Thursday, April 23, 2009

Senangnya Kita

Waktu makan tengahari mungkin berbeza antara satu pejabat/jabatan agaknya. Mungkin ada yang bermula dari jam 12 tengahari dan mungkin juga ada yang bermula dari jam satu tengahari seperti di pejabat saya, atau mungkin pada masa yang lain lagi.

Gambar di atas diambil pada jam 12.15 tengahari semasa menghantar anak ke sekolah. Kelihatan pekerja keluar untuk mencari tempat makan.

Berbagai cara para pekerja ini memenuhi keperluan makan tengahari mereka.

Pemandu teksi ini senang dengan bekal yang dibawa dari rumah (disediakan oleh isteri, mungkin).

Dua gadis ini baru sahaja membeli makanan dari gerai berdekatan untuk dimakan di pejabat.

Tidak kurang juga yang lebih selesa makan di sini...

Gerai di bawah pokok ini juga menghidangkan makanan yang tidak kurang enaknya.

Saya pula ada masanya menambah kalori saya di sini.

Dan anak saya pula apabila keinginan timbul untuk makan makanan cepat siap itu, akan menghantar pesanan rengkas begini sebelum saya mengambilnya untuk ke sekolah:

"Ayah, hari ni belikan McD eh. Fillet-o-fish set medium air coke. Pija pergi sekolah 1145."

Sungguh memudahkan. Alhamdulillah.

"Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan?" (Ar Rahmaan - Ayat 13).

23 comments:

pB said...

kdg kdg tu , sampai tak tahu nak makan kat mana dan nak makan apa .....

Unknown said...

Memang senang :)

Sally said...

makan utk hidup atau hidup utk makan..hmmm..food outlet mmg bersepah kat negara kita nih..kalau di KB ni bersepah "restoran"..sana-sini restoran..walaupun hanya kedai makan kecik aje ia tetap dilabel sbg restoran..

..tiga bisnez "f" yg takkan surut2..'food', 'fashion' and 'finance'..

silversarina said...

Memang senang sebab kita yang buat hidup kita senang, tak cerewet memilih makanan, asalkan halal dan berkhasiat.

aNIe said...

Salam Zabs...cakap pasal McD...sikecik saya ni belum merasa makan McD lagi sejak boikot memboikot ari tu...lagik pun ayahnya ada sini...kurang sikit aktiviti jalan2 cari makan kitorang...heheh

zino said...

zino ada kala nya tak sempat nak kluar makan pesan PA beli bungkus kunci pintu makan sorang dalam bilik hehe

Kerp (Ph.D) said...

pak Zab,

makan rojak bawah pokok menyelerakan. tapi tengahari kena carik nasik jugak. teringat plak sesama kita makan nasik bawah pokok, belakang hospital...

hehe...

ZABS said...

pB: Kalau macam tu senanglah nak puasa sunat...

Akmal: Bila dah senang begitu, tu yang ambil mudah. Menyangkakan semua orang senang nak makan macam kita. Lupa pada yang betul2 memerlukan.

Sally: Bisnez "f" yang mana satu jadi idaman. Saya rasa "food", kerana, yang dua tu bukan hari2 orang perlukan. Tapi hari2 akan cari makan.

ZABS said...

SS: Ya setuju, Halalan Thoiyiba..

Anie: Sesekali tu boikot terlepas juga...hahaha..

Zino: Ajaklah PA makan sama, makan berjemaah bawa rezeki...... hahaha..

ZABS said...

Kerp: Perut Melayu macam tu lah. Walau pun lepas makan rojak, bila ditanya dah makan belum, akan dijawab belum lagi, kerana nak makan nasi pulak. Lapar nasi kata mereka.
Memang seronok makan beramai dan makanan panas pulak. Menyelerakan. Mungkin boleh ajak DJ lagi, kali ni kita belanja dia pulak...hehehe...

Anonymous said...

salam kenal..... soca dtg nk join party... hehe

Neeza Shahril said...

Alhamdulillah.. besar nikmat yang Allah bagi.. dimana2 ada makanan.. kalau tak larat masak beli aje.. senang kan..

ZABS said...

Soca: Selamat berparti, tapi sendirianlah ye. Di sini kami banyak bersantai je. Terima kasih datang.

Neeza: Banyak pilihan bagi yang tidak cerewet dan tidak banyak pantang (kerana penyakit), asalkan halal dan berkhasiat.

Sally said...

'food' lah juga PakZab..org bayar on the spot cash..tak payah tanggung utang..nak rolling modal pun senang..yg lain2 tu..modal pusingan kena kencang!!!!

ZABS said...

Sally: Kalau gitu, bisbez darling Sally kena berkembang ke "food" jugalah....

jaflam said...

salam zabs,
kita akan rasa seronok makan di Malaysia semua ada dan semua boleh makan. Bila ke negara jiran ja KFC dan McD pun dah tak boleh makan. Kalau makin jauh perjalanan maka bertambah susahlah nak dapat makananha halal.

Itulah syurga makanan Malaysia ini.

Anonymous said...

salam pagi... hehe, santai ye??? join jugak lah...

Sally said...

Errr..."fayah" lah sikit tu PakZab.."food" bukan bidang darling..he is into "feralatan hospital dan ferubatan"..hehe

ZABS said...

DJ: Walau bagaimanapun, sekarang keadaan sudah agak baik, tidak seperti pada tahun2 70/80an dulu. Kena makan ikan dan telor saja semasa berada di luar negara..haha.

Soca: Kehadiran anda amat dihargai. Buatlah macam rumah sendiri.

Sally: Bidang yang agak "specalised", kurang saingan, tetapi keperluan juga berjangka.

Sally said...

mmg specialised n keperluan berjangka..tp kdg2 permintaan tak dijangka-jangka..tu yg kadang darling pening sakit kepala..uikss..mcm pantun dua kerat plaks..

Yunus Badawi said...

Salam Zabs.
zaman ramai org hilang pekerjaan ni, makin banyak tempat makan di sekililing kita. Antara sedap dgn tak sedap ajelah. Kalau sedap, bersih, layanan baik dan harga berpatutan, kita boleh pergi lagi. Kalau sebaliknya sekali tu ajelah. Try pulak tempat lain.

ZABS said...

Sally: Firman Allah "Barang siapa yang bertakwa kepada Allah, niscaya Dia akan mengadakan baginya jalan ke luar. Dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangkanya.......". Wallahua'lam.

YB: Begitulah seharusnya... sebagai pengguna, kita perlu gunakan kuasa memilih kita...baru dapat kualiti yang dimahukan. Tak gitu?

Azlan Zed said...

hari2 makan fast food. baguih la tue. huhu.