Yayasan Pendidikan Titiwangsa (YPT), telah ditubuhkan pada tahun 2005 yang antara tujuan penubuhannya adalah untuk menjana kecemerlangan ilmu di kalangan murid2 sekolah. Sejak 2005 YPT telah mengadakan Majlis Penyampaian Anugerah Cemerlang, kepada murid2 cemerlang dari sekolah2 angkatnya yang terdiri dari lebih 40 buah sekolah terutamanya di sekitar kawasan parlimen Tititwangsa, dan Kuala Lumpur.
Bertempat di stadium ini, ia boleh menampong lebih 740 penerimanya, tidak termasuk ibu bapa, yang sebahagian besarnya telah turut hadir untuk turut memberi semangat.
Ketibaan Timbalan Menteri WP, yang dijemput untuk merasmikan acara.
Beberapa acara menarik telah diadakan untuk menyerikan majlis tersebut, termasuklah nyanyian lagu Gemilang (sesuai dengan majlis anugerah cemerlang ini agaknya), dari murid yang bersuara lantang ini.
8 comments:
tahniah buat yg berjaya, moga yayasan itu akan terus menyumbang utk kemaslahatan anak2 di masa2 mendatang.
Pak Zab,
tahniah kepada anak2 ...but nak add here building tuh byk bagi nostalgia kat saya...dulu selalu melepak kat tennis court sebelah tuh...almost every weekend and kalau terajin lepas opis pun pukul2 gak sikit bola tennis tuh...
salam...
Mak Su: Begitulah harapannya. Penerusi YPT itu mulanya adalah MP kawasan Titiwangsa.
Kini walaupun tidak lagi menjadi YB, dia masih menyumbang tenaga untuk kejayaan Yayasan tersebut.
Semoga ia terus menyumbang untuk kebaikan anak2.
Zai: Terima kasih dari anak2 tu.
Tempat jatuh lagi dikenang, inikan pula tempat lepak2 dan tempat peluh berguguran.
Tak jauhkan untuk dijengok sekali sekala.
Semoga orang2 yg terlibat dalam menjayakan aktiviti amal sebegitu dapat balasan yang setimpal
Kamato: Semoga tujuan mereka melakukan semua itu adalah kerana amal kebajikan. Tanpa ada tujuan untuk kepentingan diri...Amin.
Pak Zabs,
Semoga Yayasan tu semakin mantap
Abah: Harapan kita begitulah. Tidak banyak NGO Melayu yang begitu sekarang ini. InsyAllah.
hehe. pija dapat berapa hengget? teringat masa dapat anugerah atm masa pmr...
Post a Comment