Friday, July 03, 2009

Pengaruh Iklan

Pengaruh iklan adalah sangat besar dalam kehidupan kita hari ini. Di zaman teknologi canggih dewasa ini, semua orang boleh mengiklankan apa sahaja yang ingin diijual dan semestinya bukan anak2 kecil sahaja yang akan terpengaruh malahan anak2 dewasa juga.

Oleh kerana keberkesannya, tidak hairanlah jika kita dapati terlalu banyak iklan yang berlebih-lebihan dalam memberitahu kebaikan produk yang mereka ingin jual di media massa sepanjang masa.

Antara iklan yang selalu kita lihat....

Ada sejenis minuman yang jika diamalkan boleh menghilangkan segala angin di dalam badan, menghilangkan sembelit dan turut menyahkan bau kurang enak dari badan orang tersebut.

Ada satu keluarga pula mengiklankan, bahawa meeka telah berjaya menjadi senang-lenang dengan hanya menjual sejenis alat penapis air untuk minuman.

Ada pula produk kecantikan yang boleh menjadikan wajah seseorang wanita putih melepak dengan memakainya selama 4 minggu sahaja.

Dan tentunya banyak lagi barangan yang diklankan itu yang hanya indah khabar dari rupa sahaja. Tentunya kita tertanya2 tiadakah pemantauan dan sesuatu dilakukan untuk menentukan apa yang didakwa kebaikan barangan tersebut adalah benar belaka, agar tiada penipuan berlaku.

Tetapi apa yang pasti, iklan ini tidak atau kurang berkesan.....



Walaupun kotak2 rokok ini telah dihiasi dengan gambar2 segala jenis penyakit yang berkaitan dengan rokok, para perokok tegar masih lagi tidak henti membelinya. Malahan ada pula usahawan yang kreatif menjual pula bekas2 rokok yang tiada gambar-gambar tersebut, sebagai gantian, dan mendapat sambutan baik pula. Wallahua'lam.

12 comments:

Unknown said...

bukan tak berkesan pakzabs, tapi ada jualan kotak pengganti hahaha :D
lepas keluar gambar2 tu, terus ramai beli kotak tu. laku mengalahkan gorang pisang panas! diorang takut la tu hahaha...

ZABS said...

Akmal: Ia satu punca rezeki orang yang lain pulak...sekali gus menambah belanja para perokok yang sudah sedia berbelanja pada yang tak perlu...aduuhai! Termasuk anak2 saya ni!!!!

Azlan Zed said...

sebelum wife datang, rokok yg dihisap 14 batang...

bila wife datang, rokok yg dihisap 3 batang...

pengaruh wife juga memainkan peranan...

kan? ;)

ZABS said...

Alan: Betul, tetapi kalau sendiri yang ada kesedaran....mungkin 3 batang tu dah tak payah dah.

DeeN said...

Salam Pak Zabs,

Er.. nak cakap pon tak kena. Kat rumah saya pon 3-4 orang gak perokok. Memang ada usaha diorang nak berhenti, tp ketagihan tuh selalu jadi penghalang. Ntah la!

Sally said...

Arwah ayah non-smoker, ayah mertua non-smoker, brother inlaw non-smoker, darling non-smoker ( antara syarat2 top three masa berkenalan dulu ahakkss..)..dannn moga2 Iman juga takkan ada keinginan langsung utk mencuba merokok..amin..so PakZab..I can assure you that our lungs are healthy..huhu..

ZABS said...

Deen: Kita hanya boleh selalu beri ingatan je. Untuk berhenti mereka sendiri kena lakukan.

Sally: Alhamdulillah. Semoga berterusan tiada perokok muncul di dalam kehidupan cik gu...InsyaAllah.

Helena said...

duit yg digunakan utk beli rokok tu.... baik digunakan utk makan western food tiap2 ari... beli kek resipe rahsia tiap2 ari.... beli haagen dasz tiap2 ari.....

yummy.......... hehe

ZABS said...

Helena: Mungkin mereka makan juga yang benda2 yummy tu... tetapi akan terus merokok selepas itu kerana... lebih seronok merokok apabila mulut sedang terasa manis.. agak...haha.

KAMATO said...

gambar pada kotak rokok tu mungkin boleh mempengaruhi orang yg baru nak merokok, tapi ia tak mempengaruhi orang yg sedia perokok tegar

Neeza Shahril said...

yang last tu tak iklan pun orang beli.. tak tahu lah nape ek..

Krafdunia Design said...

Kalau yg tegar tu, bila kita ingatkan pasal gambar kat kotak rokok, dengan selamba dia kata yg itu gambar pesakit kencing manis (gambar kaki) mana ada kena mengena dengan rokok