku itu. Telah lama juga agaknya, saya telah memandu tanpa slip sah laku itu, tetapi tidak pun merasa bersalah.

Namun sejaka mengetahui ia tiada di dalam simpanan, saya mula merasa tidak selesa dan cemas apabila memandu. Mula memandu dengan amat berhati-hati seperti takut mengekori kereta dengan rapat, berhenti di lampu kuning dan seumpamanya.

Keputusan diambil segera untuk membuat aduan di JPJ. Proses membuat lesen baru itu cuma mengambil masa kurang dari 15 minit, cukup cepat ia dapat dilakukan. Tahniah JPJ.

Kini saya sudah ada Lesen Memandu Malaysia yang baru, siap tukar gambar yang terkini lagi. Alhamdulillah.

Thursday, April 23, 2009

Senangnya Kita

Waktu makan tengahari mungkin berbeza antara satu pejabat/jabatan agaknya. Mungkin ada yang bermula dari jam 12 tengahari dan mungkin juga ada yang bermula dari jam satu tengahari seperti di pejabat saya, atau mungkin pada masa yang lain lagi.

Gambar di atas diambil pada jam 12.15 tengahari semasa menghantar anak ke sekolah. Kelihatan pekerja keluar untuk mencari tempat makan.

Berbagai cara para pekerja ini memenuhi keperluan makan tengahari mereka.

Pemandu teksi ini senang dengan bekal yang dibawa dari rumah (disediakan oleh isteri, mungkin).

Dua gadis ini baru sahaja membeli makanan dari gerai berdekatan untuk dimakan di pejabat.

Tidak kurang juga yang lebih selesa makan di sini...

Gerai di bawah pokok ini juga menghidangkan makanan yang tidak kurang enaknya.

Saya pula ada masanya menambah kalori saya di sini.

Dan anak saya pula apabila keinginan timbul untuk makan makanan cepat siap itu, akan menghantar pesanan rengkas begini sebelum saya mengambilnya untuk ke sekolah:

"Ayah, hari ni belikan McD eh. Fillet-o-fish set medium air coke. Pija pergi sekolah 1145."

Sungguh memudahkan. Alhamdulillah.

"Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan?" (Ar Rahmaan - Ayat 13).

Wednesday, April 22, 2009

Dugaan Ke?

Pada zaman gawat sekarang ni, tentunya banyak syarikat kecil dan besar yang tidak mempunyai projek baru untuk dilaksanakan.

Tak ada projek, bermakna tak ada pendapatan, tetapi gaji pekerja masih perlu dibayar. Bagi syarikat (kecil atau besar) yang mempunyai aliran tunai yang baik tentunya ia tidak menjadi masalah. Tetapi bagi syarikat yang kais bulan makan bulan, tentunya akan menghadapi sedikit kesesakan.

Namun demikian ada sebuah syarikat, kepunyaan seorang kawan yang baru saya kenal, telah mendapat beberapa projek yang bernilai jutaan ringgit dalam keadaan gawat sekarang.

Projek yang diperolehi oleh syarikat ini datang serentak dalam jangka waktu yang singkat dan melebihi dari keupayaan syarikat untuk melaksanakannya.

Ia bukan sahaja dari segi pekerja yang diperlukan tetapi juga modal pusingan yang perlu ada, sebelum pembayaran untuk projek diperolehi.

Jika syarikat tidak ada projek dan dalam kesesakan, tentunya ia akan dianggap sebagai dugaan dan asam garam dalam perniagaan. Kesabaran diperlukan untuk menghadapi zaman kegawatan ini.

Tetapi bagi kawan saya ini, mendapat projek yang banyak begitu, adalah juga satu dugaan. Ia berpunca dari aliran tunai yang tidak mencukupi untuk membiayai projek yang datang serentak itu. Sebagai syarikat yang hanya mempunyai modal berbayar yang rendah projek bernilai tinggi itu merumitkan aliran tunai beliau.

(Tak perlulah diceritakan apa yang telah dilakukannya untuk mendapatkan modal untuk memulakan projek2 tersebut. Sehingga ada ketika, dia mahu melepaskan sahaja projek2 tersebut. Namun apabila memikirkan ada ramai yang bergantung kepadanya untuk kesinambungan projek tersebut, maka diteruskan juga).

Semoga beliau dapat melaksanakan projek yang telah diamanahkan kepada beliau dengan jaya dan sempurna. InsyaAllah.

Nota Zabs: Kita bukan sahaja diduga dengan kesusahan. Kesenangan yang diberi adalah juga satu dugaan. Namun begitu, di dalam apa juga keadaan, sentiasa lah ingat kepada Allah SWT. Wallahu'alam.

Monday, April 20, 2009

Berterima Kasih

Pernahkah anda merasa kecewa apabila memberi pertolongan kepada seseorang, tetapi tidak pun diberi ucapan terima kasih atas pertolongan itu.

Anda memberi laluan kepada keretanya untuk bergerak dahulu, tetapi dia berlalu tanpa menoleh sedikit pun kepada anda.

Anda bangun dari kerusi untuk memberi peluang dia untuk duduk, walaupun dia lebih muda dari anda, kerana anda merasa anda lebih bertenaga untuk berdiri, dia duduk tanpa sedikit pun menguntumkan senyuman.

Sebenarnya ini tidak sedikit pun harus merunsingkan anda. Allah swt yang telah menciptakan kita dari tiada kepada ada. Dari bayi yang tapak kakinya hanya sebesar dua jari tangan, hingga tua bangka begini, masih ada yang tidak tahu bersyukur dan berterima kasih. Banyak perintah yang diingkari dan larangan yang dilakukan.

Oleh itu janganlah merasa terkejut dengan tindak balas yang tidak anda jangkakan itu. Tabiat begini memang telah menjadi sifat yang utama yang selalu mendominasi manusia di akhir zaman ini.

Namun demikian, segala kebaikan dan kebajikan yang anda lakukan itu, tidak akan menjadi sia-sia, kerana Allah Maha Melihat dan manusia secara umumnya masih ramai yang pandai menilai segala kebaikan yang kita lakukan. Wallahua'lam.


Saturday, April 18, 2009

Bertemu VVIP

Antara perkara menarik yang menjadi kenangan semasa bertugas di kapal TLDM dahulu ialah berpeluang melihat dari dekat beberapa orang kenamaan yang mengikuti pelayaran dengan kapal yang saya bertugas. Kerap kali juga beberapa orang Sultan mencemar duli mengikuti kapal untuk merasa pelayaran di laut.

Mungkin sekarang tidak lagi, kerana mereka semua tentunya sudah mampu mempunyai kapal layar atau "yatch" mereka sendiri.

Antara yang saya masih ingat ialah PM kita yang Kedua dan Keempat serta Sultan negeri PM kita yang ke6 itu.

Gambar di atas menunjukkan rombongan Sultan dari sebuah negeri di pantai timur itu, sedang menaiki kapal untuk satu pelayaran. (Pada awal tahun '80an).

Sebagai pegawai yang menurut perentah (saya yang di belakang tu), memandu arah kapal untuk menuju destinasi yang dihajatkan. Alhamdulillah tugas berjaya dilaksana sebaiknya.

Nota Zabs: Terkenang semasa lalu lagi.

Wednesday, April 15, 2009

Macam Orang Jepun..

Saya mula tertarik bermain dengan kamera dan mengambil gambar ketika berkursus di Jepun pada akhir tahun '70an dulu.

Ini kerana terpengaruh dengan banyaknya terdapat peralatan fotografi di sana. Tambahan lagi di tempat kami tinggal semasa berkursus itu, ada di kunjungi oleh wakil sebuah kedai kamera dan alat2 fotografi setiap hujung minggu.

Kami akan ditunjukkan pamphlet berbagai jenis model kamera terkini untuk dipilih. Beliau akan mengambil tempahan dari mereka yang berminat, dan menghantarnya pada minggu berikutnya apabila beliau datang semula untuk mengambil bayarannya.

Saya juga menjadi salah seorang dari yang berminat itu, dan bermulalah kegilaan mengambil gambar ke mana sahaja kami dibawa berjalan. Walau bagaimana pun sehingga kini saya masih bertaraf baru belajar jika dilihat dari gambar2 yang telah saya kumpulkan setakat ini.

Gambar di sebelah diambil oleh koordinator kursus kami semasa berada di dalam keretapi untuk ke tempat kursus. Beliau mengambil gambar itu kerana katanya saya nampak macam orang Jepun je....pulak.

Setahu saya, memang takda sedikit pun campuran darah Jepun. Yang ada Melayu, Jawa, dan Minang sahaja. Wallahua'lam.

Monday, April 13, 2009

Anda Suka Dikritik?

Hatim, seorang pujangga besar Arab, menulis di dalam sebuah syairnya yang bermaksud:

"Ungkapan orang yang hasad adalah tanpa dosa yang aku dengar, maka aku katakan kepadanya: Suruhlah, lalu laksanakanlah kepadaku.

Mereka selalu mencela tentang diriku, sementara diriku sendiri tidak ada pernah mencela, akan tetapi aku tidak akan pernah menghiraukannya."

Thursday, April 09, 2009

Tawa dan Tangis

Menjadi kebiasaan apabila dilahirkan ke dunia ini, kita akan menangis keseorangan, manakala semua yang hadir di sekeliling akan ketawa gembira menyambut kelahiran kita. Ibu yang melahirkan kita, jika menangis pun adalah kerana kegembiraan.

Apabila kita dewasa dan beroleh berbagai kejayaan termasuk mendapat gelaran dan pangkat yang tinggi kita akan ketawa gembira, dan tentunya semua kaum keluarga dan sahabat handai yang berada ke sekeliling kita akan turut sama bergembira.

Akhirnya akan tiba waktunya, di mana orang di sekeliling kita akan menangis kesedihan, untuk melepaskan kita, tetapi di waktu itu, tidak tahulah samada kita akan "menangis" bersama atau "tersenyum simpul", kerana telah melepasi ujian dunia yang penuh tipu daya ini.....

Tetapi untuk "tersenyum simpul" pada masa itu, kita seharusnya telah membuat persediaan yang sekucupnya. Jika tidak tentulah kita akan "menangis" bersama mereka yang menangis melepaskan kita itu.

Oleh itu berjuanglah sebaik2nya untuk diri kita. Buatlah persedian secukupnya untuk hari tersebut, hari yang kita tidak tahu bila tibanya. Cepat atau lambat ia tetap akan tiba.

Marilah kita fikir2kan tanggungjawab itu dan laksanakanlah keperluan yang wajib ke atas kita itu. Wallahua'lam.

Nota Zabs: Peringatan untuk diri sendiri.

Tuesday, April 07, 2009

Cerita "Shit"

Saya ingin berkongsi dua cerita ini yang mungkin boleh membuat anda rasa ceria sedikit pada hari penuh emosi ini. Ia adalah antara beberapa cerita lawak yang saya terima melalui e-mail dari seorang bekas bos saya yang ingin mengingatkan saya tentang seluk beluk ilmu pengurusan.

(i)
A turkey was chatting with a bull.
'I would love to be able to get to the top of that tree' sighed the turkey, 'but I haven't got the energy.'
'Well, why don't you nibble on some of my droppings?' replied the bull.
They're packed with nutrients.'
The turkey pecked at a lump of dung, and found it actually gave him enough strength to reach the lowest branch of the tree.
The next day, after eating some more dung, he reached the second branch.
Finally after a fourth night, the turkey was proudly perched at the top of the tree.
He was promptly spotted by a farmer, who shot him out of the tree.
Moral of the story:
Bull Shit might get you to the top, but it won't keep you there....for long...

(ii)
A little bird was flying south for the winter. It was so cold the bird froze and fell to the ground into a large field..
While he was lying there, a cow came by and dropped some dung on him.
As the frozen bird lay there in the pile of cow dung, he began to realize how warm he was.
The dung was actually thawing him out!
He lay there all warm and happy, and soon began to sing for joy.
A passing cat heard the bird singing and came to investigate.
Following the sound, the cat discovered the bird under the pile of cow dung, and promptly dug him out and ate him.
Morals of the story:
(1) Not everyone who shits on you is your enemy.
(2) Not everyone who gets you out of shit is your friend.
(3) And when you're in deep shit, it's best to keep your mouth shut!

Semoga mendapat iktibar darinya. Wallahua'lam.

Monday, April 06, 2009

Anugerah

Seperti yang kita selalu dengar dari Ustaz2 dan Tok2 Guru, apabila mati seorang anak Adam itu, hanya tiga perkara yang boleh memberi manfaat kepada rohnya.

- Ilmu yang memberi manfaat yang telah diajarkannya
- Anak2 yang soleh yang mendoakannya dan
- Sedekah jariah yang telah diberikannya.

Semua ini hanya dapat dilakukan semasa hidupnya. Persediaan awal ini penting dan akan membawa kebaikan kepadanya di kemudian hari.

Perkara lain yang telah dilakukan, walau sebanyak mana pun hanya untuk kebaikannya di dunia sahaja dan tidak akan dapat membantu selepas matinya.

Ini termasuklah berbagai anugerah yang diberikan kepada mereka selepas ketiadaan mereka. Mungkin ada manfaatnya jika mereka telah diberikan anugerah tersebut semasa mereka masih hidup.

Apatah lagi jika masih terdapat ramai lagi rakan2 beliau yang masih hidup yang boleh diberikan anugerah tersebut. Tentunya anugerah tersebut akan lebih bermakna bagi mereka ini. Dan tentunya yang lebih memberi manfaat jika bantuan kewangan juga dapat disalurkan kepada mereka yang amat memerlukannya itu. Wallahua'lam.

Saturday, April 04, 2009

Sayang dan Benci

Saya pernah terbaca satu Hadis yang bermaksud lebih kurang begini:

"Sayangilah kekasihmu sekadarnya, kerana di satu ketika yang lain dia mungkin menjadi musuhmu, dan bencilah musuhmu sekadarnya, kerana di satu ketika yang lain dia mungkin menjadi kekasihmu".

Perkara ini bukan sahaja sesuai ditujukan kepada pasangan kekasih, tetapi mungkin lebih sesuai digunapakai kepada kawan dan lawan, terutamanya yang terlibat dalam politik. (Sudah tentu anda boleh beri satu contoh yang amat tepat untuk mengambarkan situasi ini. Pada astu ketika terlalu sayang hingga dengan rela menjadikannya pengganti beliau, kemudian menjadi terlalu benci sehingga ingin menjatuhkannya pula, dan terkini sanggup berdiri di pentas yang sama semula).

Sebenarnya dalam kehidupan ini kita perlu bersederhana dalam apa juga keadaan.

Semasa bercinta......

Semasa berkawan......

Semasa bermusuhan.....

Semasa bermain....atau yang sewaktu dengannya.

Cuma yang perlu berlainan ialah.....

"Bekerjalah kamu seolah-olah kamu akan hidup 1000 tahun lagi. dan bribadatlah kamu seolah-olah kamu akan mati esok hari". Wallahua'lam.

Thursday, April 02, 2009

Memilih Kerja

Dalam keadaan ekonomi yang kurang memberangsangkan ini, tentunya setiap pekerja akan merasa bersyukur jika masih ada pekerjaan dan mendapat gaji setiap bulan (tetapi ada juga yang masih bekerja tetapi tidak dibayar gaji atau gaji dikurangkan).

Pada masa yang sukar ini para pekerja seharusnya lebih komited dan menghargai peluang kerja yang mereka ada. Sebenarnya kita tidak perlu mengira dalam apa juga keadaanpun, semua pekerja perlu ada rasa kasih kepada pekerjaannya.

Kita juga sepatutnya tidak mengira apa juga pekerjaan kita, kita harus menanam kepercayaan bahaya kerja yag kita lakukan itu adalah yang terbaik buat kita dan menjadikannya sebagai satu ibadah. Kita juga harus mempunyai niat untuk menjalankan kerja itu dengan baik, kerana ia akan turut menyumbang kepada pembangunan negara.

Saya masih teringat semasa masih kanak-kanak di kampong, melihat bapa yang telah bersara awal dari tentera pada usia 40an membuat kerja-kerja kampong untuk menanggung keluarga yang agak ramai. Beliau akan melakukan apa saja kerja yang boleh mendatangkan hasil. Pencen yang yang diterimanya sebanyak RM60 sebulan tidak boleh bertahan lama.

Antara kerja-kerja yang dilakukan termasuklah:

* Menoreh getah di kebun orang, dengan hasilnya dibahagi dua.
* Mengerjakan sawah sendiri.
* Memelihara kerbau, ayam dan itek.
* Berkebun sayur2an di sekeliling rumah.
* Membuat atap dari daun rumbia untuk kegunaan sendiri atau dijual.
* Membuka kedai runcit (tapi tak tahan lama).

Dengan kerajinannya itu, kami semua sentiasa cukup makan dan pakai, walaupun tidak mewah, tetapi tidak pernah tidak makan, dan setiap tahun masih dapat berganti pakaian sekolah dan ketika hari raya. Alhamdulillah.

Kini negara telah jauh maju dari tahun 60an itu. Peluang pekerjaan terlalu banyak, sehinggakan menarik ramai pekerja dari negara jiran dibawa masuk untuk bekerja di sini.

Tentunya kita tidak mahu, suatu masa nanti, rakyat kita sendiri menjadi peminta sedekah di negara sendiri. Wallahua'lam.