Sunday, May 03, 2009

Satu Perjalanan Ke Belum...

Pada cuti hujung minggu yang panjang ini, saya telah membuat satu perjalanan yang agak jauh dalam masa dua hari pertamanya.

Ikuti perjalanaan saya secara bergambar di bawah, tak ada ide nak menulis panjang kali ini.

Perjalanan bermula sendirian dari KL menuju ke Kuala Selangor untuk mengambil seorang kawan yang akan bersama dalam perjalanan ini. Fasa pertama perjalanan membawa saya melalui kawasan di atas.

Tiba Kuala Selangor petang, dan bertemu kawan di Masjid ini,. Setelah menghantar keretanya ke rumah, kami meneruskan perjalanan dengan kereta saya ke Ipoh.

Kami tidak mengikut lebuhraya untuk ke sana. Nak mencuba jalan lama yang telah dilebarkan. Okey pada sebahagian tempat, tetapi banyak bahagian lain yang perlu dilebarkan lagi.

Kami bermalam di Bandaraya Ipoh, tetapi bukan di hotel ini. Seorang lagi kawan menunggu di sana, untuk bersama ke destinasi pada esoknya.

Se awal jam 8 pagi kami memulakan perjalanan.

Ini baru suku perjalanan ke destinasi terakhir.

Berhenti sebentar di sini untuk menghilangkan dahaga sebelum meneruskan perjalanan yang tinggal lebih kurang 40km sahaja lagi.

Akhirnya sampai di tempat yang di tuju. Tetapi bukan untuk cuti-cuti Malaysia.

Sesampai di sana kami terus bertemu dengan orang yang ingin ditemui, dan terus menaiki bot untuk ke tempat perusahaan mereka.

Bot yang di naiki meluncur laju di tasik buatan manusia ini. Jambatan ini adalah antara beberapa jambatan yang menyambungkan jalan raya dari Grik ke Kota Baharu itu.

Perjalanan hampir setengah jam itu berakhir di sini.

Pondok hijau di tepian tasik ini adalah tempat berteduh pekerja2 syarikat itu (seorang setiap pondok), yang ditugas sepenuh masa, di siang hari berada di sana.

Mereka ditugas memberi makan ikan2 peliharaan syarikat ini, mengikut masa, banyak mana dan cara mana diberikan seperti yang telah ditetapkan.

Kami dibawa ke sana untuk melihat keadaan perairan di dalam tasik tersebut dan diminta untuk memberi bantuan yang sesuai untuk operasi pengeluaran ikan tersebut ke tempat pemunggahan yang agak jauh dari situ. Selesai tinjauan kami bertolak balik ke Kuala Selangor menghantar kawan itu.

Kami sempat singgah di R&R Sg. Perak untuk minum petang. Tempat ini telah diubahsuai dan kelihatan lebih mesra pengunjung.

Kami sempat singgah untuk merakam gambar ini di Teluk Intan. Saya dan keluarga pernah tinggal menyewa disini pada tahun2 85 hingga 87.

Bandar ni akan mempunyai kompleks baru yang kini sedang dalam pembinaan. Ia dibina berhampiran satu persimpangan yang agak sibuk sebelum memasuki bandar itu dari arah Bagan Datuh.

Ketika melalui satu kawasan, saya ternampak bangunan ini dan diberitahu ianya adalah bangunan untuk burung2 datang membuat sarang dan boleh menjadikan tuan punyanya senang. Walahua'lam.

Sampai Kuala Selangor, kawan ditinggalkan untuk tugas beliau di sana. Saya seterusnya memandu balik ke KL. Harap gambar2 yang dimuat turun, menarik.

9 comments:

Tepi Sungai Batu said...

Zabs,
Menarik!....terutama tasik tu. Wooooi.....aman damai keadaannya.

Sally said...

PakZabs,

luvly!! tenkiu keran membawa Sally balik menjelajahi negeriku terchenta!!! wah..ada bisnez ikan eh...

..lain kali ke Tasik Banding tu..lenconglah ke KB!!!

Mama Rock said...

memang menarik gambar-gambar yang dimuat turun itu...saya sampai ke gerik mungkin lebih sepuluh tahun dahulu...lama sungguh tu!

ZABS said...

PM: Itu baru setengah hari di sana. Mungkin akan ke sana lagi jika ada rezeki. InsyaAllah.

Sally: Banyak gambar yang diambil. Tapi hanya a few selected one yang di muatturun. copy right reserved hahaha...

MR: Saya baru pertama kali ke sana. Tetapi saya pasti ia telah banyak berubah. Mungkin ia perlu revisited.

mila80 said...

bestnya travel...

cakapaje said...

Salam Pak Zabs,

Kat Pulau Banding ke tu? Memang saya suka area sana. Pak Zabs tengah survey nak pelihara ikan ke? Semoga berjaya.

ZABS said...

Mila: Jalan-jalan cari "makan".

Shah CA: Betul sangatlah tu...di Pu. Banding. Bukan nak bela ikan, tapi nak tolong tauke bela ikan, cari laluan selamat untuk bawa ikan ke tempat mendaratkannya.

KAMATO said...

Amboi, jauhnya berjalan.... Pak Zabs k.Selangor tu kampung saya....

ZABS said...

Kamato: Walau pun sudah menjadi warga emas, banyak perjalanan masih dapat banyak pengalaman.
Mana ynag sudah dilalui pula perlu diupdate sedikit maklumatnya.
Kuala Selangor di mana tu?
Saya suka warna masjid itu...ceria. Harap jemaahnya juga ceria beribadah di dalamnya. InsyaAllah.